AMARAN: Kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, orang yang lemah semangat, lemah syahwat mahupun yang lemah tenaga batin adalah DILARANG mengunjungi laman blog ini tanpa bimbingan mereka yang berpengalaman.

"Sesungguhnya makhluk-makhluk halus itu dapat melihat kamu sedangkan kamu tidak dapat melihat mereka." (Surah al-A'raaf, ayat 27)

Selasa, 31 Ogos 2010

Hati-hati Kalau Nak Jadi Pontianak

Bila sebut tentang pontianak ramai orang rasa takut, apatah lagi terserempak dengan makhluk ini. Walau bagaimanapun pontianak jangan ingat semua orang takut padanya. Kadangkala tingkah laku spontan makhluk bernama manusia ini boleh memudaratkan pontianak, so kepada Yang Dipertua Persatuan Pontianak Sedunia ambillah iktibar dari video di bawah..

Isnin, 23 Ogos 2010

Hantu Jepun

Sempena dengan bulan menyambut kemerdekaan ni biar kita cerita tentang hantu yang asalnya dari golongan penjajah atau dikenali dengan nama Hantu Jepun.
Hantu Jepun merujuk kepada sebarang bayangan atau makhluk yang berpakaian seperti tentera Jepun. Selalunya ia dikaitkan dengan tempat-tempat di mana pernah dijadikan markas tentera semasa Perang Dunia Kedua, semasa Jepun menawan Tanah Melayu.
Tempat yang selalu selalu disebut-sebut sebagai kawasan yang dihantuinya adalah bangunan sekolah berasrama, pejabat kerajaan dan bangunan-bangunan penting yang ada semasa Perang Dunia II. Oleh itu, boleh dikatakan, hantu Jepun ini agak moden.
Selalunya ia dilihat sama ada bersenjatakan senapang atau pedang samurai, tanpa berkepala atau kepalanya dipangku bersama-samanya.
Kadang kala, ia dikatakan berbaris lengkap bersenjata pada waktu malam (tanpa kepala), dengan bunyi derapan kasut but tentera. Maknanya hantu ini bukanlah bergerak aktif bersehantuan (kalau orang disebut : berseorangan). Walau bagaimanapun hantu ini bukanlah hantu geng 09, tetapi geng hantu banzai....(kata Ramlee Pendekar Bujang Lapok)
Tidak pula diketahui sama ada hantu Jepun turut terdapat di negara-negara jajah takluk Jepun yang lain.
Petua untuk mengelak daripada diganggu hantu ini ialah mainkanlah lagu kebangsaan negeri Jepun kerana tentera biasanya bersemangat patriotik dan hantu ini akan berdiri tegak sebagai menghormati lagu tersebut.
Tapi harus diingat sekiranya Perdana Menteri Jepun turut menggunakan khidmat firma perunding APCO maka lagu tersebut mungkin turut bertukar daripada lagu kebangsaan negara Jepun kepada lagu 1 Jepun.

Ahad, 22 Ogos 2010

Kisah Hantu Kubur

Kisah ini dah lama aku simpan. Ianya diceritakan kepadaku kira-kira 12 tahun yang lalu. Ketika itu aku masih belajar di kolej dan sedang menjalani latihan praktikum di selatan tanah air. Kisahnya begini, tiga orang rakan sekolejku ditugaskan menjalani praktikum bersama-sama. Ketiga-tiga mereka biarlah aku namakan secara ringkas iaitu, Asri, Rosdi dan Din. Di antara ketiga-tiga mereka, Rosdi adalah yang paling penakut tapi mengaku berani.
Apabila dikehendaki menjalani praktikum maka ketiga-tiga mereka pun kelam kabutlah mencari rumah sewa kerana ketiga-tiga mereka adalah di antara penuntut yang menjalani praktikum paling jauh jaraknya dari kolej. Jika berdekatan dengan kolej tak perlulah mereka nak mencari rumah sewa kerana boleh menginap di asrama.
Setelah bertungkus-lumus mencari rumah sewa akhirnya dapatlah sebuah rumah kampung yang mana kedudukannya agak jauh dari rumah penduduk kampung yang lain. Sewa bulanannya hanya RM150 sebulan.
Setelah berjumpa dengan tuan rumah ketiga-tiga mereka pun di bawa melihat rumah yang dimaksudkan. Rumahnya kecil, hanya terdapat satu bilik, ruang tamu yang sempit dan dapur. Kebetulan Si Rosdi ni meninjaulah ke dapur dan membuka pintu dapur. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati lebih kurang 4 meter sahaja dari pintu dapur itu terletak tanah perkuburan. Tandas pulak terletak juga kira2 empat meter dari rumah. Ini bermakna, sekiranya berhajat nak melepaskan sesuatu benda kenalah berjalan merentasi celah-celah kubur tu. kalau waktu siang boleh tahan le lagi tapi kalau malam?
Rosdi dah mula gelisah tapi kerana dah terdesak dan dah bayar wang deposit, terpaksalah dia bersetuju. Lagipun latihan praktikum tu hanya 3 bulan sahaja.
Pada malam pertama mereka menginap di rumah tu memang tak ada gangguan apa2. Sehinggalah masuk minggu ketiga praktikum apabila ketiga-tiga mereka pulang dari makan malam di sebuah warung di tepi laut. Untuk pengetahuan tempat praktikum mereka ni memang hampir dengan laut. Apa lagi hampir tiap-tiap malam la makan makanan laut.
Setelah sampai ke rumah jam 9.30 malam tiba-tiba berlaku gangguan bekalan elektrik (blackout). Nasib baik esok cuti, jadi tak perlulah nak siapkan bahan untuk praktikum esok. Setelah bergelap selama lebih kurang 2 jam, maka ketiga-tiga mereka mengambil keputusan untuk tidur awal.
Lebih kurang 30 minit lepas tu ketiga-tiga mereka pun terlelap sehinggalah Asri yang amat mudah terjaga terbau sesuatu yang begitu busuk sehingga menyesakkan nafas. Dalam kegelapan malam tu Asri meraba-raba ke arah Rosdi yang tidur di tengah2 di antara dia dan Din. Asri cuba menggoncang tubuh Rosdi tapi tak bergerak. Asri memanggil Din. Rupanya Din dah terjaga awal lagi dek kerana tak tertahan menghidu bau busuk. Dengan keberanian yang ada, Asri mengajak Din untuk melihat apakah benda yang mengeluarkan bau yang amat busuk yang datang dari arah dapur itu. Dalam kegelapan malam tu, Din cuba mencari pemetik api tapi yang dicapainya sebatang penyapu. Kedua-dua mereka berjalan sambil teraba-raba ke arah dapur. Dari pintu bilik air nampak macam ada cahaya api. Perlahan-lahan mereka berdua menghampiri bilik air. Din nekad di dalam hatinya, hantu atau manusia, yang penting merasa penangan penyapu ditangannya dulu. Apabila sampai di hadapan pintu bilik air kedua-dua mereka terus menerpa. Alangkah terperanjatnya mereka melihat Rosdi sedang mencangkung melepaskan hajat di dalam bilik air sambil memegang sebatang lilin. Baunya usah dikira, macam makanan laut yang busuk pun ada. Din pulak nyaris-nyaris nak pelangkung dengan penyapu kerana disangkanya toyol tua. Malam tu sampai ke pagi Rosdi asyik kena kutuk dengan Asri dan Din.
Tapi dalam dok kutuk tu Asri menyimpan satu rahsia yang tak diceritakan pada kedua-dua rakannya itu. Bila dah habis tempoh praktikum Asri menceritakan pada aku, yang menjadi kemusykilannya malam tu, kalau Rosdi yang berada di bilik air sedang asyik melepaskan hajat, siapa pula yang berada di tempat tidur Rosdi?

Khamis, 19 Ogos 2010

Puntianak atau ???

Video di bawah adalah antara video yang paling sukar untuk aku nak nilai sebab kalau tengok dari segi cara rakaman memang rakaman yang tak disengajakan tak macam video-video penampakan hantu lain yang nampak macam lakonan je. Kalau nak kata super impose pun tak masuk akal jugak sebab gambar 'subjek' tu berada di belakang objek-objek lain. Kalau tengok dari segi persekitaran memang logik la bagi orang yang percaya kepada kewujudan makhluk tu. Walau bagaimanapun tahniah aku ucapkan kepada individu yang merakam video tersebut. Cuma tak dapat dipastikan makhluk yang dirakam di waktu siang itu benar2 puntianak atau jelmaan lain.


Selasa, 17 Ogos 2010

Serangan Makhluk Halus (Sori Tok Bomoh)

Menurut beberapa orang pengamal perubatan tradisional makhluk halus ialah sejenis makhluk atau spesies yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Makhluk ini dikatakan dapat melihat manusia dan menyerang manusia sehingga ada kalanya boleh menyebabkan kematian. Makhluk halus ini dikenali dengan pelbagai nama seperti pelesit, jembalang, bunian dan sebagainya oleh masyarakat dulu.
Kewujudan makhluk halus tidak dapat dipastikan dengan rasminya sejak bila tetapi kes serangan makhluk halus ini ada yang telah direkodkan oleh manusia. Sejak kebelakangan ini serangan makhluk halus terhadap manusia semakin menjadi-jadi di seluruh dunia sehingga mencatatkan beberapa kes kematian. Pakar-pakar di seluruh dunia kini sedang bertungkus-lumus mencari kaedah terbaik menghindari serangan makhluk halus ini. Walau bagaimanapun dari hari ke hari makhluk halus semakin mengganas dan dikenali dengan pelbagai nama dan pelbagai serangan.
Sukarnya manusia mencari penawar kerana makhluk ini hanya boleh dilihat dengan menggunakan mikroskop berteknologi tinggi. Itu pun masih tidak dapat dikaji bagaimana cara menghapuskannya. Makhluk halus ini kini digelar VIRUS. Terbaru ialah virus H1N1 selepas virus selsema burung dan HIV.
(Tok-tok bomoh jangan marah kat aku kalau aku mentafsirkan makhluk halus ni sebagai virus.Tok-tok bomoh kita pun terror jugak, cuma belum terfikir nak pakai perkataan virus jer) Sori tok-tok bomoh dan tok-tok batin.
Gambar makhluk halus spesies H1N1

Anda Mahu Melihat Hantu?

Sesetengah orang amat berminat untuk melihat kewujudan hantu tetapi tak tahu bagaimana nak menggunakan kaedah yang betul.Di bawah ini Ustad Man telah mencipta salah satu kaedah untuk melihat kewujudan hantu atau makhluk lain yang berada di dalam titik buta mata manusia. Eksperimen ini dinamakan Hipnosis Ilusi Optikal. Walau bagaimanapun hasilnya bergantung pada wujud atau tidak entiti di sekeliling anda pada masa yang sama anda sedang melakukan eksperimen ini. Kalau nak comfirm nampak hantu, carilah tempat-tempat seram seperti kat tanah perkuburan atau tempat-tempat yang sudah dikenalpasti wujudnya kehadiran hantu dan lakukan eksperimen tersebut. Sebelum mainkan video ini pastikan kelajuan internet anda berjalan lancar. Kalau asyik sangkut2 je tak menjadi eksperimen ini,jadi bertukarlah kepada pakej yang lebih mahal. Kalau asyik nak pakai Wi-fi percuma tu mintak maaf le. Selamat Mencuba..
AMARAN : UNTUK YANG KUAT SEMANGAT SAHAJA!!
 
 

Isnin, 16 Ogos 2010

Hantu Penanggal

Hantu Penanggalan atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah atau Balan-balan di Sabah, merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena.
(Siam ni merepek apa ntah aku pun tak faham)
Mereka yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali ke dalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.
Penangalan dipercayai suka darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Oleh itu, biasanya di sekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang berduri seperti daun mengkuang. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri daun tersebut.
Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu.
Hantu Penanggalan dikatakan dituntut oleh seseorang wanita bagi membantunya mengekalkan kecantikannya, membunuh musuhnya, menjaga tanaman / peliharaan daripada pencuri dan lain-lain. Kini, penanggalan bukan sahaja dituntut oleh wanita malahan lelaki juga tidak kurang hebatnya.Daerah Kota Belud amat terkenal dengan balan-balan.
Hantu penanggalan adalah seseorang yang menuntut ilmu hitam. Dengan itu ilmu tersebut perlu diwariskan kepada seseorang penganti sebelum tuannya mati sebagai saka. Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, hantu penanggalan akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan. Ia juga gemar menghisap darah manusia yang akan atau mahu bersalin.
Penanggalan juga biasanya diwarisi dari ibu kepada anak secara turun-temurun.
Suatu ketika dahulu hantu penanggalan hampir pupus kerana kekurangan makanan kerana wanita sekarang memilih untuk melahirkan anak di hospital, so tak boleh la hantu penanggalan ini menunggu di bawah rumah tempat tumpahnya darah sewaktu bersalin. Kalau bersalin di rumah flet atau di kondominium lagi la hantu penanggalan ini susah hati sebab nak tunggu bawah rumah orang bersalin di tingkat atas terpaksa masuk rumah orang lain pulak di tingkat bawah.
Walau bagaimanapun, dengan kekerapan kes buang bayi kebelakangan ini, hantu penanggalan mungkin aktif semula sebab kebanyakan wanita yang buang bayi ni melahirkan anak tak kira tempat. Selepas ini juga, mungkin hantu penanggalan ini akan popular di Melaka pulak kerana kerajaan negerinya berhasrat menyediakan sebuah asrama khas untuk wanita-wanita yang mengandung di luar nikah!



Sabtu, 14 Ogos 2010

Kelibat Puntianak Dalam Video Karaoke Achik & Nana?

Kali ni aku nak korang tengok sendiri apa yang aku dapat. Baru-baru ni aku dapat kiriman video karaoke Allahyarham Achik dan Siti Noordiana. Lagunya bertajuk 'Adat Berkasih'. Si pengirim siap pesan kat aku, tolong tengok dengan teliti pada saat ke 40 hingga 42. So aku pun tunggu la. Lagu dia takde le best sangat pun.Tunggu punya tunggu, memang betulla ada nampak kelibat lembaga hidup berpakaian putih berambut panjang, di sebelah Allahyarham Achik tu. Tak tau le amendanya, tapi takkan si penerbit atau editor video karaoke tu tak perasan masa nak masuk senikata lagu tu? Kalau sengaja dibuat, apa motifnya?Daripada pengamatan aku pulak, bermula pada saat ke 37 hingga 39 nampak macam gambar latar dia sangkut dan kelam kabut sikit dan tak pasal2 keluar gambar banglo yang nampak agak menyeramkan. Di bawah ini aku dah captured gambar saat makhluk tu muncul. Tak tau le kalau video karaoke tu bertindan dengan gambar cerita hantu mana ntah yang ada gambar banglo tu. Macam aku kata tadi, takkan la penerbit dan editor tak perasan. Kalau nak tengok video penuh, klik kat video di bawah gambar tu, kemudian tunggu sampai saat ke 40. Korang nilailah sendiri.

Pengalamanku Menjejak Puntianak

Ini adalah kisah benar.Kisah ini belum pernah aku ceritakan pada sesiapa.Cerita aku menjejak puntianak. Cerita ni berlaku tak berapa lama dahulu. Amaran : Jangan baca cerita ini sorang2, jadi apa2 bukan tanggungjawab aku!
Di bandar aku terletak sebuah gereja lama, di sebelah gereja tu terdapat beberapa jirat (kubur) kristian lama. Di kiri kanan jalan di hadapan gereja tu terdapat pokok-pokok besar. Kalau malam-malam lalu kat situ seram jugak walaupun jalan tu menuju ke pusat bandar. Bukan apa, sebab banyak bangunan-bangunan lama peninggalan kolonial British di sepanjang jalan tu seperti bangunan penjara dan muzium.
Ceritanya begini, adala seorang kawan aku yang sedang memandu kereta lalu kat situ pada suatu malam nak menuju ke pusat bandar. Katanya malam tu sunyi sungguh walaupun hujan turun renyai-renyai. Ketika dia melalui jalan tu, sebijik kereta pun takde berselisih. Waktu pada masa tu baru pukul 11.30 malam.
Gambar Hiasan (nak taruk gambar betul nanti puntianak saman aku)
Daripada jauh, lebih kurang 150 meter dia dah nampak bangunan gereja tu dalam kesamaran malam. Tiba-tiba matanya beralih pada sebatang pokok besar di hadapan gereja. Meremang bulu romanya bila dia nampak kelibat putih terawang-awangan di bawah pokok besar tu. Member aku ni pun apalagi,terus tekan minyak dan tak pandang ke arah pokok tu dah. Keesokan harinya kebetulan aku terserempak dengan dia lalu dia pun menceritakanlah pengalamannya itu pada aku.
Malam berikutnya aku pulak nak try nasib kut2 dapat jumpa benda tu dan ambik gambar untuk koleksi gambar hantu aku. Lebih kurang jam 9.30 malam aku dah keluar rumah seorang. Malam tu nampak macam nak hujan. Angin bertiup kuat. Rasa berdebar pun ada bila aku semakin hampir dengan jalan yang dikatakan oleh member aku semalam. Tapi rasa bersemangat mengatasi rasa takutku. Lagipun waktu masih awal. Masih banyak kereta yang lalu lalang. Daripada jauh aku dah nampak bangunan gereja tu, dan mataku beralih pada pokok yang dimaksudkan oleh kawanku. Memang benar, aku dah nampak kelibat putih seolah-olah sedang terbang mengelilingi pokok. Meremang jugak bulu tengkukku. Aku memperlahankan kereta, sebelah tanganku mencapai telefon bimbit dengan harapan dapat mengambil beberapa keping gambar sebagai bukti.
Semakin dekat dengan pokok tu, mata aku semakin fokus pada kelibat putih tu.
Tiba2 aku terperasan sesuatu pada baju lembaga putih tu. Ada satu bentuk tulisan yang macam pernah aku baca. Nak tahu apa yang tertulis pada kelibat putih tu? Haa..lebih kurang begini : Pikom PC FAIR, siap dengan tarikh dan tempat. Hampeh betul!!Rupa2nya kain rentang (banner) iklan pameran komputer yang tergantung bawah pokok tu dah tertanggal satu pengikat, so bila angin bertiup nampak terbuai-buai la benda tu. Memang dari jauh nampak macam puntianak. Tangan aku yang tengah pegang telefon bimbit kononnya nak merakam kewujudan puntianak, secara automatik terus mendail nombor handset kawan aku dan terus keluar perkataan : PUNTIANAK KEPALA HOTAK HANG!! KALAU DAH PENAKUT TU JUMPA MAK AJI BALIK TERAWIH PUN HANG KATA POCONG!!..buang masa aku aje..buang karan betul la.

Jumaat, 13 Ogos 2010

Histeria: Gangguan Jin atau Penyakit Psikologi?

Ini satu lagi kisah mistik yang sering berlaku di negara kita. Kebanyakan kes-kes histeria sering berlaku di sekolah. Masa aku sekolah dulu pun aku pernah saksikan kes histeria ini di depan mata aku. Tapi takde la seram sangat. Mungkin sebab berlakunya histeria tu di waktu siang. Bertungkus-lumus jugaklah ustaz dan pakar-pakar perubatan ketika itu berusaha memulihkan pelajar perempuan kelas aku tu.
Apa itu histeria? Di bawah ini disiarkan temuramah yang aku petik dari akhbar Harian Metro.

Tidak kurang lima kes histeria membabitkan ratusan pelajar yang dilaporkan berlaku hampir serentak di beberapa sekolah berasrama di Pahang, Selangor, Perak dan Sarawak sepanjang bulan lalu hingga kelmarin mencetuskan persoalan di kalangan masyarakat — apa sebenarnya berlaku?

Sekolah Menengah Sains Selangor adalah salah sebuah sekolah tersebut dan cerita tentangnya boleh dibaca di Pengalaman Semasa SMSS Diganggu.Dua pakar dalam dua bidang berlainan yang ditemui Metro Ahad memberi jawapan berbeza terhadap persoalan itu berdasarkan kepakaran masing-masing.


“Histeria berlaku kerana makhluk halus atau jin marah atau berdendam terhadap manusia selepas ia diganggu. Jin memang boleh meresapi manusia dan ada hadis menyokong kenyataan ini,” kata bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga pengkaji kebudayaan Islam, Datuk Dr Amran Kasimin.


Ketua Jabatan Perubatan Psikologi Pusat Pakar Universiti Malaya, Profesor Mohamad Hussain Habil, pula berkata masalah histeria berkait rapat dengan kepercayaan seseorang terhadap perkara mistik dan karut marut, namun ia sebenarnya disebabkan masalah psikologi serta tekanan perasaan.


“Kepercayaan karut mempengaruhi jiwa seseorang sehingga mereka mengalami histeria. Namun apabila diselidik, kebanyakan kes disebabkan tekanan psikologi, sama ada membabitkan masalah kewangan, rumah tangga, sosial atau kerja,” katanya.


Ikuti ulasan lanjut mereka berhubung fenomena ini yang kini mencemaskan masyarakat, terutama ibu bapa pelajar yang menjadi mangsa, kerana proses pembelajaran anak mereka terjejas berikutan sekolah terbabit terpaksa ditutup sementara waktu untuk menenangkan keadaan.


DATUK DR AMRAN KASIMIN


Soalan (S): Bagaimana histeria berlaku dan mengapa?


Jawapan (J): Histeria boleh berlaku atas dua faktor iaitu disebabkan tekanan dan gangguan. Apabila tertekan sama ada di sekolah, tempat kerja, cinta atau pergaduhan, diri hilang pertimbangan dan kerana itu makhluk halus atau jin mudah menguasai diri.


Manakala gangguan pula membabitkan kes seperti salah menuntut ilmu persilatan, tarian tradisional, menurun atau orang biasa. Ini gangguan syaitan dan iblis kerana mereka pernah berjanji untuk menyesatkan manusia walau apa cara sekalipun.


S: Kebelakangan ini banyak kes histeria berlaku di sekolah, apa puncanya?


J: Satu sebab jin mengganggu manusia ialah kerana marah atau berdendam selepas ‘kediamannya’ dirampas manusia, contohnya kawasan itu dijadikan sekolah atau bangunan. Sebab itu sekolah baru buka kerap berlaku histeria.


Selain itu, mungkin ada pelajar ‘mengganggu’ tempat jin itu seperti membuang air kecil di tempat tidur atau tempat tinggalnya. Ia mungkin dilakukan di kawasan hutan berhampiran sekolah atau belukar yang menjadi kediaman jin. Itu juga boleh menyebabkan kemarahan jin.


Boleh jadi juga sebab mereka (jin) diganggu bunyi bising disebabkan ‘kenakalan’ pelajar terbabit sehingga menimbulkan kemarahan. Jika lama terpendam, ia bertukar menjadi dendam dan tiba masanya, jin itu ‘menyerang’ (berlakunya histeria).


Namun histeria sebenarnya boleh berlaku kepada sesiapa saja dan tidak kira di mana. Jika jin diganggu, mereka membalas semula. Kes yang banyak berlaku di sekolah sekarang mungkin hanya kebetulan.


S: Bagaimana jin memasuki tubuh manusia dan ke mana tujunya?


J: Jin boleh masuk ke tubuh melalui pelbagai cara, sama ada hidung, mulut, telinga, ibu jari kaki dan tangan. Ia makhluk halus, tidak berjasad dan mudah berbuat demikian.


Selepas masuk, ia terus menyerang dan mengawal otak manusia, sekali gus menyebabkan perilaku tidak normal, mengubah personaliti seseorang mengikut jenis jin yang memasuki tubuhnya.


Ada yang dirasuk boleh bercakap dalam bahasa Thailand atau Indonesia kerana ia pelbagai jenis dan bangsa, sama seperti manusia.


Misalnya, jika jin tua masuk ke badan, mangsa berkelakuan seperti orang tua, bongkok. Perlu diingat, jin ini tidak mati sehingga hari kiamat.


S: Mengikut fahaman Datuk, bagaimana serangan jin boleh menyebabkan histeria ini?


J: Jin menyerang manusia dalam keadaan tak sedar dan sukar dikawal. Serangan memang dahsyat kerana dia memperalatkan tubuh manusia. Ada berlaku, pelajar menggigit jari sampai berdarah kemudian menghirup darah sendiri. Sebenarnya yang menghirup darah itu jin, bukan pelajar. Jin cuma mempergunakan tubuh pelajar tadi.


Ada juga mangsa yang boleh berkelakuan luar biasa seperti menumbuk dengan kuat, sedangkan yang dirasuk jin itu adalah wanita.


S: Mengapa apabila berlaku serangan histeria, ia mudah berjangkit kepada orang lain?


J: Memang jin boleh berjangkit selepas menyerang manusia. Ia pantas, malah boleh diibaratkan sama seperti cahaya. Dalam sekelip mata, ia boleh menyerang ramai orang.


S: Bolehkah histeria mendatangkan kemudaratan atau bahaya kepada mangsa, terutama pelajar?


J: Ya... kerana histeria ini menyerang otak dan fikiran manusia. Ia sama dengan simptom dialami orang gila iaitu hilang ingatan.


Bezanya, histeria akan pulih jika jin dapat dikeluarkan dari tubuh badan. Tidak seperti penyakit gila yang mungkin berlanjutan jika kerosakan sel otak yang dialami pesakit tidak dapat dirawat.


Namun jika histeria itu kerap menyerang seseorang, ia membahayakan diri mangsa, fikiran mungkin ‘dirosakkan’ makhluk berkenaan sehingga menyebabkan gila.


S: Apakah tanda seseorang itu diserang histeria?


J: Tangan menggeletar dan sejuk. Dia juga seperti dalam fantasi, mungkin terdengar bunyi air, desiran angin atau loceng yang sayup kedengaran.


Ia boleh dirasai. Selepas jin ada pada tubuh, mangsanya melihat dunia ini gelap, kepalanya bergoyang dan tubuh menggeletar.


S: Adakah benar mangsa yang dirasuk boleh melihat makhluk halus?


J: Ya... tetapi ia berlaku sekali imbas saja dan ia tampil dalam pelbagai rupa dan bentuk menakutkan. Ada juga yang menyerupai objek seperti ular. Jika ada pengakuan menyatakan ia melihat makhluk aneh, ia bukan ilusi tapi memang benar kerana Allah SWT membuka sedikit ruang untuk melihatnya.


S: Mengapa wanita sering jadi sasaran atau mangsa histeria?


J: Wanita lebih sensitif dan dianggap lemah berbanding lelaki. Apatah lagi dalam keadaan tertentu, wanita memang lemah seperti ketika haid, mengandung atau berpantang. Begitupun lelaki juga tidak terkecuali, ada yang kena jika tidak kuat semangat.


S: Bagaimana cara atau kaedah untuk mengelak menjadi mangsa?


J: Berpegang teguh dengan ajaran Allah SWT adalah langkah terbaik. Jin sebenarnya boleh mengetahui kekuatan roh seseorang, sama ada memiliki cahaya (iman) atau tidak. Jika kuat dengan amal ibadat, dia tidak suka mendekati.


Namun antara amalan yang boleh dilakukan ialah baca ayat Kursi selain doa. Rasulullah SAW pernah bersabda, “Barang siapa membaca ayat Kursi ketika di tempat pembaringan (tidur), Allah SWT menghantar dua malaikat untuk menjaganya hingga waktu subuh.”


S: Adakah wajar kita membuat perjanjian dengan jin untuk menghindarkan gangguan histeria ini sehingga perlu mematuhi syarat tertentu?


J: Itu tidak boleh. Jika letak syarat, ia menampakkan kita lemah, malah syirik. Memang ada ‘tawar-menawar’, tetapi jangan letak syarat. Dalam satu kes, jin pernah minta tempoh seminggu untuk berpindah dari situ tempat dan tidak salah membenarkan. Barangkali mungkin jin itu hendak berkemas sebelum beredar tetapi selepas seminggu, pastikan mereka tiada.


Dalam tempoh itu jin tidak mengganggu lagi, jika adapun sekadar gangguan kecil seperti terdengar orang mandi, suara ganjil atau kelibat seseorang.


S: Benarkah makhluk halus ini boleh dipindahkan beramai-ramai menggunakan kenderaan?


J: Jin boleh diibaratkan pergerakannya sama seperti cahaya, pantas dan laju. Jika kita menggunakan kenderaan untuk memindahkan mereka ke tempat lain yang mengambil masa beberapa jam perjalanan, selepas tiba, mereka kembali semula ke tempat asal hanya dalam beberapa minit atau saat saja, jadi bagaimana? Bagi saya, ini tidak logik dan menyukarkan.


S: Ada pihak ‘memagar’ tempat tertentu seperti sekolah atau bangunan untuk menghalau gangguan makhluk halus, apa pandangan Datuk?


J: Pada saya tidak salah, namun wujud kebimbangan. Malah ada yang memagar dengan bantuan jin juga dan ini bahaya, tidak mustahil jin ini boleh mengganggu tempat itu. Sebaik-baiknya kembali kepada ajaran Islam, gunakan ayat al-Quran.


S: Bagaimana pula kes mereka yang diserang histeria dan selepas dirawat, diserang kembali?


J: Apabila seseorang itu diserang histeria, ‘laluannya’ sudah ada. Sebagai contoh, apabila masuk ke hutan, kita membuat lorong dan jika hendak masuk kali kedua, kita guna lorong sama. Begitu juga dengan jin, namun lorong itu perlu ditutup dengan cara memperbanyakkan amalan.


S: Apakah jenis-jenis jin?


J: Seperti manusia, jin ada pelbagai jenis dan taraf. Ada jantan dan betina; Islam atau kafir. Makanannya nasi, darah, malah ada yang tidak makan. Ada juga terbang di udara dan melata di bumi. Tempat kotor seperti kawasan penyembelihan paling disukai. Makhluk ini tidak mati sehingga hari kiamat dan mereka sudah berjanji untuk menyesatkan manusia walau dengan apa cara sekalipun.


PROFESOR DR MOHAMAD HUSSAIN HABIL


Histeria adalah masalah biasa dalam proses pembangunan sesebuah negara, terutama apabila berlaku perpindahan penduduk dari luar bandar ke bandar besar.


Ketua Jabatan Perubatan Psikologi Pusat Pakar Universiti Malaya, Profesor Dr Mohamad Hussain Habil, berkata perkara ini berlaku di semua negara di seluruh dunia, termasuk di Barat.


Menurutnya, masalah histeria berkait rapat dengan kepercayaan seseorang individu terhadap perkara mistik dan karut marut. Walaupun faktor kejutan budaya turut memainkan peranan, kebanyakan kes histeria disebabkan masalah psikologi dan tekanan perasaan.


“Kepercayaan karut mempengaruhi jiwa seseorang sehingga mereka mengalami histeria. Namun apabila diselidik, kebanyakan kes disebabkan tekanan psikologi sama ada membabitkan masalah kewangan, rumah tangga, sosial atau kerja.


“Dulu saya selalu menerima pesakit histeria dari kalangan pekerja kilang dalam kuantiti ramai, terutama ketika Lembah Klang baru mula membangun. Kini kes histeria boleh dikatakan hilang sama sekali sehinggalah kes yang berlaku baru-baru ini membabitkan pelajar sekolah.


“Masalahnya ialah masih ramai percaya histeria disebabkan gangguan makhluk halus seperti jin atau penunggu sehingga pesakit lambat dibawa mendapatkan rawatan.


“Jika dibiarkan, lebih ramai akan mengalami gangguan ini kerana jeritan atau gejala histeria boleh mempengaruhi orang lain terutama bagi yang lemah semangat,” katanya.


Dr Hussain berkata, gejala histeria di kalangan pelajar sekolah berlaku kerana wujudnya unsur perpindahan dari kampung ke bandar dan setiap orang pasti ada kepercayaan terhadap perkara mistik tersendiri, walaupun punca sebenarnya mungkin disebabkan tekanan perasaan akibat masalah keluarga, teman lelaki atau terlalu bimbang untuk menghadapi peperiksaan.


“Usah bawa pelajar yang terkena histeria berjumpa bomoh kerana ia gangguan psikologi. Lebih cepat pelajar diberi rawatan, lebih mudah masalah histeria dikawal dan ia dapat mengelaknya mempengaruhi pelajar lain,” katanya.


Cara rawatan histeria juga mudah. Langkah pertama ialah mengasingkan individu yang mula-mula mengalami histeria dan pengasingan ini boleh dilakukan dengan memberi cuti atau dibawa segera ke hospital untuk diberi rawatan di klinik psikiatri. Biasanya pelopor kes histeria berkenaan dimasukkan ke wad dan dirawat hingga pulih.


Dr Hussain berkata, cara lain yang boleh dilakukan ialah berpindah sekolah atau menghantar pelajar berkenaan balik ke sekolah di kampungnya di mana dia berasa lebih selesa, tenteram dan selamat.


Jika histeria berlaku di kalangan guru, langkah penting yang perlu diambil selain memberi rawatan ialah memindahkannya ke sekolah lain.

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN, FUAD HADINATA YAACOB dan SHAMRAN SARAHAN dari Harian Metro.

So, macam mana? Aku tak mau komen apa2 setakat ni sebab belum datang idea nak mengkaji dan mencari sebab-musababnya.Mungkin di lain artikel aku sentuh balik bab ni

Kenapa Takut Pada Kegelapan?

Ni aku nak cerita pasal ketakutan pada benda-benda mengarut. Salah satunya ialah kegelapan.
Gambar Hiasan
Kegelapan merupakan suasana yang cukup tidak disukai oleh manusia sejak zaman batu lagi. Sebab itu manusia zaman batu berusaha mencari cara bagaimana menghidupkan api kerana tidak tahan lagi hidup di dalam kegelapan apabila tiba waktu malam.Begitu juga dengan Thomas Edison yang mencipta mentol lampu pertama di dunia (22 Oktober 1879), turut gelisah apabila berada dalam kegelapan.
Kenapa manusia begitu takut pada kegelapan?Kegelapan biasanya dikaitkan dengan suasana seram, alam kubur, keseorangan, kesunyian dan sebagainya yang menakutkan. Dalam kegelapan juga mata manusia mudah tertipu apabila melihat sesuatu yang mirip kepada benda2 yang menakutkan seperti hantu. Seringkali objek-objek seperti pokok, kain putih atau kayu yang berada dalam kegelapan disangka hantu.
Mengapa manusia mudah menganggap benda-benda sedemikian sebagai hantu apabila melihatnya dalam kegelapan? Sebabnya mudah, di dalam pemikiran manusia telah ditanam sejak kecil bahawa hantu itu wujud dalam kegelapan ketika berseorangan. Jadi saraf ketakutan yang berada di dalam otak telah disetkan apabila berada seorang diri di dalam gelap dan sunyi maka hantu akan wujud, sedangkan ketika beramai-ramai berada di dalam gelap kenapa tidak wujud hantu?Mengapa hantu tidak wujud ketika suasana gelap tetapi penuh dengan manusia dan bingit dengan bunyi seperti di dalam disko?
Kadangkala aku tengok, ibubapa sendiri telah menanam suasana takut pada minda anak-anak apabila anak-anak bermain di tempat gelap.Ayat pertama yang sering didengar apabila anak-anak hendak bermain di tempat gelap ialah : "Pergi la main kat situ, ada hantu kat situ". Secara tidak sedar ibubapa sendiri telah menanam rasa takut kanak-kanak terhadap hantu apabila berada ditempat gelap. Lama-kelamaan suasana gelap akan ditakuti oleh kanak-kanak sehingga membawa ke dewasa. Apalah salahnya jika hendak melarang kanak-kanak bermain ditempat gelap digunakan ayat ini: "Pergi la main kat situ, ada pemimpin rasuah kat situ, nanti dirasuahnya engkau, mati nanti masuk neraka". Haa..secara tak langsung di samping mengelak anak-anak bermain di dalam gelap, ibubapa juga dapat menanam rasa benci kanak-kanak terhadap rasuah. Bila dah besar nati takde la dia asyik nak merasuah je kalau jadi pemimpin masyarakat (nasib le siapa yang terkena tempias). So, lama kelamaan walaupun berada dalam kegelapan manusia tidak lagi takut pada hantu tapi rasa benci pada perasuah.
(Kalau nak dikaitkan juga dengan hantu,ayat ini mungkin sesuai : "Jangan main kat situ, kat situ ada pengundi hantu.Jangan kawan dengan pengundi hantu".)
Satu lagi perkara yang ditanam di dalam minda kita ialah rupa hantu itu sendiri.Sejak dulu lagi wajah hantu digambarkan sebagai amat menakutkan. Kesian hantu, udahla dikatakan jahat,rupa pulak buruk.Nasib engkau la hantu. Kenapa wajah hantu buruk?Nanti aku akan kupas dalam artikel akan datang. Cuma di sini aku nak kaitkan ialah jika dikatakan wajah hantu itu sangat cantik dan comel loteh macam Diana Danielle ke, Lisa Surihani ke, ataupun sekurang-kurangnya macam Luna Maya pun kira ok le, adakah manusia akan takut apabila berada bersama-sama hantu ini di dalam kegelapan? Aku rasa hantu pulak yang takut pada manusia. Takut 'perbuatan' bersama manusia itu dirakam dan disebar sehingga memalukan kaum hantu.
Sebenarnya tidak salah mempunyai perasaan takut pada kegelapan kerana di dalam kegelapan berbagai perkara negatif boleh berlaku,cuma yang perlu kita takut secara total bukannya pada kegelapan semata-mata tetapi takutlah pada Allah SWT.

Cerita Hantu Dari Kacamata Seorang Murid

Sabo je la kalau dapat murid macam ni

Khamis, 12 Ogos 2010

Hantu Raya

Hantu Raya dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja dan juga bagi memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.
Gambar Hiasan

Hantu Raya akan dikawal oleh pemiliknya yang boleh menyuruhnya melakukan apa-apa juga jenis kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh oleh tuannya bagi merasuk seseorang. Hantu raya mempunyai keupayaan menjelma sebagai manusia biasa atau haiwan lain, dan biasanya Hantu Raya akan menjelma sebagai tuannya.Bentuk asas Hantu Raya ini biasanya berbadan besar dan berbulu hitam dengan wajah yang menakutkan. Kalau di Indonesia disebut Gundorowo. (Kalau di Jepun nama Gundorowo ini mungkin digunakan sebagai nama salah seekor raksasa musuh Ultraman.) Kalau di negara barat dah tentu mahkluk ni dikatakan sebagai 'Bigfoot'.
Gambar Bigfoot

Hantu Raya yang dipelihara itu akan perlu diberi makan sebagaimana yang dipersetujui. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai ancak / sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Hantu Raya yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.Hantu Raya juga tidak peduli sama ada berlaku kenaikan harga ayam atau barangan lain,(Sesiapa yang anggap kenaikan harga barangan baru-baru ini tak membawa kesan apa-apa, samalah dengan Hantu Raya)
Hantu Raya biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.
Hantu Raya biasanya dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja-kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya. Dinamakan Hantu Raya bersempena saiznya yang besar seperti penggunaan dalam bahasa Melayu balairaya, lebuhraya, maupun pilihanraya.
Hantu Raya biasanya mampu melakukan kerja-kerja berat seperti empat atau lima orang dengan mudah.Ia boleh menjelma sebagai manusia.Ia boleh membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya.
Pengamal ilmu sihir hitam atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syirik dalam agama Islam.Hantu Raya akan mengamuk sekiranya tidak dijaga dengan baik.Tuannya sukar untuk mati sekiranya tidak ada orang hendak menerimanya.Hantu raya suka menyamar sebagai pemiliknya dan akan tidur bersama isteri tuannya jika tidak dikawal.(Aku tak pernah dengar pulak orang pompuan bela Hantu Raya.Kalau la orang pompuan bela Hantu Raya dan Hantu Raya tu pulak menyamar sebagai Maya Karin ke,Diana Danielle ke,fuh..untung bebenor la suami pompuan yang bela Hantu Raya tu)
Bagaimana tuan punya menurunkan kepada warisnya adalah melalui keris yang diperturunkan dari generasi ke generasi. Biasanya setitik darah tuannya dikehendaki untuk memastikan tuan yang baru dan akan menurut perintah tuannya.
Ramai orang tua yang mengamalkan bahawa dengan mempunyai pendamping ini mereka merasa selamat dari ancaman musuh tetapi hantu raya atau jin ini ada kelemahannya.
Dari segi agama Islam, gunakan lada kering, garam dan arang sahaja. Setiap batang lada patahkan tiga bahagian dengan bacaan Al-Fatihah setiap satu dan sebanyak 40 batang lada kering diperlukan (jadi 120 batang kecil). Bacakan ayat Kursi sebanyak 33 kali dan hembuskan keatas air. Renjis air ini ke atas garam dan arang tadi.
Kemudian gunakan arang ini untuk menghidupkan api di atas dupa. Letakkan sedikit lada dan garam sedikit demi sedikit sehingga habis. Masa yang sesuai dari pukul 6.00 petang sehingga habis lada di bakar. Hantu raya akan lari atau mengakibatkan dia cedera disebabkan oleh gas lada ini. Biasanya ia akan membunuh tuannya kerana tuannya tidak dapat mengubatinya.
Ayat Kursi adalah pantang jin dan lada serta garam adalah musuhnya. Gunakan sebaiknya kaedah ini sekiranya anda memasuki rumah yang lama tidak diduduki atau diganggu hantu raya atau anda mengalami sakit yang tiada puncanya. Asapkan badan atau bahagian yang sakit dengan asap lada ini. Insya ALLAH, doa anda dimakbulkan oleh ALLAH S.W.T

Koleksi Gambar2 Puntianak Yang Kononnya Berjaya Dirakam







Selasa, 10 Ogos 2010

Puntianak atau Makhluk Lain?

Gambar Hiasan
Bila buka You Tube,taip gambar hantu banyaklah versi-versi gambar hantu yang dinamakan pontianak yang telah berjaya dirakam.Selain daripada tu,yang berjaya direka pun banyak jugak.Cerita tentang puntianak memang banyak dalam internet.Dari negara benua Asia hinggalah ke benua Amerika.Apa yang menariknya ialah,kebanyakan penampakan hantu puntianak yang berjaya dirakam itu bentuk dan rupa fizikalnya hampir sama.Kalau kita tengok rakaman-rakaman yang berjaya dibuat di negara-negara Asia contohnya Malaysia dan Indonesia,keadaan puntianak jelas sama dari segi pakaian dan dandanan rambut.Di Malaysia puntianak berambut panjang mengerbang,berjubah putih bersih (apa rahsia puntianak pakaian tak nampak kesan kotoran,pakai Dynamo atau Breeze?)Dari segi muka pulak,jugak putih pucat,mata bercelak tebal serta bertaring.Rupa yang hampir sama juga terdapat pada puntianak di Indonesia,cuma namanya mungkin berbeza iaitu Kuntilanak.
Di negara Jepun atau Korea,bentuk fizikal puntianak juga hampir sama.Buktinya tengoklah filem Ring-O (Jepun) atau Ju-On (Korea).
Gambar Hiasan
Di negara barat pulak pontianaknya bersaiz kecil seperti kanak-kanak tetapi masih berpakaian putih.Cuma mungkin sebab berlainan budaya pontianak barat tidak memakai jubah tetapi memakai gaun.Bila pontianak kecil ini membesar aku rasa dia berhijrah ke tempat lain ataupun dikenali pulak sebagai vampire.Pakaian pulak seksi gila la sikit.Tengokla filem2 vampire omputih tu kalau tak percaya.
Kewujudan hantu pontianak ini aku tak pasti waktu bila sebab ada di antara gambar yang aku tengok dalam internet, pada waktu siang pun makhluk ni wujud.Jadi apakah sebenarnya puntianak ni?Adakah ia juga mahkluk dari angkasa lepas?
Mengikut teori aku,puntianak ni ialah sejenis makhluk yang masih belum dapat dikaji oleh manusia sampai ke hari ini.Makhluk ini hidup di serata dunia.Bentuk fizikalnya hampir sama, kewujudannya mungkin di antara titik buta (blind spot) mata manusia.Nak tau lebih lanjut tentang titik buta ni tanyalah bekas askar Vietcong.Askar Vietcong mahir tentang kedudukan titik buta mata manusia.Mungkin sebab tu askar Amerika tewas di Vietnam.Begitu juga makhluk puntianak tadi,apabila ia tersasar dari titik buta mata manusia maka manusia akan nampaklah kelibatnya tak kira siang atau malam.Tak percaya sudahlah..
Walau bagaimanapun, ada gambar2 yang aku tengok di internet dah dimanipulasikan.Sebagai contoh tengok kedua-dua gambar ni.Kedua2 puntianak ni berposing dengan cara yang sama cuma tempat je berbeza.Yang mana satu betul ntah?



Gambar diambil kat mana aku pun tak tau



Tapi ada juga gambar2 yang sukar nak dipastikan sama ada tipu atau benar. Tunggu artikel Ustad Man selanjutnya dengan paparan video yang mungkin meresahkan anda..

Gambar diambil di Indonesia

Ini pun aku tak tau ambil kat mana
Nampak tak yang melayang kat belakang tu?Tapi lebih kurang sama aje posingnya dengan gambar kat atas yang dalam bilik tu.Hampeh betul..


Puntianak@Pontianak


Puntianak atau lebih popular dieja sebagai pontianak, dipercayai oleh masyarakat Melayu bahawa ia berasal daripada perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya.Terdapat juga pendapat menyatakan bahawa ia merupakan jin (hantu) liar yang bertindak mengganggu manusia.
Pontianak (puntianak) juga merupakan nama ibukota Provinsi Kalimantan Barat di Indonesia iaitu Kota Pontianak (Ibukota Kalimantan Barat) ada kaitannya dengan hantu puntianak tersebut.
Tersebutlah kisah, ketika Syarif Abdurrahman Al-Qadri pertama kali mendirikan Kota Pontianak, ia dan rombongannya sering diganggu oleh hantu pontianak ketika menyusuri Sungai Kapuas yang merupakan pintu gerbang Kota Pontianak dari arah Laut China Selatan. Maka untuk mengusir hantu pontianak tersebut, ditembakkannyalah meriam. Sekaligus dimana peluru meriam itu jatuh, maka di situlah akan didirikan kesultanan. Maka peluru meriam itu jatuh melepasi di simpang tiga Sungai Kapuas dan Sungai Landak yang kini lebih dikenal sebagai kawasan Beting-Kampung Dalam Bugis-Pontianak Timur. Itulah cikal bakla Kota Pontianak. Nama Pontianak sendiri diambil dari nama hantu pontianak yang sering mengganggu Syarif Abdurrahman Al-Qadri. Syarif Abdurrahman Al-Qadri sendiri akhirnya menjadi Sultan Kesultanan Pontianak yang pertama (sekitar abad 17).
Kini Keraton Qadriah dan Masjid Jami' Sultan Syarif Abdurrahman masih berdiri dengan kukuh di kawasan Beting dan Kampung Dalam Bugis-Pontianak Timur, sebagai saksi bisu kejayaan Kesultanan Melayu Pontianak-Kalimantan Barat-Indonesia.

Dalam kebanyakan cerita seram yang ditunjukkan di televisyen, ia menayangkan bahawa hantu puntianak membunuh mangsanya dengan menghisap darah di bahagian tengkuk mangsa. Namun begitu di dunia yang nyata, tiada kes dilaporkan mengenai adanya manusia yang mati dibunuh oleh puntianak.
Filem-filem tersebut mendorong kepada ketaksuban rakyat masa itu kepada perkara-perkara kurafat, yang akhirnya menyebabkan filem-filem sedemikian diharamkan penghasilan dan disekat daripada saluran kerajaan. Ini bagi menyekat kepercayaan karut yang timbul kesan daripada cerita-cerita sedemikian.
Pada masa kini, dengan cahaya yang terang sepanjang masa, kebanyakan kita menganggap ketakutan yang ditunjukkan dalam filem tersebut sebagai mengarut. Tatapi apabila kita berhadapan dengan suasana yang serupa, keadaan gelap ditengah hutan dengan haiwan buas berkeliaran, ketakutan terhadap sesuatu yang tidak dapat dilihat merupakan sesuatu yang benar bagi mereka yang hidup ketika itu.
Puntianak ini dikatakan mempunyai lubang dibelakang tengkuknya. Sesiapa yang berjaya hidup ketika berjumpa puntianak dalam jelmaan wanita dan memasukkan paku ke dalam lubang ini dikatakan menjadikan puntianak tersebut kekal menjadi wanita cantik. Sekiranya paku itu dikeluarkan, ia akan kembali sebagai puntianak. Bagaimanapun, anda dinasihatkan agar tidak cuba memaku mana-mana wanita yang dijumpai kerana akhirnya anda mungkin akan dituduh membunuh.
Hantu puntianak dikatakan sering menjelma sebagai wanita cantik yang berjalan seorang diri dijalan yang sunyi. Oleh itu, cerita ini kemungkinan bertujuan menghindari golongan wanita daripada diganggu oleh pemuda-pemuda yang takutkan puntianak ketika berjalan seorang diri di jalan yang sunyi.Walau bagaimanapun, puntianak nampaknya lebih mulia dari kebanyakan manusia yang buang anak dan berpakaian seksi.Puntianak sanggup mempertaruhkan nyawa semata-mata nak melahirkan anak dan dari segi pakaian pulak,belum pernah aku dengar orang jumpa puntianak rambut mengerbang tanpa jubah putih,ataupun sekurang-kurangnya berpakaian mendedahkan aurat.


Toyol atau Alien?

Toyol di Pahang

PEKAN, 23 Februari - Ribuan penduduk negeri Pahang menyerbu Muzium Negeri di sini bagi melihat makhluk aneh yang ditemui oleh seorang nelayan dua hari lalu dan disimpan di muzium tersebut.

Makhluk yang berukuran kira-kira 15 sentimeter tinggi dan sebesar penumbuk orang dewasa itu berada di dalam botol serbuk minuman bersaiz 980 gram. Badan makhluk itu berwarna kehijau-hijauan dengan matanya yang merah saga, manakala badannya diselimuti kain hitam serta diikat dengan tali putih.

* Agak-agak toyol ni ada kaitan tak dengan Ahli Parlimen Pekan tu?











Ini aku punya teori tentang toyol.Mula-mula tengok kedua-dua gambar di bawah:

Kalau tengok dari segi fizikal kedua-dua makhluk ini hampir sama.Berkepala botak dan berwarna hijau.Rupa bentuk alien kat sebelah kanan ni gambaran yang diberi oleh saksi seluruh dunia yang mendakwa pernah berjumpa dengan makhluk angkasa lepas.Apa kaitan toyol dengan alien?Kita banding aktiviti kedua-duanya.Dalam artikel lepas ada diceritakan tentang aktiviti toyol iaitu mencuri wang tetapi hanya separuh (duit kertas sahaja,duit syiling dia tak ambik)Kemudian menghisap darah mangsa.Aku rasa Alien juga mencuri wang tetapi separuh kerana mungkin sebelum menakluk bumi alien telah perhatikan aktiviti manusia di mana manusia terlalu taksub pada helaian-helaian kertas ini(wang kertas) sehingga ada yang sanggup berbunuhan.Oleh kerana alien melihat betapa istimewa dan berkuasanya helaian2 kertas ini maka alien pun mencuri beberapa keping untuk dibuat kajian.
Setelah beberapa kajian dibuat,alien cuba pula menculik beberapa orang manusia dan mengambil darah mereka untuk dikaji (seperti toyol yang dikatakan menghisap darah).Kalau tengok dalam tv, terutamanya rancangan2 tentang UFO, ramai jugak mat saleh yang mengaku kena culik dengan alien dibedah dalam keadaan tidak sedarkan diri.Tapi dari mana pulak datangnya alien ni?Kalau nak tau teori seterusnya ikutilah blog USTAD MAN MISTIK..
Kesimpulannya, nilailah sendiri teori aku ni.Betul atau tidak, lu pikirlah sendiri..(bersambung pada artikel akan datang) 
Gambar Hiasan (tidak ada kena-mengena dengan artikel di atas walaupun nama hampir sama dan aktiviti pun hampir sama)
 

Toyol

Toyol merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara bagi tujuan mencuri. Toyol ini dikatakan berbentuk kanak-kanak kecil dan turut mempunyai perangai seperti kanak-kanak kecil. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.
Toyol biasanya dipelihara dengan tujuan membantu pemiliknya mendapatkan duit dengan mencuri daripada jiran-tetangga.
Toyol mampu menyelip dalam mana-mana bilik berkunci, dan mampu mencari wang tunai yang disorokkan di mana sahaja, kononnya termasuk yang disorok dicelah kitab suci.
Pemelihara toyol biasanya akan membeli atau memuja untuk mendapatkan toyol. Toyol yang dipelihara, dipercayai secara umum sebagai mempunyai bentuk seorang budak kecil berbogel, dengan mata yang merah dan gigi yang tajam. Kononnya, toyol akan dipelihara dalam sebuah botol kecil dan pemiliknya akan memberikannya makan darahnya sendiri setiap hari/setiap bulan mengambang. Sekiranya gagal, toyol akan menghisap darah ahli keluarga terdekat pemiliknya.
Pengamal ilmu sihir atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syirik dalam agama Islam.
Sekiranya tidak dijaga dengan baik, toyol akan membinasakan ahli keluarga terdekat pemilik toyol. Sekiranya toyol tidak lagi diperlukan, pemilik toyol perlu mendapatkan tuan pengganti, atau menghantar toyol itu balik ketempat ia dibeli, atau ia perlu dibuang, biasanya dihanyutkan dengan acak kedalam sungai.
Terdapat petua yang menyatakan sekiranya sejenis permainan (??? ada sesiapa yang tahu, mungkin sekali ketam), diletakkan hampir dengan wang yang disimpan, toyol akan asyik bermain sehinggakan terlupa mengambil wang. kacang hijau yang diletakkan kedalam kantung juga dikatakan boleh melalaikan toyol.
Toyol juga tidak akan mencuri keseluruhan jumlah wang, tetapi sekadar mengambil sebahagian daripada wang yang tersimpan. Mungkin kerana kata orang tua-tua yang mengatakan bahawa "budak-budak jangan pegang duit banyak banyak". Pemilik toyol juga perlu memenuhi apa sahaja permintaan toyol peliharaannya, sekiranya gagal, toyol tersebut akan bertindak ganas.
Secara ilmiah, toyol hanyalah satu helah pencuri yang bergerak aktif di sesuatu tempat. Sekiranya terdapat toyol sebenar, tuan toyol boleh mendapatkan wang yang lebih banyak hanya dengan membuat pertunjukkan, tanpa perlu mencuri. (Sumber : wikipedia)


Isnin, 9 Ogos 2010

Hantu, Jelmaan Roh atau Makhluk Asing?

Anda pernah melihat atau merakam gambar/bunyi hantu?Anda pasti ianya hantu?Anda percaya adanya hantu?Adakah hantu itu boleh dilihat dengan mata kasar?Adakah hantu itu hanya menjelma di waktu malam sahaja?Adakah ianya jelmaan roh yang tidak diterima bumi setelah jasad dikebumikan?Atau adakah ia sejenis makhluk yang datang dari dunia luar yang masih belum dapat dikaji oleh manusia?Blog ini membicarakan kewujudan aktiviti-aktiviti paranormal dan mengupas tentang kewujudannya.Selamat Melayari Blog USTAD MAN MISTIK!!!!