AMARAN: Kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, orang yang lemah semangat, lemah syahwat mahupun yang lemah tenaga batin adalah DILARANG mengunjungi laman blog ini tanpa bimbingan mereka yang berpengalaman.

"Sesungguhnya makhluk-makhluk halus itu dapat melihat kamu sedangkan kamu tidak dapat melihat mereka." (Surah al-A'raaf, ayat 27)

Isnin, 23 Ogos 2010

Hantu Jepun

Sempena dengan bulan menyambut kemerdekaan ni biar kita cerita tentang hantu yang asalnya dari golongan penjajah atau dikenali dengan nama Hantu Jepun.
Hantu Jepun merujuk kepada sebarang bayangan atau makhluk yang berpakaian seperti tentera Jepun. Selalunya ia dikaitkan dengan tempat-tempat di mana pernah dijadikan markas tentera semasa Perang Dunia Kedua, semasa Jepun menawan Tanah Melayu.
Tempat yang selalu selalu disebut-sebut sebagai kawasan yang dihantuinya adalah bangunan sekolah berasrama, pejabat kerajaan dan bangunan-bangunan penting yang ada semasa Perang Dunia II. Oleh itu, boleh dikatakan, hantu Jepun ini agak moden.
Selalunya ia dilihat sama ada bersenjatakan senapang atau pedang samurai, tanpa berkepala atau kepalanya dipangku bersama-samanya.
Kadang kala, ia dikatakan berbaris lengkap bersenjata pada waktu malam (tanpa kepala), dengan bunyi derapan kasut but tentera. Maknanya hantu ini bukanlah bergerak aktif bersehantuan (kalau orang disebut : berseorangan). Walau bagaimanapun hantu ini bukanlah hantu geng 09, tetapi geng hantu banzai....(kata Ramlee Pendekar Bujang Lapok)
Tidak pula diketahui sama ada hantu Jepun turut terdapat di negara-negara jajah takluk Jepun yang lain.
Petua untuk mengelak daripada diganggu hantu ini ialah mainkanlah lagu kebangsaan negeri Jepun kerana tentera biasanya bersemangat patriotik dan hantu ini akan berdiri tegak sebagai menghormati lagu tersebut.
Tapi harus diingat sekiranya Perdana Menteri Jepun turut menggunakan khidmat firma perunding APCO maka lagu tersebut mungkin turut bertukar daripada lagu kebangsaan negara Jepun kepada lagu 1 Jepun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan