AMARAN: Kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, orang yang lemah semangat, lemah syahwat mahupun yang lemah tenaga batin adalah DILARANG mengunjungi laman blog ini tanpa bimbingan mereka yang berpengalaman.

"Sesungguhnya makhluk-makhluk halus itu dapat melihat kamu sedangkan kamu tidak dapat melihat mereka." (Surah al-A'raaf, ayat 27)

Selasa, 25 Januari 2011

Kisah Dua Ekor Hantu

Kisah ini diceritakan pada aku oleh sekor pengundi hantu..

Tersebutlah kisah dua ekor hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu 1 ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu 2 yang kehairanan ni pun bertanya,
“Apasal kau ni asyik menggigil je?”
“Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais…sejuk!!” Jawab Hantu 1 sambil menggigil lagi.
“Ooo..kesian… aku dulu mati sebab heart attack.” Kata Hantu 2 ramah.
“Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang.” Balas Hantu 1.
“Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya…” jawab Hantu 2 sayu.
“Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih..”
“Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rileks dulu sebab nak carik masa sesuai tangkap diorang.”
“So, ko dapatla tangkap diorang?” tanya Hantu 1 penuh minat.
“Tak. Aku cuma jumpa isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, masa aku masuk umah tu, aku nampak ada kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanya isteri aku tapi dia tak mo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis suma tempat aku cari..kat  dapur,bilik, ruang tamu,kat stor sampai kat luar umah aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak…” kata Hantu 2 mengakhiri ceritanya dengan kesedihan:(
Hantu 1 terdiam mendengarkan cerita Hantu 2. Selepas beberapa ketika, Hantu 1 berkata,
“Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

*Hantu punya hantu..

Isnin, 24 Januari 2011

Apa Sebenarnya Bisikan Misteri?

Bisikan misteri arah guru amuk
Oleh Hassan Omar (Berita Harian)

2011/01/24

KOTA KINABALU: Suara bisikan yang menusuk telinga guru lelaki dikatakan menjadi punca dia mengamuk menggunakan pedang samurai menyebabkan 14 guru termasuk dua wanita terpaksa menyembunyikan diri dalam hutan paya bakau di Kampung Sabur, Pulau Banggi dekat Kudat, kira-kira 300 kilometer dari sini, tengah malam Selasa lalu.

Suara itu dikatakan mengarahkan suspek berusia 30 tahun itu mencederakan orang di sekelilingnya termasuk rakan setugasnya selain memarahi suspek kerana terus berkhidmat di kampung terpencil itu sedangkan dia sepatutnya sudah dibenar berpindah ke bandar.


Selepas berkhidmat lapan tahun di Sekolah Kebangsaan (SK) Sabur yang hanya mampu dikunjungi menggunakan perahu atau bot serta tiada kemudahan bekalan air dan tenaga elektrik, suara berkenaan dikatakan menghasut suspek berpindah kerana sekolah itu kononnya tidak sesuai lagi untuk suspek. 

Sumber berkata, hanya selepas tiga hari ditahan reman, suspek menjelaskan punca dia mengamuk mengggunakan pedang samurai hingga rakan setugasnya bertempiaran lari dalam kegelapan malam dan meredah hutan paya bakau.

“Suspek mendakwa suara perempuan itu mengganggunya sejak beberapa minggu lalu menyebabkan dia tidak tahan lalu mengamuk,” katanya ketika dihubungi, di Kudat semalam.


Banggi dengan keluasan 432 kilometer persegi adalah pulau terbesar di Malaysia yang boleh dikunjungi dengan menaiki feri dari Kudat dengan tempoh perjalanan satu setengah jam.


Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam 18 Januari lalu, 14 guru bertarung dengan nyamuk dan pacat kira-kira 11 jam dalam hutan paya bakau ketika bersembunyi daripada suspek.

Seramai 12 guru lelaki yang mengajar di sekolah itu antara dua hingga 10 tahun, serta dua guru wanita yang baru berpindah sebulan lalu, sedang tidur sebelum dikejutkan dengan hentakan kuat pada dinding dan pintu, selain pekikan suspek.
Mereka melompat keluar dari rumah papan setinggi kira-kira dua meter untuk melarikan diri ke hutan paya bakau dan keluar apabila polis tiba jam 12 tengah hari.

Sumber berkata, reman suspek berakhir esok dan Mahkamah Majistret Kudat bakal menentukan sama ada suspek diarah menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Mesra Bukit Padang. 


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Syaitan akan menghantar tentera-tenteranya untuk memfitnah manusia, manusia yang lebih tinggi kedudukan akan mendapat fitnah syaitan yang lebih hebat. Syaitan akan datang kepada seseorang kamu dan berkata:”Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini? Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini ? Sehingga syaitan akan berkata:” Siapakah yang telah menjadikan Tuhan kamu?” Apabila perkara ini berlaku kepada kamu maka mintalah perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam.”

 
Riwayat Bukhari Dan Muslim



 
 

Huraian
1.Lintasan hati tidak akan memudaratkan iman yang ada pada seseorang.
2.Allah bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan. Oleh itu sebarang bisikan yang menafikan segala kesempurnaan Allah wajib disanggah agar seseorang itu bebas daripada kesesatan yang meracuni akal fikirannya.
3.Kemungkaran dan kemaksiatan adalah jalan yang memandu manusia ke arah kesesatan. Ia merupakan perangkap syaitan dan Iblis yang mahukan manusia tergolong sebagai makhluk yang menderhaka seperti mereka.
4.Fitnah syaitan akan mendatangi sesiapa sahaja. Hanya iman yang teguh dan mantap sahaja dapat menangkisnya. Oleh itu sebagai pendindingnya kita hendaklah sentiasa membiasakan diri dengan berzikir dan beristighfar agar hati tidak mudah lalai dan terpesong kepada perkara yang mendatangkan dosa dan maksiat.

 Pendapat aku :
Tekanan jiwa mendorong manusia melakukan tindakan luar batasan. Tiga tekanan jiwa yang aku dapat kenalpasti yang boleh menyebabkan manusia hilang pertimbangan ialah :

1. Bebanan Kerja
Kalau dilihat bebanan kerja guru sekarang tidak mustahil perkara di atas berlaku. Aku tengok ramai kawan2 aku yang bertugas sebagai guru memang selalu mengeluh dan merungut kerana bebanan kerja. Bidang utama iaitu mengajar semakin ditinggalkan dek kerana tugasan2 yang tiada kena-mengena dengan tugas guru. Aku ambil contoh sorang kawan aku yang bertugas di sebuah sekolah yang terpaksa menjadi guru penasihat persatuan silat sekolah. Bebanan semakin bertambah bila kawan aku ni dapat partner ahli sumo.Nak ngajar silat apenya,silap2 kena sumo kawan aku sorang ni. Nasib baik dia tak mengamuk dengan pedang samurai.

2. Masalah Kewangan
Ini pun boleh menyebabkan manusia hilang pertimbangan. Mana taknya,kalau hutang dah lima enam kali keliling pinggang, gigi depan pun boleh luruh satu persatu. Tambahan pulak harga barangan keperluan semua naik. Tapi harga barang di negara kita masih rendah kalau nak dibanding dengan negara Irian Jaya, Somalia atau Nepal. (Macam pernah dengar ayat bodoh macam ni)

3. Masalah Rumahtangga
Ni pun jangan main. Aku takmau komen apa2. Siapa yang dah kahwin tau le. Boleh lemas oi kalau air dah naik kepala. Kena pulak baru lepas togok Goji 2 gelas, tengok2 lampu isyarat merah. Nak ikut short cut tak boleh, haram..Faham2 aje la..