AMARAN: Kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, orang yang lemah semangat, lemah syahwat mahupun yang lemah tenaga batin adalah DILARANG mengunjungi laman blog ini tanpa bimbingan mereka yang berpengalaman.

"Sesungguhnya makhluk-makhluk halus itu dapat melihat kamu sedangkan kamu tidak dapat melihat mereka." (Surah al-A'raaf, ayat 27)

Jumaat, 24 Disember 2010

Bagaimana Hantu Menyorok Dalam Titik Buta


Kali ni Ustad Man nak buat eksperimen sekali lagi. Kalau dalam artikel sebelum ni Ustad Man dah buat eksperimen melihat hantu kali ni kita buat aktiviti menyorok hantu pulak.Ingatkah anda teori titik buta yang pernah aku sentuh dalam artikel sebelum ini? Kali ini aku nak buat eksperimen tentang titik buta yang mempengaruhi minda otak kanan dan otak kiri manusia. Idea ni aku dapat masa bersembang dengan sorang pekerja buruh binaan berbangsa Vietnam masa aku tengah tunggu nasi bungkus di sebuah warung baru-baru ni. Mamat Vietnam ni duduk semeja dengan aku, walaupun bahasa melayunya agak tunggang-langgang diselang-seli dengan bahasa Inggeris yang jugak kelam-kabut, keramahannya ingin bersembang dengan aku membuatkan aku berminat nak mengetahui tentang sejarah Perang Vietnam pada tahun 1969.
Maka rancaklah dia bercerita tentang kehebatan askar Vietcong menentang askar Amerika sehingga askar Amerika angkat kaki dari bumi Vietnam (kecuali Rambo). Maka aku pun ambik peluang bertanya tentang kehebatan askar Vietcong memanupulasikan titik buta mata manusia.
Tak sangka mamat Vietnam ni terlalu teruja sampai offer nak tunjuk demontrasi pulak kat aku. Menurutnya, datuknya pun bekas askar Vietcong dan titik buta tu memang sinonim dengan askar Vietcong.
Mula-mula dia berdiri depan aku, diletaknya sebuah kerusi disebelah kanannya. Kemudian disuruhnya aku pejam mata kiri dan mata kanan fokus pada kerusi tersebut. Aku pun buat seperti yang disuruh, sambil tu tangan aku meraba poket tempat aku simpan beg duit. Mana tau, kut2 mamat Vietnam ni pukau aku pulak, nanti dikebasnya duit aku.
Perlahan-lahan mamat Vietnam tadi bergerak menjauhi kerusi iaitu ke arah sebelah kanan aku ataupun sebelah kiri kerusi. Mula-mula aku masih nampak kelibat mamat ni hingga akhirnya sampai satu masa aku tak nampak mamat Vietnam ni berdiri depan aku untuk beberapa saat. Fuhh.. ajaib sungguh!! Memang terror mamat Vietnam ni.
Balik ke rumah aku pun try buat eksperimen seperti yang dibuat oleh mamat Vietnam tadi. Tapi aku buat melalui komputer dengan format GIF image. Memang menjadi. So, aku pun muatkanlah dalam blog ni seperti di bawah untuk pembaca melakukan sendiri eksperimen ini.
Tengok imej di bawah dalam jarak 1 kaki.(Titik buta mungkin berubah bergantung pada jarak) Lepas tu tutup mata kiri, kemudian mata kanan fokus pada tanda pangkah. Anda akan nampak bulatan hitam itu bergerak ke kanan dan akhirnya hilang seketika dan kembali semula. Ajaib bukan?



Agaknya makhluk-makhluk mistik yang kadangkala kita ternampak kemunculannya itu mungkin selama ini berada di dalam kawasan titik buta mata manusia dan apabila terpesong sedikit dari kawasan titik buta itu maka nampaklah kewujudannya.
Cuma satu yang aku frust sikit sebab mamat Vietnam tu tak mau cerita bagaimana nak buat mata kiri manusia itu leka seketika. Mungkin ada teknik2 rahsia yang hanya askar Vietcong yang tahu.
Sekarang cuba lihat sepintas lalu gambar di bawah ni pulak.
Aku rasa korang mesti nampak enam tompok warna mengelilingi satu titik hitam. Cuba fokus pada titik hitam di tengah gambar. Lama kelamaan keenam-enam tompok warna tersebut semakin menghilang bukan?
Tak puas hati lagi? Haa..tengok pulak gambar di bawah. Macam tadi jugak, cuba fokus pada bintik merah di tengah gambar. Bagaimana dengan jalur kelabu pada latar belakang gambar? Masih kelihatan atau menghilang?
Aku rasa titik buta ini berkaitan rapat dengan fungsi otak kanan dan otak kiri manusia dalam mentafsirkan sesuatu.(kalau takde otak tu jadilah seperti seorang lelaki dayus yang tak mau beri nafkah untuk anak2 setelah syok sangat nak berbini baru). So, begitu jugalah kewujudan hantu dalam masyarakat kita. Kalau mata kita berjaya memperdayakan otak kiri dan otak kanan maka wujudlah macam-macam jenis hantu dalam minda masyarakat kita. Jadi berhati-hatilah dengan muslihat mata anda sendiri.

Isnin, 20 Disember 2010

Misteri Terowong Menora

Assalamualaikum...lama betul Ustad Man tak menulis blog. Bukan apa, cuti2 sekolah ni bawa anak bini pi makan angin. Baru-baru ni pi Port Dickson,tidur semalam kat Seri Ratu Hotel & Spa, Teluk Kemang. Rabak jugak poket dibuatnya, tapi takpa la,sekali-sekala. Lagipun untuk keseronokan famili apa salahnya. Bukan macam sekor beruk yang teramat bongok yang aku pernah kenal tu,hutang dah lima enam kali keliling pinggang masih kemaruk nak berbini baru sampai anak bini lama terabai.Nak buat macam mana, dah keturunan beruk macam tu.
Tinggalkan kisah beruk tu, lepas check out kul 12 tghari tu aku terus ke Nilai 3 pulak, shopping sakan sampai tak sedar jam dah pukul 5.00 petang. Nak kena balik ke utara jugak petang ni macam mana pun.
Jam 7.50 malam singgah makan kat restoran jejantas Sg. Buloh, pastu terus drive sampai R&R Tapah kul 9.50. Makan lagi. Rehat lama sikit. Tengok jam dah pukul 11.30 malam. Pukul berapa nak sampai rumah ni? Tak boleh jadi ni,nak kena rush sikit sebab aku tak mau berada atas highway lama2 tengah2 malam ni sebab nanti nak kena lalu kat terowong Menora di Ipoh nun. Bukan takut tapi kalau terjadi apa2 sepanjang higway nanti payah nak mintak bantuan. Lagipun sepanjang susur keluar Ipoh Selatan dah takde kereta yang aku nampak menuju ke utara.
Pecut jugak la malam tu sampai tak sedar meter dah naik 140 km/h. Lantaklah, anak bini dah lena. Tepat jam 12.00 tengah malam kereta aku merangkak masuk terowong Menora.
Terowong yang selalu aku dengar kisah-kisah misteri terutamanya tentang cerita volkswagon kuning yang tidak berpemandu yang sering mengganggu pengguna lebuhraya berdekatan terowong ni. Sampai dalam perut terowong aku memperlahankan kereta, sengaja nak tunggu kut2 ada ternampak kelibat volswagon kuning yang dimaksudkan. Sekali-sekala mata memandang cermin sisi, menunggu volkswagon kuning memotong.
Tiba di pintu keluar terowong, dari cermin pandang belakang aku nampak sayup-sayup satu cahaya lampu kenderaan. Hatiku berkata, takkan lampu volkswagon dah terbakar sebelah kut?Aku memperlahankan lagi kenderaan dan membiarkan kenderaan di belakangku memotong.
Rupa-rupanya sebuah sekuter putih dengan penunggang tanpa kepala! Terkejut jugak aku, tapi bila diperhatikan betul2, penunggang tu menunduk kepala, mungkin kerana waktu tu sejuk sangat. Teringat aku kat Speaker SKK dan Tuan Mursyidul Am SKK pulang dari sekolah kalau waktu hujan lebat. Kadang-kadang terlampau sejuk tengkuk pun dah jadi pendek sampai tak nampak kepala.
Jam 12.30 tegah malam, alhamdulillah aku selamat sampai rumah. kira laju jugakla aku pecut dari tapah ke rumah ambil masa 1 jam aje.
Sebelum melelapkan mata aku terkenang tentang skuter putih tadi.Siapa la yang berani menunggang motorsikal sorang2 tengah malam tu? Aku pun buka laptop dan cari kisah2 seram tentang terowong Menora. cari punya cari dapatlah satu cerita dalam satu blog seperti di bawah ni :


pada pukul 10.30 malam,aku bertolak dari Taiping.selepas siap mengangkat segala beg ke dalam kereta,aku bersalaman dengan mak dan abah.sempat aku menghulurkan wang RM300 kepada abah tadi.buat belanja bulan ini.

"Man bila lagi balik,Man?" rasa sayu mendengarkan suara lemah itu dari mak.mak sudah selalu jatuh sakit.terasa bersalah sebab baru kali ini dapat pulang berjumpa mak.kerja menjadi alasan.sungguh tipikal gaya hidupku.aku tak mahu melukakan lagi hati mak,maka aku berjanji akan pulang lagi minggu hadapan.walaupun isteriku mula tak senang duduk mendengar kata-kata manisku itu.

"balik lagi ke minggu depan?" setelah lebih kurang satu jam perjalanan,akhirnya isteriku bersuara.ternyata dia tidak begitu gembira dengan janjiku tadi kepada mak.anak-anak sudah terlena di tempat duduk belakang Proton Personaku ini.

"....mak tu sakit.tak boleh ke nak tengok dia sekali-sekali."

"lah.tadi kan dah tengok?"

naik sedikit tekanan darah aku.hendak dimarah,tak boleh.hendak diturut,menjadi-jadi.aku mendiamkan diri,menunggu reda perasaan tegang ini.apabila surut barulah akanku pujuk semula.

jam telah lewat pukul 12,perasaan mengantuk mula hadir.livita yang dibeli di Petronas tadi tidak menunjukkan kesan yang ketara.kudapan berupa kacang dan kuaci sudah habis 2 paket.mahu tak mahu,aku terpaksa berhenti di Hentian Sebelah Sungai Perak,untuk melelapkan mata sebentar.

"ayah mengantuk..tidur kejap..."

"bagi mama drive la,tak apa."

"hummmmmm..." aku mengabaikan pelawaan isteriku dan terus melelapkan mata.kerana aku masih kurang yakin dengan teknik pemanduannya,walaupun telah 11 tahun kami berkahwin.apatah lagi diwaktu malam.lebih-lebih lagi,jalan selepas Jambatan Sungai Perak ini lebih bahaya,kerana kami akan melalui Terowong Menora,kemudian lebuh raya curam menuju ke Plaza Tol Jelapang,tempat di mana kemalangan sering berlaku.

lebih kurang satu jam kemudian,aku terjaga.terasa segar sedikit.aku keluar untuk mencuci muka dan membeli minuman serta lebih kudapan untuk dikunyah sepanjang perjalanan.masih jauh untuk sampai ke Kuala Lumpur.

"mama,kunci kereta.ayah nak pergi kedai.mama nak air tak?" isteriku yang separa sedar menggeleng kepala.

pukul 1.10 pagi.

aku meneruskan perjalanan dalam keadaan yang agak segar.radio telah kumatikan,agar isteri dan anak-anakku dapat tidur dengan lena.walaupun keadaan sunyi boleh menyebabkan perasaan mengantuk kembali,aku cuba mengatasinya dengan membasahkan lidah dengan zikir.

lebuhraya Changkat Jering-Ipoh yang lengang memudahkan perjalanan.sekali-sekala aku memotong lori-lori balak yang dipandu perlahan.ketiadaan lampu jalan apabila tiba di kawasan bukit membuatkan aku memperlahankan kelajuan untuk keselamatan.kira-kira setengah jam kemudian,kami tiba di Kilometer 260.

aku memasang lampu tinggi,dan dari jauh terpancar papan tanda "TEROWONG 2 KM DI HADAPAN.KURANGKAN LAJU"

tidak sampai 10 minit,kereta yang kupandu tiba di muka terowong sepanjang 800 meter tersebut.terowong ini dibina sebelah-menyebelah,satu ke utara dan satu ke selatan,menembusi Banjaran Keledang.

terowong Menora...

pelbagai cerita aneh pernah ku dengar berkenaan terowong ini.kisah orang memandu dalam terowong tapi tak jumpa jalan keluar,kisah perempuan menumpang kereta,dan lain-lain.namun,yang paling terkenal,sudah pastilah kisah Volkswagen kuning.

VRROOOOOOOMMMMMM!!!!!!


berderau darah aku!tiba-tiba sahaja bunyi enjin itu mengaum dari arah belakang.aku menjengah di front mirror,ternampak lampu kenderaan yang menyilaukan,seolah-olah benar-benar rapat dengan kereta aku.ahh.sudah.ini betul-betul dia.sama macam cerita-cerita yang pernah aku dengar,dan baca di Mastika.

aku tetap mengekalkan kelajuan,tidak mahu mengikut kemahuan kereta hantu tersebut.jika aku mempercepatkan kenderaan,kereta itu akan mendorong aku sehingga terbabas.kalau nak potong,potonglah!aku bawak keluarga aku,taknak bawak laju!aku nak selamat sampai je.A'uzubillahiminassyaitanirrajim...

aku mula membacakan ayat-ayat suci Al-Quran.ayat Kursi,ayat mu'awazitain.dan surah Al-Fatihah,berulang-ulang kali.isteri dan anak-anakku masih nyenyak tidur.baguslah.aku tak mahu mereka panik.walaupun tekanan darah aku mulai meningkat,aku cuba menenangkan diri.cuma tinggal beberapa ratus meter lagi dan kami akan melepasi terowong.dan Volkswagon kuning masih rapat di belakang.

akhirnya,apabila tiba di penghujung terowong,kereta itu memotong keretaku.apabila dia betul-betul disebelah kereta kami,aku memberanikan diri untuk memandang ke kanan,ingin melihat buat kali pertama dan terakhir kenderaan hantu yang menjadi bualan ramai tersebut.

dengan Bismillah,aku memusingkan kepala sedikit.

eh?

"S...Skuter ??? "

bukan Volkswagon kuning.tetapi sebuah skuter putih,meluncur laju di lebuhraya Changkat Jering menuju ke Ipoh....tanpa penunggang.


Tapi aku tak rasa seram sangat, cuma aku rasa cerita tentang volkswagon kuning mungkin dah pupus sebab kenaikan harga minyak RON95 sebanyak 5 sen baru-baru ini. Pendapat aku mungkin sebab bebanan harga minyak, tambahan pulak Volkswagon ni kuat makan minyak, maka hantu ni beralih kepada kenderaan yang lebih menjimatkan minyak seperti skuter. Kesimpulannya, kalau diberi peluang hantu2 sebenar untuk mengundi mungkin hantu2 ini akan pangkah parti lain yang lebih relevan. Wallahhuaklam..

Khamis, 4 November 2010

2 Misteri Dalam Microsoft


Kisah mistik kali ni pelik sikit. Ada sorang member yang pakar IT telah beritahu aku tentang 2 misteri dalam penggunaan komputer yang Bill Gates sendiri tak tau macam mana nak explain.


Misteri 1 :
Cuba buka Microsoft Word dan taip : =rand (200, 99) kemudian Enter.
Dalam pc aku keluar ayat :
"The quick brown fox jumps over the lazy dog" beribu kali sebanyak 235 halaman. Pelik, memang pelik!!


Misteri 2 :
Cuba cipta satu folder baru dan namakan folder itu dengan nama : CON.
Kalau anda dapat namakan folder itu dengan nama CON, anda memang tergolong dalam golongan makhluk mistik era IT!!

Selamat mencuba!!..

UFO (Bhg 2)

Satu laporan top-secret kerajaan menjelaskan bahawa sebuah kapal angkasa dari galaksi lain terhempas di kawasan New Mexico. Satu-satunya mangsa yang terselamat daripada kemalangan itu adalah seorang bayi yang berumur 3 tahun. Bayi perempuan itu dikeluarkan dari sebuah bekas keselamatan yang terpelanting keluar beberapa saat sebelum kapal angkasa itu terhempas.

Kejadian itu disaksikan oleh puak Indian Navajo yang kemudiannya menghubungi pihak tentera dengan segera. Pihak berkuasa itu pula tidak memberikan komen sama ada mahu mengesahkan atau menafikan kejadian dan adanya bayi makhluk asing mangsa kapal angkasa yang terhempas itu.

Laporan itu menjelaskan lagi bahawa pihak tentera yang dilatih khas untuk menyelamatkan dan mencari mangsa kemalangan angkasa lepas menemui 4 mayat yang telah hangus daripada bangkai kapal angkasa yang terhempas itu. Laporan sulit 'eyes only' itu dikeluarkan oleh seorang ahli fizik angkasa lepas yang tidak bersetuju dengan rancangan kerajaan untuk menjalankan pelbagai ujian termasuk membedah otak bayi makhluk asing itu.

"Mereka mahu menyelidik dan membedah bayi makhluk asing yang malang itu sama seperti mereka lakukan ke atas tikus-tikus di makmal", terang doktor itu dengan marah. "Bayi itu adalah makhluk yang masih hidup dan bernafas serta mempunyai daya pemikiran yang tinggi daripada apa yang dapat kita gambarkan", katanya lagi.

Doktor itu yang tidak dapat dikenalpasti menggambarkan bayi makhluk asing itu tidak banyak berbeza dengan bayi manusia dari segi saiz, bentuk dan berat tetapi mengatakan persamaan itu hanya setakat itu sahaja.

"Wajahnya seakan-akan yang terdapat di dalam buku-buku komik cereka sains. Dia mempunyai mata yang besar dan bersinar. Oh Tuhan! Bila dia memandang ke arah saya, saya dapat merasakan dia seakan melihat terus ke dalam jiwa saya. Kulitnya bewarna biru cair dan jarinya sungguh panjang dan kurus. Hujung jari-jarinya leper dan seperti mangkuk penyedut yang kecil. Hidungnya mempunyai persamaan dengan manusia tetapi mulutnya tidak mempunyai bibir dan bagi saya lebih kurang menyerupai bibir beruk. Itulah satu cara yang dapat saya gambarkan mengenai bayi itu. Dia tidak mempunyai gigi tetapi itu adalah seperti yang dijangkakan bagi bayi berusia 3 bulan. Tetapi apa yang saya dapati, yang paling aneh adalah telinganya. Ia kelihatan tajam dan sangat besar. Tetapi saya gembira bila melihat bayi itu mempunyai rambut. Ini bermakna dia adalah mamalia dan boleh melahir dan menjaga anak. Dia juga mempunyai organ seks kelihatan sama seperti manusia."

Doktor itu berkata begitu kerana bayi makhluk asing itu adalah mamalia, mungkin dia memerlukan susu ibu.

"Sedih sekali salah satu daripada mayat rentung yang ditemui itu adalah ibunya", tambahnya lagi. Menjumpai bayi itu adalah meerupakan satu nasib yang amat baik sekali...peluang dalam sejuta untuk kita mengembangkan pengetahuan dalam kehidupan yang terdapat di universe, jauh daripada apa yang dapat kita mimpikan", katanya lagi.

"Dengan membawa kehadirannya secara terbuka seperti yang saya lakukan ini akan menghalang mereka daripada terus menjalankan kajian yang boleh membahayakan nyawa bayi makhluk asing itu. Bayi itu dalam perhatian sekarang dan berjuta-juta orang di merata dunia akan memastikan si kecil itu mendapat peluangnya untuk hidup, sama seperti kita semua.

Sabtu, 30 Oktober 2010

Misteri Lift T**p**g Sentral

Di bandar aku telah terbina sebuah pusat perniagaan bernama T**p**g Sentral. Di sebelah bangunan T**p**g Sentral tu terletak bangunan Tesco yang tapak asalnya ialah sebuah istana lama. Ni aku nak cerita tentang T**p**g Sentral, tempat makhluk2 pelik lepak. Sebab aku kata makhluk pelik ialah kerana kalau nak tengok fesyen2 pelik remaja kat bandar aku, pergila kat situ. Kat situ macam2 jenis makhluk ada. Yang kepala botak sekerat, yang rambut warna-warni, yang subang kat dahi dan bermacam-macam fesyen pelik mengalahkan makhluk asing semua ada kat situ. Jantan betina sama je. Semua bangsa pun sama. Kalau masuk dalam tu rasa macam berada kat planet lain le pulak.
Di tingkat atas sekali ada mini pawagam yang menjadi tumpuan makhluk-makhluk pelik tadi. Kalau malam minggu pawagam tu tutup lewat sikit daripada hari2 biasa. Oleh kerana pusat perniagaan yang lain tutup jam 10.30 malam maka pengunjung pawagam yang keluar lewat terpaksa menggunakan lift. Aku pernah dengar tentang kisah2 misteri yang berlaku kepada pengguna lift tu sebelum ni. Pernah ada yang terperangkap dalam lift, yang nak turun tapi naik semula pun ada, termasuklah pengalaman dari adik ipar aku sendiri. Tapi dalam banyak2 kisah misteri lift tersebut aku rasa kisah kawan aku yang paling menarik.
Kisahnya begini, kawan aku ni pergi menonton seorang diri di pawagam tu pada suatu malam minggu. Tiket yang diambil ialah tiket untuk show terakhir malam tu. Filemnya tak payah sebutla. Oleh kerana kawan aku ni dah mengantuk sangat dan filem tu pulak tak berapa best, dia pun keluar tanpa menunggu filem tamat. Masa tu lebih kurang jam 11.45 malam.
Oleh kerana pusat perniagaan tu dah menamatkan operasi, dia pun terpaksa menggunakan lift. sampai di depan lift dia pun tekanlah butang untuk turun ke tingkat bawah. Kemudian pintu lift terbuka tanpa ada sesiapa di dalamnya. Dia masuk dan terus tekan butang 'G ' untuk ke groundfloor. Pintu lift pun tertutup dan nombor pada skrin dalam lift tu pun bertukar satu demi satu menandakan lift sedang bergerak ke bawah. Akan tetapi apabila sampai ke tingkat 1 pintu lift terbuka. Kawan aku pun jenguk ke luar tetapi tiada sesiapa di luar. Tiba-tiba pintu lift tertutup tetapi kali ini ia bergerak ke atas semula.
Sampai ke tingkat atas pintu lift terbuka...kemudian masuklah seorang perempuan cantik yang berpakaian seksi, terus berdiri di belakangnya. Dalam hatinya tertanya-tanya siapakah gerangan perempuan seksi ni? Pekerja di T**p**g Sentral inikah atau penonton pawagam yang turut merasa bosan sepertinya.
Selepas perempuan itu masuk, pintu lift pun tertutup dan perlahan-lahan mula bergerak ke bawah.
Sampai di tingkat satu sekali lagi lift terhenti dan tiba-tiba pulak lampu terpadam, tetapi pintu lift tak terbuka. Kawan aku ni dah mula gelabah. Dengan tak semena-mena pulak hidungnya tercium bau yang teramat busuk. Bulu romanya berdiri. Dalam keadaan yang begitu cemas dan seram dia pun cuba menenangkan perasaan dengan membaca ayat2 suci al-Quran yang terlintas di ingatannya. Masa tu kawan aku ni dah gabra habis, tak berani dia nak menoleh ke belakang ke arah perempuan yang dari tadi diam tanpa rasa takut dan panik. Dia dah tak peduli kat perempuan di belakangnya sama ada dengar atau tidak dia baca ayat2 yang entah betul entah tidak tu.
Nasib baik selang beberapa minit kemudian lampu lift kembali menyala dan lift bergerak kembali. Kawan aku ni menarik nafas lega tetapi dia tetap tak berani menoleh ke belakang.
Sampai di tingkat bawah perempuan di belakangnya tadi terus menerpa keluar sebaik saja pintu lift terbuka sambil ketawa dan menoleh ke arah kawan aku yang dah berpeluh, lalu berkata :

"Maaf ya, saya kentut tadi..abang jangan marah ye.."


Hah..hah..hah...begitulah kisahnya yang diceritakan pada aku. Jangan marah ya, nanti kena jual...
Gambar di atas tiada kena mengena dengan cerita, ini gambar salah satu makhluk pelik yang tak cukup kain yang ditemui di T**p**g Sentral.
Moral cerita : Jangan kentut dalam lift, kalau lampu terpadam boleh buat orang lain suspen.

Jumaat, 29 Oktober 2010

Hampeh Punya Jin (Misteri Siti Balqis Terungkai)

KUALA TERENGGANU: Misteri kehilangan Siti Balqis Mohd Nor yang didakwa keluarganya disorok ‘Jin Islam' di Gunung Jerai, Kedah, sejak Ahad lalu, terungkai selepas gadis itu ditemui polis di rumah keluarga seorang kenalannya di Kampung Batu 18, Ulu Klawang, Kuala Klawang, Negeri Sembilan, pagi semalam.
Siti Balqis sebenarnya keluar seorang diri dari rumahnya di Kampung Gong Nangka, Jertih dan menaiki bas ekspres ke Shah Alam pada jam 9 malam, sebelum ke Seremban dan meneruskan perjalanan menaiki teksi ke Kuala Klawang.
Ketika di situ, Siti Balqis, 22, tinggal di rumah seorang sahabat pena perempuan yang dikenalinya menerusi laman berkenalan sebuah majalah remaja pada 2005, tetapi tidak pernah bertemu sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria, berkata Siti Balqis juga sudah membeli tiket untuk pulang ke kampungnya esok.

“Dengan penemuan ini, polis menganggap kes ini selesai dan polis tidak akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak,” katanya pada sidang media sebelum menyerahkan Siti Balqis kepada ibunya, Norizan Said, 47, di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, di Kampung Raja di sini, semalam. Hadir sama sahabat penanya, Norwaniza Ramli, 19 (gambar kanan).

Kamaruddin berkata, polis mendapat maklumat mengenai gadis itu apabila bapa sahabat pena Siti Balqis menghubungi polis daerah Jelebu selepas terbaca berita kehilangan misteri gadis itu dalam akhbar ini.
Polis juga mendapat petunjuk gadis itu berada di Negeri Sembilan selepas semakan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada ibunya pada jam 5 pagi Isnin lalu mendapati pencawang terakhir ialah di Kuala Klawang.

Pada Isnin lalu, Norizan memberitahu menerima SMS daripada anaknya pada jam 5 pagi yang mendakwa berada di Gunung Jerai selepas dibawa jin berbulu lebat.

Sementara itu, Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan K Manoharan, berkata laporan Norizan di Balai Polis Jertih pada jam 1.30 pagi Isnin lalu, antara lain menyebut melihat anaknya menaiki kereta Perodua Kembara milik keluarga pada jam 8 malam.

"Berikutan laporan itu, kita menjalankan siasatan kes orang hilang dan meliputi semua aspek termasuk sama ada gadis berkenaan melarikan diri atau dilarikan," katanya sambil menambah kereta itu ditemui di Stesen Bas Jertih pada jam 1 tengah hari Isnin.

Norizan ketika ditemui terkejut dengan penemuan itu kerana sebelum ini anaknya menghantar SMS dan memberitahu berada di Gunung Jerai dan dibawa jin berbulu serta yakin anaknya berada di gunung berkenaan berdasarkan gerak hatinya.

Norwaniza pula berkata, dia selalu berutus surat dan menghubungi Siti Balqis tetapi hanya bertemu selepas kenalannya itu datang sendiri ke rumahnya Isnin lalu.

"Saya tidak menduga pertemuan ini rupanya dengan seorang gadis yang sering dilaporkan ghaib kerana sebelum ini Siti Balqis tidak pernah menceritakan kisahnya,” katanya.


Di KUALA KLAWANG, ibu Nurwaniza berkata gadis itu mengajaknya dan anaknya ke Seremban, Selasa lalu dan menggunakan wang sendiri membeli pelbagai makanan dan pakaian bernilai RM279, termasuk tiket bas untuk pulang ke Terengganu.

Ramlah Meon, 60, berkata beliau pelik melihat Siti Balqis kerap SMS dan apabila ditanya dimaklumkan ia di hantar kepada kawannya.

“Siti Balqis beritahu dia tinggal bersama ibu saudaranya selepas ibunya meninggal dunia dalam kemalangan November tahun lalu. Dia turut beritahu rumahnya besar dan ada tujuh bilik lengkap dengan pembantu rumah dan kolam renang," katanya.

Ramlah berkata, pembohongan Siti Balqis terbongkar apabila anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu datang ke rumahnya, kelmarin, berikutan SMS diterima ibu Siti Balqis menggunakan nombor telefon yang didaftarkan atas nama Nurwaniza.

Beliau berkata, ketika menyelongkar beg pakaian Siti Balqis, mereka menemui lebih 20 kad sim yang masih aktif, sejumlah wang, beberapa kad ATM dan sebuah kotak kecil berisi 10 batu delima dalam kain kuning.

Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin, Azman Mahmood, Haryanti Ahmad Rodzidan Mohammad Ishak
bhkt@bharian.com.my
2010/10/29

Cadang gadis jalani rawatan psikiatri

JERTIH: Ibu Siti Balqis, Norizan Said, 47, berkata dia terkejut dengan penemuan anaknya di rumah rakannya di Hulu Kelawang, Jelebu, kerana sebelum ini anaknya menghantar khidmat pesanan ringkas menyatakan dia dibawa jin berbulu ke Gunung Jerai.
“Bagaimanapun saya bersyukur kerana dapat menemui semula Siti Balqis dalam keadaan selamat dan berharap peristiwa ini tidak berulang,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Jabi, Ramlan Ali yang sebelum ini beberapa kali melawat Siti Balqis, mencadangkan supaya gadis berkenaan menjalani rawatan psikiatri.

“Terpulanglah kepada keluarganya untuk membuat keputusan,” katanya.

Pegawai Agama Yayasan Islam Terengganu, Fauzi Yusof yang pernah merawat Siti Balqis mengikut kaedah Islam berkata, gadis itu memang mempunyai gangguan misteri dan perlukan rawatan secara berterusan.

Dibela bunian

JELEBU: Sepanjang berada di rumah rakannya, Nur Waniza Ramli, 19, di Kampung Rambai Baris, Ulu Klawang, di sini, Siti Balqis dikatakan sering memberitahu dia diasuh orang bunian manakala ibunya pula sudah meninggal dunia.
Ibu Nur Waniza, Ramlah Meon, 60, yang ditemui di sini, semalam berkata dia sekeluarga yang tidak mengesyaki apa-apa melayan kedatangan Siti Balqis dengan amat baik sejak gadis berkenaan datang ke rumah mereka kira-kira jam 9.30 pagi Isnin lalu.

“Saya tidak mengesyaki apa-apa kecuali pelik dengan tindakannya yang selalu menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada seseorang didakwanya sebagai kawan.

“Selain itu, dia ada memaklumkan sering kali ghaib dibawa orang bunian yang mengasuhnya iaitu Tok Janggut, Tok Dalang, Kak Safura dan Kak Maisara di Gunung Tebu, Terengganu,” katanya yang ditemani suaminya, Ramli Udin, 64, dan anak kedua mereka, Rahimi Ramli, 37.

Ramlah berkata, anak perempuannya (Nur Waniza) dan Siti Balqis berkenalan melalui majalah kira-kira lima tahun lalu selepas Siti Balqis mendakwa wajah Nur Waniza seiras arwah kakaknya.

Dakwanya, Siti Balqis pernah memberitahu ibunya sudah meninggal dunia dalam kemalangan pada November tahun lalu, dan menetap bersama ibu saudaranya di sebuah rumah besar dengan tujuh bilik lengkap dengan pembantu rumah dan kolam renang.

Ramlah berkata, anak perempuannya (Nur Waniza) dan Siti Balqis berkenalan melalui majalah kira-kira lima tahun lalu selepas Siti Balqis mendakwa wajah Nur Waniza seiras arwah kakaknya.

Dakwanya, Siti Balqis pernah memberitahu ibunya sudah meninggal dunia dalam kemalangan pada November tahun lalu, dan menetap bersama ibu saudaranya di sebuah rumah besar dengan tujuh bilik lengkap dengan pembantu rumah dan kolam renang.
Rahmah berkata, dia hanya mengetahui siapa Siti Balqis apabila sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu datang ke rumah mereka, kira-kira jam 8 malam kelmarin.

Oleh Iskandar Shah Mohamed
iskandar@hmetro.com.my

Sebenarnya aku dah agak dari dulu lagi semua ni auta punya cerita, sebab tu dalam artikel lepas aku ada timbulkan persoalan mengapa misteri kehilangan budak ni tak mendapat perhatian pakar2 sains dari luar negara. Paling koman pun kalau nak bongkar misteri ni, kenapa takde sorang pun yang cadang nak pasang CCTV kat rumah tu kalau betul2 Siti Balqis tu boleh ghaib sekelip mata.
Nampak sangatlah bengong masyarakat Melayu kita ni sampaikan ADUN yang kononnya cerdik pandai tu pun boleh kena 'jual' dengan budak sakit mental ni.Yang pemberita pun lagi satu 'golmal', punya nak melariskan akhbar (yang dah tak laku sebab asyik siar berita berat sebelah) sampai sanggup siar cerita2 yang khurafat dan memesongkan akidah. Siapa nak tanggung dosa kalau ada pembaca yang percaya bulat2 cerita khurafat tu? Siapa yang betul2 jin dalam cerita ni? Masyarakat Melayu? ADUN? Budak tiga suku atau pemberita? Hampeh!! Betui-betui hampeh!!..

Khamis, 28 Oktober 2010

Hantu dan Masyarakat Melayu (Mesti baca..)

Dalam masyarakat Melayu, hantu, semangat, jembalang atau penunggu telah wujud sejak zaman animisme lagi. Ketika itu semua benda besar seperti pokok atau batu yang besar dianggap didiami jin penunggu yang perlu dijaga dengan baik agar jin tersebut tidak mengamuk dan membahayakan penduduk sekitar. Malahan jamuan makanan atau acak disediakan oleh seseorang yang berpengalaman yang dikenali sebagai pawang bagi memastikan penunggu tersebut pula membantu penduduk daripada serangan wabak penyakit dan musuh tanaman. Amalan ini masih kekal dikalangan penduduk asli yang masih mengamalkan kepercayaan animisme.
Dengan kedatangan agama Hindu dan Buddha, konsep penunggu dan jembalang diubah menjadi konsep dewa-dewa yang mendiami tempat-tempat tertentu. Bagi menghormati dewa-dewa ini, kuil-kuil dibina ditempat-tempat tersebut dengan tujuan pemujaan bagi mendapatkan per. Keadaan ini tidak berubah dengan kedatangan orang-orang Cina yang juga mendirikan tokong kecil di bawah pokok atau tempat tertentu bagi mendapatkan bantuan tuah kepada mereka.

Islam menghapuskan

Kedatangan agama Islam mengajar bahawa tidak terdapat mambang dan hantu, yang ada hanyalah mahkluk halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Makhluk halus ini yang dikenali sebagai jin, dianggap mendiami alam yang berbeza dengan manusia. Islam mengajar bahawa makhluk halus atau jin ini tidak dapat memudaratkan manusia kecuali dengan keizinan Allah, Islam mengajarkan agar hanya takut dan mengesakan Allah semata-mata. Manusia digesa agar menjauhi pujukan syaitan dan selalu berdoa 'Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam - Auzubillah himinash syaitanirrajim'.
Bagaimanapun kebudayaan Melayu yang menebal menyebabkan masih ada yang terkeliru beza antara Islam dan kebudayaan Melayu, yang mendorong mereka menyangka amalan-amalan kebudayaan adalah amalan Islam. Sebagai contoh mandi Safar pernah disalah-anggap satu amalan Islam, sehinggalah para ulamak tampil kehadapan bagi menjelaskan amalan Islam yang sebenar, yang akhirnya mendorong pesta mandi safar dimansuhkan.
Bagaimanapun budaya hantu sukar dikikis daripada masyarakat kerana kecenderungan ibubapa anak-menakutkan anak-anak menyebabkan anak mereka benar-benar takut kepada hantu dan percayakan bahawa hantu itu wujud.

Peranan media massa

Filem hantu Melayu seperti 'Pontianak', 'Dendam Pontianak', dan 'Pontianak Gua Musang' mendapat sambutan hangat daripada para penonton pada masa itu. Akibat kejahilan dalam agama dan ramai orang yang tidak terpelajar pada ketika itu, filem-filem itu mempengaruhi mereka. Ini mendorong kerajaan untuk menghentikan pembuatan dan penayangan filem-filem bercorak hantu yang boleh merosakkan akidah. Bagaimanapun, cerita-cerita hantu masih ditulis dalam majalah seperti majalah 'Mastika' dan 'Tok Ngah'. Setelah dipertimbangkan kembali bahawa kebanyakan orang pada masa kini lebih terpelajar dan faktor kebanjiran masuk filem-filem hantu asing, ini telah mendorong kerajaan menarik balik sekatan tersebut sekitar tahun 2000. Malah dokumentari alam ghaib seperti 'Filem Melangkah ke Alam Ghaib' dan 'Misteri Nusantara' di saluran TV3 turut membincangkan mengenai kewujudan hantu.

Mengapa hantu

Hantu wujud dalam minda Melayu sebagai satu penjelasan mengenai perkara-perkara yang tidak difahami atau diketahui. Contohnya :
  • Mengapa seseorang itu sakit mengejut pada hal sebelum ini kelihatan sihat selepas pindah ?
  • Mengapa pokok besar dan berakar songsang itu berbunyi pada waktu malam ?.
  • Mengapa sesebuah rumah itu ditinggalkan oleh penghuninya, dan orang yang baru berpindah masuk tidak kekal lama. Ada bunyi orang mengilai .
  • Mengapa kawasan kubur seperti ada sesuatu bergerak dan berbunyi pada waktu malam.
  • Mengapa mayat seseorang dijumpai berkecai-kecai ketika berladang. (Akibat haiwan buas?)
Mungkin orang Melayu hendak menakutkan anak-anaknya janganlah keluar waktu malam atau waktu maghrib. Mungkin cerita hantu mudah direka dan menjadi hiburan pada waktu malam.

Ciri-ciri umum

Pada umumnya orang-orang Melayu percaya hantu menjalankan aktivitinya pada waktu malam sahaja khususnya pada bulan mengambang. 99 % hantu dalam masyarakat Melayu terdiri daripada perempuan atau menyerupai perempuan. Hantu dalam masyarakat Melayu adalah untuk ditakuti, bukan untuk didekati.
Berdasarkan gambaran umum (tidak semestinya tepat kebenarannya),kebanyakan hantu ini matanya merah, pada mulutnya merah kesan-kesan darah. Mulutnya penuh dengan gigi yang tajam bercerancang, berwarna merah, selalunya selepas menghisap darah.

Menghalau hantu

Pada masa kini, kebanyakan orang sudahpun berfikiran moden dan akan mendapatkan rawatan di hospital atau klinik. Tetapi kadang-kala, pihak hospital atau klinik mendapati tidak terdapat sebarang masaalah dijumpai. Biasanya keluarga si pesakit menganggap sipesakit diganggu sesuatu, dan akan berpaling kepada perkhidmatan traditional bagi cuba mengobati pesakit.
Perubatan cara menghalau hantu secara umumnya terbahagi kepada dua:-
  • Menggunakan khidmat sahabat jin bagi menghalau jin penganggu, biasanya dengan cara menurun. Cara ini telah difatwakan haram oleh ulama.
  • Menurut petua yang tidak bertentangan dengan Islam, tiada bacaan tertentu cuma menggunakan bahan-bahan semulajadi.
  • Menurut keugamaan masing-masing.
Sesetengah mereka yang berfikiran moden berpendapat, ia hanyalan kesan placebo. Selagi mereka yang diubati percaya mereka sihat, mereka akan sembuh dengan sendiri. Dalam erti kata lain, penyakit ini adalah penyakit dalam fikiran (psikologi). Walaubagaimanapun, keluarga pesakit tidak mempeduli apa yang berlaku. Bagi mereka, asalkan sipesakit sembuh, mereka akan melakukan apa jua yang diperlukan.

Bersahabat dengan jin

Bersahabat dengan jin merujuk kepada seseorang yang mengikat tali persahabatan dengan makhluk halus. Persahabatan ini biasanya tidak digalakkan kerana ia mampu mendorong seseorang menjadi syirik, tetapi selalunya masih dilakukan kerana keinginan mendapat kelebihan tertentu seperti kebolehan mengubat. Kebolehan berubat merupakan bisikan dari jin yang menjurus kepada syirik kerana pemgamal telah memohon kepada jin untuk menolong beliau.Persahabatan dengan jin ini juga dikenali sebagai saka.
Mereka yang bersahabat dengan jin ini perlu mematuhi beberapa syarak seperti ada yang meminta persembahan makanan, ada yang perlu dibakar kemian setiap waktu tertentu, dan ada yang mengenakan apa-apa syarat kecuali mereka ini mengerjakan amalan Islam dengan taat. Jin yang mengenakan syarat mereka yang bersahabat dengan mereka agar mengerjakan amalan Islam dengan taat biasanya dikenali sebagai jin Islam atau kaum bunian.

Cara berhubung dengan sahabat jin

  • Cara lama ialah memanggil bomoh atau pawang di dalam sesebuah kampung. Bomoh atau pawang biasanya membakar kemenyan , membaca mentera tertentu seperti bahasa Jawa , kain kuning dan dedaun-dedaun tertentu sebagi peramu atau perambas. Untuk kes yang lebih berat, kambing akan disembelih, darahnya dijadikan acak (hidangan kepada hantu) dan dihanyutkan ke dalam sungai. Daging kambing dimasak dan dimakan secara beramai-ramai. Sekarang perkara ini tidak lagi dilakukan kerana perkara itu telah diketahui sebagai syirik.
  • Di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, tarian Ulik Mayang atau Main Puteri akan dipersembahkan. Sekiranya seseorang itu gagal diubati dengan cara biasa, satu upacara besar-besaran dengan tarian Ulik Mayang atau Main Puteri akan dilakukan. Nyanyian lagu Ulik Mayang yang merdu beserta tarian ringkas , dirambas dengan tandan pinang kecil menyeru tuan puteri (bunian) agar datang menyembuhkan pesakit.
  • Di banyak tempat, bomoh boleh 'menyelap' atau 'menurun' hingga boleh bertutur bahasa asing. Contohnya bahasa Siam, bahasa Jawa, bahasa Jerman dan bahasa Inggeris. Pendengar akan kehairanan kerana bagaimana jin boleh berbahasa asing walaupun sepatah dua sahaja. entah betul entah tidak bomoh tersebut berbahasa Inggeris.

Menurut cara perubatan Islam

  • Orang Melayu yang agak beriman akan berjumpa dengan orang alim seperti ustaz, Imam, lebai, pak aji atau tokoh agama di dalam kampung untuk menyelesaikan masalah ini dengan bacaan al Quran. Mereka yang sakit biasanya akan dibacakan ayat-ayat tertentu bagi memulihkan semangat, dan biasanya dimandikan / disuruh mandi dengan air campuran limau bagi menyegar badan. Selain itu air yang dibacakan bacaan al Quran diberi munum bagi memulih/penguat semangat pesakit. Ini sama seperti mereka yang berfikiran moden berjumpa dengan pakar motivasi bagi meringankan fikiran daripada masaalah yang dihadapi.
  • Bagi orang Melayu, hantu boleh dihalau dengan bacaan ayat-ayat suci. Oleh itu, orang Melayu menyimpan al Quran di rumah. Selain itu ayat-ayat Quran tertentu digantung di dinding-dinding rumah walaupun mereka tidak mengerti apa maksudnya.Dengan harapan, hiasan quran ini dapat menghalau jin tanpa beramal dengannya. Perkara ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam sebenar, kerana Al Quran adalah untuk dibaca dan bukannya menjadi hiasan.
Malangnya terdapat seorang pemimpin yang dilantik oleh mahkamah yang mengaku sebagai seorang Islam (bukan Melayu) turut melakukan perkara khurafat dengan mengikat ancak di tiang seri sebuah rumah Projek Infra Bina Upaya (IBU) di Kg Guar, Manong baru-baru ini seperti gambar di bawah.






    Siti Balqis Hubungi Ibu Dari Alam Ghaib

    JERTIH: "Umi jangan risau, kak long dalam keadaan selamat dan dijaga orang baik-baik," kata gadis ghaib, Siti Balqis Mohd Nor, 22, ketika berinteraksi menerusi perantaraan alam ghaib dengan ibunya Norizan Said, 47, awal pagi semalam. 
    Norizan berkata, mereka dapat berinteraksi jam 1.30 pagi dan anaknya memberitahu beliau dalam perjalanan pulang dari Gunung Jerai, Kedah serta kini di Tasik Banding, Perak. 


    Sehubungan itu, katanya, beliau yakin anak sulung daripada empat beradik itu yang belum ditemui sejak Ahad lalu, selamat dan dijaga Jin Islam berdasarkan petunjuk yang diberikan.

    “Saya yakin tafsiran daripada interaksi kami secara ghaib itu akan menjadi kenyataan beberapa hari lagi,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Gong Nangka, Apal, petang semalam.

    Katanya, selepas ghaib semula pada Ahad lalu, Siti Balqis sempat menghantar SMS kepada beliau memaklumkannya berada di Gunung Jerai selepas dibawa jin berbulu lebat ke tempat berkenaan.

    Bagaimanapun, katanya, malam semalam Siti Balqis dipercayai dalam perjalanan pulang dan singgah di Tasik Banding serta dijangka dihantar jin yang menjaganya malam Sabtu ini.
    Norizan berkata, beliau turut mendail nombor telefon bimbit anaknya kira-kira jam 10 pagi semalam dan hanya mendengar nada dering lagu Cindai nyanyian Datuk Siti Nurhaliza tetapi panggilan itu tidak berjawab.

    Malah, katanya, beliau turut memasukkan kredit RM5 kepada nombor telefon berkenaan kerana bimbang anak gadis itu tidak dapat menghubunginya.

    Dalam perkembangan berkaitan, bomoh dan orang ramai terus mengunjungi rumah Siti Balqis untuk mengetahui perkembangannya.

    Oleh Mohammad Ishak
    bhkt@bharian.com.my
    2010/10/28

    Rabu, 27 Oktober 2010

    Bunian

    Artikel 1
    Orang Bunian ialah sebarang mahkluk halus dari golongan jin dalam lagenda Melayu, mirip dengan elf dalam lagenda Eropah.
    Mereka dikatakan wujud dalam masyarakat besar, menyerupai struktur sosial manusia, mempunyai keluarga, puak, dan struktur masyarakat. Orang Bunian dikatakan mendiami kawasan hutan belantara, jauh dari perhubungan manusia, tetapi ada juga yang tinggal berdekatan dengan manusia malah berkongsi rumah dengan keluarga manusia. Sesetengah masalah kerasukan dikatakan berpunca dari orang bunian.
    Orang bunian mempunyai kuasa luar biasa yang hebat, dan juga diketahui berkawan dan menolong manusia, terutamanya pawang atau bomoh (tok batin taktau le pulak). Orang bunian dikatakan menculik kanak-kanak, dan bayi di dalam rahim wanita dan ada dituduh menyebabkan manusia sesat di dalam hutan.


    Asal-usul
    Terdapat beberapa pendapat mengenai asal-usul orang bunian, antaranya adalah mereka adalah dari keturunan jin. Pendapat kedua menyatakan mereka adalah hasil perkahwinan antara manusia dengan jin.


    Hubungan Dengan Manusia
    Oleh kerana orang bunian mirip dengan manusia (kecuali berasaskan fakta mereka biasanya ghaib atau halimunan) tidaklah menghairankan untuk mereka berkahwin dengan manusia. Malah ada pendapat yang mengusulkan bahawa bunian ini adalah hasil gabungan hubungan manusia dan jin. Bagaimanapun, ada juga yang mempertikaikannya kerana perbezaan bagi manusia (berasal dari unsur tanah) dan bunian (berasal dari unsur api). Terdapat cerita mengenai seorang lelaki yang mengahwini orang bunian, tetapi ingin kembali ke keluarga mereka yang telah ditinggalkan, memutuskan untuk meninggalkan orang bunian. Waktu pulang mereka ke golongan manusia, mereka mendapati bahawa setiap orang yang mereka kenal telah meninggal dunia, dan beberapa tahun sudah berlalu. Cerita ini pernah disebutkan dalam cerita dongeng Amerika iaitu Rip Van Winkle. Perkara tersebut menyerupai teori kerelatifan masa.
    Elf


    Pemakaian Bunian Wanita
    Di Malaysia,berbeza dengan bunian lelaki yang mempunyai pakaian yang pelbagai, bunian wanita sering didapati memakai baju kebaya dan berselendang dikepala. Bunian wanita juga selalunya mengikat rambut gaya siput dua dikepala. Bunian tidak memakai tudung tertutup rapi ataupun labuh.
    Di sekitar benua Eropah pula, bunian wanita sering dilihat berpakaian gaun tertutup bewarna putih atau warna lusuh dengan mahkota yang diperbuat dari ranting kayu yang melilit dan terdapat bunga-bunga kecil pada ranting tersebut.

    Artikel 2
    DI sebalik dunia nyata yang kita tempuhi, ada kehidupan sama seperti manusia tetapi terselindung dan tidak dapat disingkap pancaindera biasa.
    Penduduk alam ghaib itu dikatakan memiliki budaya setempat seperti bermain kompang dan berzanji, memiliki wajah dan fizikal seperti manusia.
    Penghuni dunia itu juga hidup bermasyarakat, mendirikan rumah dan penempatan sama seperti kita malah dikatakan turut menunaikan haji dengan menaiki kenderaan sama seperti manusia.
    “Apa yang membezakan orang bunian dengan manusia ialah jika berpakaian, semuanya mesti satu warna. Dari baju ke seluar sama warna,” kata Pengasas Pusat Rawatan Islam Manarah di Kuang, Selangor; Dr Jahid Sidik.
    Dr Jahid yang juga bekas pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya berkata, selain warna pakaian; berdasarkan pengalaman dan kes yang dirujuk kepadanya, semua aktiviti bunian sama seperti manusia.
    “Cuma manusia tidak nampak mereka. Dalam al-Quran juga menyatakan manusia tidak dapat melihat makhluk ghaib seperti syaitan, jin dan bunian kerana mereka tidak memiliki jasad. Manusia memiliki empat unsur iaitu air, api, tanah dan angin tetapi bunian menyamai jin hanya memiliki unsur api dan angin (menyebabkan mereka tidak berjasad),” katanya.
    Beliau yang berpengalaman hampir 15 tahun dalam perubatan Islam berkata, sehingga kini ada dua teori dikemukakan mengenai kewujudan dan asal usul orang bunian.
    “Mengikut cerita orang lama termasuk guru saya; asal bunian ialah apabila manusia berkahwin dengan jin. Sememangnya dalam kitab fekah ada perbincangan mengenai perkahwinan antara manusia dan jin.
    “Berdasarkan pengalaman yang dirujuk kepada saya, membuktikan perkahwinan antara jin dan manusia memang berlaku dalam kehidupan ini,” katanya yang turut menjelaskan bahawa perkahwinan itu menyebabkan bunian memiliki rupa dan budaya seperti manusia tetapi memiliki unsur api dan angin menyamai jin.
    Satu teori lain mengenai kewujudan bunian adalah mereka pada asalnya manusia alim dan soleh, taat kepada perintah Allah tetapi akibat sebab tertentu, mereka terlalai dan melakukan kejahatan.
    “Akibat malu berhadapan dengan manusia, mereka berdoa kepada Allah supaya kewujudan mereka tidak dilihat manusia. Ada versi mengatakan kejadian ini berlaku pada zaman Sahabat tetapi ada yang mengatakan ia berlaku sebelum zaman Rasulullah serta pada zaman Nabi-Nabi terdahulu,” katanya.
    Beliau berkata, manusia biasa tidak dapat melihat bunian atau jin tetapi keadaan itu boleh berlaku dalam beberapa keadaan tertentu, dengan izin Allah. Antaranya apabila ada jin atau bunian yang menumpang dalam badannya tanpa disedari individu itu.
    “Ada orang berkata, bayi dapat melihat bunian atau jin kerana mereka masih suci. Itu tidak benar, sebenarnya bayi dapat melihat perkara ghaib itu kerana bunian atau jin menumpang di badannya.
    “Ada satu kes seorang bapa mendakwa anak kecilnya istimewa (psikik) kerana dapat melihat benda ghaib. Selepas dibawa kepada saya, didapati dalam badannya ada jin dan selepas makhluk itu dikeluarkan, anak kecil itu kembali normal,” katanya.
    Selain itu, manusia mampu melihat bunian jika makhluk itu menzahirkan jasadnya dan kebiasaannya kemampuan bunian menunjukkan fizikalnya berlaku apabila bunian itu mempelajari ilmu tertentu. Sebaliknya manusia juga boleh melihat bunian jika mereka mempelajari ilmu tertentu.
    Dr Jahid menceritakan beberapa kes bunian yang dirujuk kepadanya sepanjang terbabit dalam bidang perubatan Islam itu.
    “Satu kes di Kota Tinggi, Johor. Dua pemuda masuk ke hutan mencari rotan tetapi seorang daripada mereka hilang ketika hari hampir malam.
    “Operasi mencari dijalankan tetapi lelaki itu tetap tidak dijumpai sehinggakan ahli keluarga dan penduduk kampung menganggap pemuda itu sudah meninggal dunia akibat dibaham binatang buas. Masa berlalu dan kehilangan pemuda itu semakin kurang dibualkan penduduk dan ahli keluarga.
    “Tiba-tiba, kira-kira lebih setahun selepas kehilangannya, pemuda itu kembali ke rumah keluarganya dan membawa bersama seorang anak dan isteri,” katanya.
    Pemuda itu menceritakan, pada hari kehilangannya, dia tersesat dalam hutan dan apabila menjelang malam, ketika mencari jalan keluar, dia terjumpa sebuah rumah.
    Selepas berehat semalaman, pemuda itu meminta izin pulang tetapi disuruh pemilik rumah tinggal bersama mereka dan berkahwin dengan anak perempuannya.
    Selepas setahun, lelaki itu diizinkan menjenguk keluarganya di alam manusia tetapi selepas itu, dia diberi pilihan oleh mentuanya sama ada ingin terus berada di alam bunian atau bersama manusia. Lelaki itu memilih kekal bersama anak dan isterinya di alam bunian.
    Kes kedua diceritakan Dr Jahid berlaku pada tahun-tahun terakhir jemaah haji menggunakan kapal laut sebagai pengangkutan. Dalam sebuah kabin, ditempatkan tiga lelaki dan selepas berkawan, mereka bertukar alamat apabila ingin berpisah.
    “Apabila pulang, seorang dari mereka yang tinggal di Kedah mengambil keputusan melawat kenalannya di Muar, Johor. Sebaik sampai di Muar, dia menunjukkan alamat kepada pemandu teksi yang berasa pelik kerana tiada kampung di kawasan itu.
    “Apabila sampai, didapati memang tiada penempatan di situ, selepas berjalan masuk ke dalam sedikit, baru dia menjumpai kampung dan rumah kenalannya. Tetapi selepas beberapa ketika berada di tangga rumah kenalan itu, dia ditolak seorang pemuda dan sebaik terjatuh, dia melihat rumah dan kampung ghaib sebaliknya digantikan dengan semak belukar,” katanya.
    Kes ketiga lebih menyedihkan. Seorang gadis meminta pertolongan Dr Jahid untuk memisahkannya daripada suaminya lelaki bunian. Beberapa tahun sebelum perkahwinan mereka, lelaki itu mendatangi gadis itu dan mengugut supaya mengahwininya atau gadis itu akan mengalami sakit misteri.
    Gadis itu enggan menyebabkan dia diserang penyakit misteri selama dua tahun. Akibat tidak tahan menanggung kesakitan sehingga menyebabkannya lumpuh, gadis itu bersetuju berkahwin dengan lelaki bunian berkenaan.
    Bantuan yang diminta daripada Dr Jahid bagaimanapun dibatalkan gadis itu dipercayai selepas diugut suami buniannya dan sehingga kini, tidak diketahui nasib wanita itu.
    FAKTA
    - Bunian tidak ditakrif dalam al-Quran tetapi keajaiban Allah sama seperti kejadian manusia kembar.
    - Manusia yang bersahabat atau berkawan dengan bunian, menjatuhkan martabat mereka sebagai khalifah Allah.
    - Tidak seperti jin yang boleh terbang dan memiliki kemampuan lain, Bunian hidup seperti manusia dengan berjalan kaki, bercucuk tanam cuma bezanya mereka tidak dilihat manusia walaupun hidup di alam yang sama.
    - Bunian boleh menyakiti manusia secara ghaib tetapi bagi bunian yang mempelajari ilmu tertentu, mereka boleh menyakiti manusia secara fizikal.
    - Rawatan digunakan Dr Jahid untuk merawat gangguan jin atau bunian adalah kaedah ketukan. – Tanda-tanda seseorang diganggu bunian atau jin adalah berkelakuan pelik seperti melihat benda ghaib, berat badan kekal tetapi apabila diangkat terasa berat selain kesan aneh pada tubuh badan.
    - Manusia tidak digalakkan berkawan dengan bunian kerana sukar diketahui sama ada bunian itu benar-benar beriman atau kafir.
    - kaedah menjauhkan gangguan bunian atau jin adalah dengan menjaga ibadat wajib dengan sempurna selain memperbanyakkan ibadat sunat serta solat hajat, solat taubat dan berdoa.

    *Kalau puteri bunian cun macam Nora Danish dalam gambar tu aku pun nak..

    Selasa, 26 Oktober 2010

    Alam Jin

    Tahukah anda selain manusia, alam ini juga dihuni oleh makhluk ghaib yang bernama JIN. Alam kedua-dua makhluk ini letaknya sangat berdekatan bahkan boleh dikatakan letaknya saling bertindih (cuma dimensinya sahaja yang berbeza). Dan antaranya ikut hidup berkeliaran dengan manusia di rumah-rumahnya (ada yang menyerupai kucing dan lain-lain haiwan peliharaan). 
    Sesuatu tempat itu mungkin tempat kediaman Jin ataupun mungkin perkampungannya. Sebab itu bila berada di tempat yang kita belum kenal keadaannya janganlah bertindak sebarangan, takut nanti perlakuan kita itu mengganggu ketenteraman Jin dan menjadikan ia marah (walaupun dengan tidak sengaja).
    Kebanyakan manusia walaupun percaya adanya makhluk ini disekelilingnya tetapi kerana tidak nampak, maka mereka mudah terkena tipuan dan godaannya. Dengan ini patutlah kita sedari bahawa syaitan itu selalu mengintip-ngintipkan manusia bagi membencanakan anak-anak Adam.
    Menurut kejadiannya, Jin ini merupakan makhluk yang perkasa dan boleh menunduk atau mengalahkan manusia. Namun mereka tidak mempunyai ruang untuk menyambar manusia kerana Allah S.W.T menjadikan bagi manusia (yang sentiasa mengingati Allah) malaikat-malaikat penjaga yang lebih gagah daripada Jin. Dan dengan ini manusia dapat mengalahkan Jin dengan mudah. Kiranya tiadalah pemeliharaan Allah kepada manusia, nescaya binasa dan musnah mereka semuanya.
    Sesungguhnya tubuh Jin dan manusia itu terbina daripada bahan-bahan yang boleh musnah, maka terjadinya kematian dan kemusnahan itu sama-sama dialami oleh dua makhluk ini.

    ADAKAH JIN BERANAK-PINAK SEPERTI MANUSIA?

    Manusia memerlukan masa mengandung selama sembilan bulan untuk melahirkan zuriat dan anak manusia juga memerlukan masa yang lama untuk matang dan menjadi baligh.

    Berbeza dengan Jin dimana, apabila di sentuh alat kelamin lelaki dengan alat kelamin perempuan, maka Jin perempuan akan terus mengandung dan beranak dan anak Jin yang baru lahir itu terus mukallaf. Begitulah keadaannya sehingga ke hari kiamat.
    Iblis pula apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan mengeluarkan 33 biji telor. Dalam setiap biji telor itu ada 33 pasang benihnya. Tiap-tiap pasang benih itu apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan keluar seperti yang terdahulu. Begitulah proses pembiakan Jin dan Iblis sehinggalah ke hari kiamat

    Bunian atau lebih masyhur di kalangan orang-orang Melayu dengan panggilan orang ghaib pula ialah hasil campuran lelaki atau perempuan Jin dengan lelaki atau perempuan dari kalangan manusia. Anak yang terhasil daripada percampuran itu dikenali dengan nama Bunian. Perangai dan tingkah laku serta rupa bentuknya orang Bunian ini dalam beberapa perkara mengikut manusia dan dalam beberapa perkara pula mengikut Jin.

    Jika asal usul datuk manusia ialah Nabi Adam a.s maka asal usul datuk Jin pula ialah “Jaan” yang asalnya adalah beriman kepada Allah dan melahirkan keturunan yang beriman. Selepas itu terdapat pula dari keturunan Jaan yang kufur dan melahirkan pula keturunan yang kufur. Anak cucu Jaan yang asal beriman itu ada yang kekal dalam iman dan ada pula yang kufur dan ada pula yang kembali beriman kepada Allah.

    BETULKAH JIN MEMPUNYAI PELBAGAI AGAMA?

    Jin juga seperti manusia, iaitu ada yang baik, ada yang jahat, ada yang soleh, ada yang tidak soleh, ada yang alim lagi mukmim, ada yang kufur, ada yang murtad, fasik dan zalim, ada yang masuk syurga dan ada yang dihumbankan oleh Allah ke dalam neraka di hari akhirat kelak.

    Majoriti puak-puak Jin terdiri daripada golongan Jin Kafir. Golongan Jin Kafir ini kebanyakanya beragama Yahudi, Kristian, Komunis dan sangat sedikit daripada mereka yang beragama Buddha dan Majusi. Terdapat juga golongan Jin yang tidak beragama. Golongan Jin yang memeluk Islam hanyalah sedikit bilangannya dan terdiri daripada golongan minoriti jika di bandingkan dengan keseluruhan bilangan Jin.

    Seperti juga manusia biasa, Jin juga berada dalam tingkat-tingkat iman, ilmu dan amalan yang tertentu berdasarkan kepada keimanan dan amalan mereka kepada Allah. Antaranya ada Jin Islam yang bertaraf awam sahaja, Jin Islam yang di tingkat iman Khawas dan Jin Islam yang berada di tingkat yang Khawasil-Khawas.

    Walaupun Jin Islam yang paling tinggi imannya dan paling soleh amalannya serta paling luas serta banyak ilmunya, tetapi masih ada pada diri mereka sifat-sifat mazmumah seperti takbur, riak, ujub dan sebagainya. Tetapi mereka mudah menerima teguran dan pengajaran.

    Mungkin inilah yang sering diperkatakan bahawa “Sebaik-baik Jin adalah sejahat-jahat manusia yang fasik” Tetapi yang berbezanya manusia yang paling jahat susah menerima pengajaran dan teguran yang baik.

    Golongan Jin Islam yang awam dan Jin kafir suka merasuk manusia yang awam dengan berbagai-bagai cara, kerana pada pandangan mereka manusia-manusia yang awam itu bukanlah manusia sebenarnya, sebaliknya adalah rupa seekor binatang. Manusia yang Khawas dan Khawasil-Khawas tidak dapat di rasuk oleh Jin, bahkan Jin pula akan datang kepada mereka untuk bersahabat.

    BOLEHKAH MANUSIA MELIHAT JIN?

    Manusia tidak boleh melihat Jin dalam kewujudannya yang asli, kerana Allah S.W.T telah memperkenankan permohonan Bapak Jin (ketika mula diciptakan) agar ia dapat melihat tetapi ia sendiri tidak dapat dilihat. (Jin pula tidak boleh melihat malaikat kerana malaikat diciptakan dari cahaya di mana lebih hebat dari Jin). 

    Firman Allah (bermaksud): “Sesungguhnya dia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari semua tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka.” – (Surah Al-A’raaf: 27)

    Maka barang siapa yang mendakwa dia telah melihat Jin/ Syaitan (dalam keadaan rupa sebenar) maka dia telah berdusta, kecuali dia memang seorang nabi. Sebab bagi para nabi melihat jin adalah suatu mukjizat (merupakan bukti kenabian).

    Al-Qusyairi menyatakan, “Allah S.W.T sudah menetapkan (mengikut hukum alam) bahawa anak cucu Adam tidak akan dapat melihat syaitan di dunia.”

    Dalam buku ‘Aqidah Islam", Prof.Sayyid Sabiq menulis, Jin atau syaitan itu secara aslinya tidak dapat dilihat oleh mata (zahir). Tidak diketahui bagaimana bentuknya tetapi mereka mempunyai kuasa menjelma diri dalam bentuk lain, menyerupai sahabat terdekat, kekasih atau suami seorang wanita dan haiwan.
    Dalam hal ini (lebih-lebih lagi untuk waktu yang lama) adalah sesuatu yang sulit dilakukan oleh Jin mahupun syaitan. Ia memerlukan kondisi-kondisi jasmaniah dan psikologi yang membantu dan terjadinya pula pada waktu-waktu tertentu sejalan dengan kebolehan Jin atau syaitan itu.

    Jin dan syaitan sebenarnya menderita kesakitan sewaktu menukar jasadnya ke dalam bentuk asal. Ia memerlukan masa yang lama dan proses pertukaran itu mengalami penderitaan yang teruk.

    Di samping itu ia juga takut akan perkara-perkara yang boleh mengakibatkan risiko (kerana ia juga takut akan manusia) sama ada tertangkap atau mati dibunuh. Bila tertangkap dan dibaca kepadanya Ayat Kursi, nescaya akan mengeletar sehingga boleh mengalami stress berat dan akhirnya mati. Kalau tidak pun ia akan lemah-longlai dan menjadi tidak bermaya.

    TAHUKAH ANDA?

    Mereka yang dapat melihat Jin/syaitan dalam bentuk penyamarannya dikatakan mata hitamnya (manusia) seperti Piramid.
    Bagi memastikan sama ada manusia sebenar atau makhluk halus yang menjelma sebagai manusia, maka ambil segenggam tanah dan gosokkan di lengannya. Kalau ia manusia sebenar maka tanah yang digosokkan tadi akan melekat di kulitnya.

    Terlalu banyak kisah mengenai Jin/Syaitan. Padahal adakah ianya benar ataupun tidak. Kadang-kadang kita agak kecewa kerana cerita-cerita yang tidak langsung berlandaskan akidah sering disajikan. Kadangkala sikap orang Melayu kita yang sememangnya suka mencari benda-benda yang pelik (untuk kemegahan dan kehebatan?) dan mempercayai roh-roh wali kadangnya terus tersesat di dalam mencari yang hak.

    Petikan dari buku Jelajahi Alam Jin. 
    Ini bukan gambar Jin, ini Jeanne bini Pak Lah
     

    Siti Balqis Hilang Lagi

    JERTIH: Gadis misteri, Siti Balqis Mohd Nor, 22, dari Kampung Gong Nangka, Apal, dekat sini sekali lagi menggemparkan ahli keluarganya apabila dia kembali ghaib sejak malam kelmarin dan belum ditemui hingga malam tadi. 

    Malah, kehilangan gadis terbabit kali ini lebih membingungkan apabila buat pertama kalinya dikatakan berada di lokasi paling jauh dari rumahnya. 

    Siti Balqis, yang mula menunjukkan perubahan dan tidak hilang dalam tempoh 15 hari lalu selepas mendapat rawatan perubatan secara Islam daripada beberapa pengamal perubatan, ghaib semula jam 9 malam kelmarin dan dikatakan disembunyikan di Gunung Jerai, Kedah.

    Kejadian ghaib itu adalah yang pertama selepas pengamal perubatan Islam termasuk penasihat agama program Alam Ilmu Ghaib TV3, Sharhan Shafie datang merawat beliau kali kedua minggu lalu.


    Ibunya, Norizan Said, 47, berkata apa yang ganjil sebelum Siti Balqis hilang malam kelmarin, sebiji bola batu berwarna hijau tiba-tiba terjatuh di dalam rumahnya menyebabkan ahli keluarga terkejut dan masing-masing berebut untuk melihatnya.


    “Ketika mereka berebut untuk melihat bola itu, dalam sekelip mata Siti Balqis hilang. Misteri bola batu yang jatuh itu mungkin sebagai umpan oleh jin yang didakwa menjaga Siti Balqis untuk melalaikan orang ramai yang berada di dalam rumah ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

    Norizan berkata, selepas kehilangan itu, gerakan mencari dilakukan penduduk termasuk di tempat yang pernah Siti Balqis ditemui seperti di atas pokok, di atas siling, atas bumbung dan di kawasan gua Bukit Keluang, tetapi gagal.

    “Sehingga jam 10 malam ini (semalam) Siti Balqis masih belum ditemui dan ini adalah kehilangan (ghaib) paling lama berbanding sebelum ini yang mana dia dijumpai semula selepas beberapa jam ghaib,” katanya.


    Norizan berkata, pada jam 5 pagi semalam dia menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Siti Balqis yang mendakwa berada di Gunung Jerai yang dibawa oleh jin berbulu lebat.
    (Jin yang mana pulak?Tanya Sultan Shahrulnizam dari kerajaan Beringin Rendang dalam filem Nujum Pak Belalang)

    Katanya, seluruh ahli keluarga kini dalam kebingungan kerana Siti Balqis gagal dikesan di tempat biasa dan mungkin benar-benar berada di Gunung Jerai seperti diberitahunya menerusi SMS.


    Norizan berkata, sudah menjadi tabiat Siti Balqis membawa telefon bimbitnya yang diletakkan di dalam poket seluar dan akan mengirimkan SMS kepada ibunya apabila dighaibkan jin.


    Sementara itu, Sharhan ketika mengadakan sesi rawatan sesi kedua Ahad lalu berkata, Siti Balqis akan menghadapi cabaran dalam tempoh 21 hari dan semalam genap 14 hari menerima rawatan secara Islam sebelum terus ghaib hingga sekarang.


    Norizan berkata, dia juga tidak melaporkan kes kehilangan anak sulung daripada empat beradik itu kepada polis kerana yakin anaknya akan dikembalikan semula oleh jin berdasarkan pengalaman dalam kejadian sebelum ini.


    - Aku pun heranla kenapa takde pakar2 sains dari luar negeri yang nak kaji misteri ni. Mungkinkah Siti Balqis telah terpesong masuk ke dalam dimensi lain, ataupun berjaya berada di dalam titik buta mata manusia? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui..

    Ahad, 24 Oktober 2010

    Ada Alam Lain Selain Di Bumi Ini? (Bersama Yg. Bhgia. Tn. Guru Dato' Haron Din)

    Apa pandangan Dato' mengenai kepercayaan sesetengah saintis berkenaan kewujudan alam yang diistilahkan sebagai 'parallel universe' iaitu alam semesta, terdapat lebih dari satu. Hal ini juga mengundang banyak versi mengenai diri kita dalam alam-alam tersebut. Apa pandangan Dato'?

    Para saintis senantiasa meneroka alam semesta dengan pelbagai kegiatan, kajian untuk mencari jawapan kepada pelbagai persoalan, mengenai keunikan kejadian alam semesta.
    Bermula dengan hipotesis (teori), yang mereka kaji daripada eksperimental hingga kepada penemuan-penemuan pelbagai ragam.
    Malah hampir setiap minggu, wujud suatu penemuan baru yang mereka temui.
    Apa yang anda sebut ataupun saintis menyebut sebagai 'parallel universe', pernah juga disebut sebagai 'multiple universe'.
    Sebenarnya bagi kita umat Islam, tidak harus berasa asing untuk memahaminya.
    Alam di dalam al-Quran, disebut dengan istilah 'aalamin yang bermaksud banyak alam.
    Daripada awal al-Quran di Surah al-Fatihah, kita berjumpa ayat kedua yang mafhumnya, "Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam."
    Ertinya alam itu banyak, malah teramat banyak.
    Kita mengetahui banyaknya alam itu menerusi ayat dan tafsirannya dalam kitab-kitab tafsir yang muktabar. Antaranya kitab Tafsir al-Qurtubi, juzuk satu di halaman 138 disebut padanya: "Berkata Wahb bin Munabbih, sesungguhnya bagi Allah Azza Wajalla ada 18,000 alam. Dunia ini salah satu daripada alam yang banyak itu."
    "Berkata Saa'id al-Khudry, Sesungguhnya bagi Allah ada 40,000 alam. Dunia ini seluruhnya, dari Timur ke Barat, hanya satu daripadanya."
    Diriwayatkan daripada ar-Rabi'e bin Anas, daripada Abi al-'Aliyyah, katanya: "Al-Jinn satu alam, manusia satu alam, binatang satu alam, malaikat satu alam dan makhuk-makhluk di angkasa mempunyai alam masing-masing."
    Banyak lagi riwayat-riwayat lain yang keseluruhannya menyebut tentang banyaknya alam ciptaan Allah SWT.
    Oleh kerana itu, perkataan "'aalamin", berulang banyak kali dalam al-Quran, iaitu sekurang-kurangnya terdapat lebih kurang 74 kali pengulangan itu bagi menyatakan bahawa sahlah alam Allah SWT itu amat banyak, maklumat kita sahaja yang belum sampai kepada hakikat alam-alam sebegitu.
    Banyaknya alam ini menunjukkan hebatnya Qudratullah dalam penciptaan-Nya. Semua adalah hak-Nya dan semuanya tunduk kepada-Nya.
    Allah berfirman mafhumnya: "Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah. Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam fasa, Dia bersemayam di atas Arash, Dia menyelubungkan malam dan siang dan mengiringinya dengan pantas, dan Dialah yang menciptakan matahari dan bulan serta bintang-bintang. Semuanya patuh kepada perintah-Nya. Ingatlah urusan penciptaan dan pemerintahan hanyalah hak Allah. Maha suci Allah Maha Pencipta dan mentadbir segala alam." (Surah al-A'raaf, ayat 54).
    Seterusnya Allah bertanya kepada orang yang ingkar kepada-Nya, sebagaimana firman-Nya (mafhumnya): "Kejadian alam semuanya adalah ciptaan Allah. Maka cubalah kamu tunjukkan kepada-Ku, apakah yang telah diciptakan oleh makhluk-makhluk yang lain daripadanya yang mereka sembah. Tidak ada satu pun mereka lakukan, bahkan orang-orang yang zalim berada di dalam kesesatan yang amat nyata." (Surah Luqman, ayat 11)
    Wallahua'lam.

    Petikan Harakah 17-20 Zulkaedah 1431

    Sabtu, 23 Oktober 2010

    UFO (Bhg 1)

    Artikel kali ni pelik sikit dari biasa sebab kali ni blog Ustad Man akan bercerita tentang UFO. Walaupun nampak macam artikel dah terkeluar tabii tapi aku rasa UFO juga tergolong dalam benda2 mistik yang mesti dibicarakan. Kebelakangan ini aku percaya korang tentu dah dengar atau baca dalam suratkhabar tentang kemunculan objek terbang yang tidak dikenali atau UFO di negara kita. Kalau buka internet terdapat pelbagai gambar kononnya gambar UFO yang berjaya dirakam. Seperti gambar-gambar hantu jugak, kebanyakan gambar2 UFO yang dirakam seperti telah dimanupulasi oleh teknologi sekarang.
    Apakah sebenarnya UFO ini? Dari manakah datangnya UFO? Adakah ia turut mempunyai kaitan dengan hantu atau kisah-kisah mistik yang terjadi di seluruh dunia?
    Beberapa teori dicipta sejak UFO mula-mula muncul di muka bumi. Teori paling popular ialah UFO dikaitkan dengan makhluk asing dari angkasa lepas. Malangnya teori ini masih tidak dapat dibuktikan secara saintifik. Mengapa angkasa lepas? Mungkin sifat UFO itu sendiri yang kerapkali dilihat muncul di ruang angkasa. Mungkin teori ini akan menjadi sebaliknya sekiranya UFO itu kerap dilihat di dalam perut bumi atau di dasar lautan. Adakah manusia akan mengatakan UFO itu datang dari angkasa lepas juga?
    Teori kedua yang agak popular ialah UFO itu sebenarnya ialah sebuah pesawat prototaip yang direka oleh manusia untuk kegunaan ketenteraan, dan makhluk (alien) yang berada di dalam pesawat tersebut ialah makhluk yang terhasil akibat kesilapan genetik yang juga dicipta untuk tujuan ketenteraan oleh pihak-pihak tertentu.
    Teori terbaru yang aku dapat dari internet ialah UFO sebenarnya ialah sebuah kenderaan masa akan datang yang dicipta dengan kelajuan yang melebihi kelajuan cahaya. Makhluk (alien) yang terdapat di dalam kenderaan itu adalah manusia yang telah melalui proses mutasi akibat berada di dalam kenderaan yang terlampau laju. Teori ini turut disokong oleh teori pakar fizik Albert Einstein.
    Albert Eistein
    Menurut Albert Einstein (seorang Yahudi) manusia akan kembali ke masa belakang sekiranya mampu bergerak mengatasi kelajuan cahaya. Beliau memberi contoh tentang tempoh yang diambil untuk cahaya bintang sampai ke bumi. Secara mudahnya macam ni lah, sekiranya sebutir bintang bersinar pada tahun 2000 dan cahayanya mengambil masa 5 tahun untuk sampai ke bumi maka manusia di bumi akan dapat melihat sinaran bintang tersebut pada tahun 2005. Dan sekiranya ada manusia yang sama-sama bergerak pada tahun yang sama tetapi melampaui kelajuan cahaya maka manusia tersebut akan sampai ke bumi mungkin pada tarikh sebelum 2005. Ini bermakna manusia telah berjaya berpatah balik ke belakang beberapa tahun sebelum sepatutnya. Yang aku heran tu pulak, ramai yang percaya teori Yahudi tua yang kononnya cerdik ni. Pada aku, manusia tetap tidak dapat berpatah balik ke masa belakang biarpun selaju mana ia bergerak sebab Albert Einstein mungkin lupa masa dan tarikh mula bintang tersebut bersinar. Kalau dah mula bergerak atau bersinar pada tahun 2000 mana mungkin boleh berpatah balik pada tahun sebelumnya.Bergerak tetap bergerak ke hadapan cuma masa saja tiba sahaja yang berlainan. Agaknya Albert Einstein terlupa masa yang dicatat ketika mula-mula bergerak.
    Berbalik tentang UFO tadi, aku rasa ianya memang datang dari angkasa lepas sebab di dalam Al-Quran pun ada dinyatakan terdapat hidupan lain selain manusia termasuklah Jin, Syaitan dan Iblis. Teringat aku tentang satu kejadian di laluan berhampiran Tasik Timah Tasoh, Perlis. Sedikit masa lalu hampir setiap hari kejadian kemalangan dilaporkan berlaku di tempat yang sama. Menurut mangsa, walaupun kenderaan dipandu perlahan, seolah-olah terdapat seperti tarikan magnet yang memesongkan arah kenderaan ke arah tasik.Tak silap aku dah 15 kejadian yang berlaku di tempat yang sama tanpa penjelasan munasabah. Aku pun kerap juga lalu jalan tersebut tetapi takde rasa apa2 pun. Misteri memang misteri. Mungkinkah ada sesuatu yang jatuh dari angkasa ke dalam tasik yang mempengaruhi kejadian tersebut?
    Kisah terbaru tentang UFO di Malaysia ialah di Tuaran Beach Resort. Ramai saksi yang melihat dan merakam gambar UFO tersebut. Adakah UFO ini ada kaitan dengan makhluk halus seperti Jin atau Syaitan? Ataupun adakah ia hanya pesawat pengintip dari negara jiran?



    Dua Gambar di atas ialah gambar yang berjaya dirakam di Tuaran Beach Resort, Sabah



    Video di bawah ialah video yang berjaya dirakam di Alor Setar dan sekitar Kuala Lumpur