AMARAN: Kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, orang yang lemah semangat, lemah syahwat mahupun yang lemah tenaga batin adalah DILARANG mengunjungi laman blog ini tanpa bimbingan mereka yang berpengalaman.

"Sesungguhnya makhluk-makhluk halus itu dapat melihat kamu sedangkan kamu tidak dapat melihat mereka." (Surah al-A'raaf, ayat 27)

Khamis, 3 Februari 2011

Kisah 3 Ekor Pontianak Pulak..

Maka tersebutlah pulak kisah 3 ekor pontianak. Masing-masing nak tunjuk siapa yang paling terer. Mereka pun mengadakan satu pertandingan tunjuk siapa paling power.
Pontianak yang paling muda diberi kesempatan untuk memulakan pertandingan. Lalu dia pun terbang secepat kilat, tak sampai 5 minit dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah, dan menyeramkan.
Terus dia berkata : "Korang nampak kampung kat seberang bukit tu?" Pontianak dua ekor lagi ngangguk, "Iya, nampak. "Satu kampung tu ...habiissss aku kerjakan!!!!"kata pontianak muda dengan penuh bangga.
Angin jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda. Kini giliran pontianak yg setengah abad tu pulak. Dia pun meluncur terbang macam jet F9 (sebelum kehilangan enjin). Tak sampai 2 minit dah balik, mukanya juga penuh berlumuran darah.
"Korang nampak bandar tu ?", katanya dengan muka yg riak. "Iya, nampak", yang dua ekor lagi ngangguk juga. "Satu bandar itu juga habiiissssss!!!", kata pontianak yg setengah abad sambil ketawa seram,"ha ha ha hah".
Pontianak yang sekor lagi tambah panas dan tercabar. Apa lagi sepantas kilat dia pun tunjuk skill terbang. Akan tetapi, alangkah terperanjatnya dua sahabatnya, sebab tak sampai setengah minit dia dah balik, dengan muka yang penuh berlumuran darah.
Lalu pontianak yang 2 ekor tu berkata, "fuhh...terer gila ahh dia ni, tak sempat aku nak duduk dia dah balik, memang dia paling power". 

 Sambil mengosok-gosok hidung nya pontianak paling terer tu pun berkata ,"korang nampak tembok batu tu ?"
"Nampak! Nampak!", kata yang 2 ekor tu...
"Err.. tadi aku tak nampak", balas pontianak 'paling terer' tu sambil terus menggosok-gosok batang hidungnya... 


Moral cerita : Kalau nak tunjuk terer pun janganla gelojoh sangat..