AMARAN: Kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, orang yang lemah semangat, lemah syahwat mahupun yang lemah tenaga batin adalah DILARANG mengunjungi laman blog ini tanpa bimbingan mereka yang berpengalaman.

"Sesungguhnya makhluk-makhluk halus itu dapat melihat kamu sedangkan kamu tidak dapat melihat mereka." (Surah al-A'raaf, ayat 27)

Jumaat, 13 Januari 2012

Jin Untuk Dijual?

Dah lama aku tak menulis kat blog ni. Bukan malas, tapi terlalu sibuk. Rasa-rasanya hantu pun dah tak berapa kenal dengan aku sebab dah lama aku tak mencari dan merakam gambar hantu. Sibuk memang sibuk. Sebenarnya sejak bini pi kursus memang aku takda masa nak menulis kat blog ni. Idea tu banyak, cuma nak menaip tu yang malas. kalau la Ustad Man ada assistant, boleh la tolong taipkan.
Cerita pasal assistant ni, teringat aku pada satu iklan kat internet yang aku pernah lawat pada suatu malam selepas boring menyiapkan assigment. Iklan yang aku maksudkan ialah iklan menjual khadam@jin untuk menjadi pembantu dengan harga semurah RM150. Macam tak percaya je tengok iklan ni. Cara nak beli khadam ni boleh pulak pakai sms, lepas tu bayar pakai kad kredit pun boleh. Lepas tu pembekal khadam tu akan jampi jarak jauh (aikk..ada PJJ pulak) untuk pos khadam kepada pembeli. Percaya atau tidak try la klik kat link di bawah ni dan nilailah sendiri:

http://www.alamghaib.com/Qadam.php?gclid=COnBtMDMza0CFY4a6wodx3DHhg

*Kalau Tok Batin tengok mesti berminat nih..Nasib baik 3K (Kelab Kad Kredit) kat tempat kerja aku dah tak aktif, kalau tidak mesti masing-masing pakat beli khadam pakai kad kredit. Presiden 3K mesti dah tak dak gigi dah nak luruh, punya swipe kad kredit gara-gara nak beli jin. (Daripada beli jin, beli makjun lagi baik..)