AMARAN: Kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, orang yang lemah semangat, lemah syahwat mahupun yang lemah tenaga batin adalah DILARANG mengunjungi laman blog ini tanpa bimbingan mereka yang berpengalaman.

"Sesungguhnya makhluk-makhluk halus itu dapat melihat kamu sedangkan kamu tidak dapat melihat mereka." (Surah al-A'raaf, ayat 27)

Khamis, 30 September 2010

Misteri Di Tempat Kerja (Bhg 2)

Seperti yang dijanjikan,aku akan tunjukkan satu persatu rakaman2 misteri yang pernah aku buat di tempat kerja aku.Rakaman ni dibuat 2 tahun lepas. Masa tu heboh di tempat kerja aku bila ramai yang kena histeria. Ramai yang nampak bayangan kelibat menyeramkan terutama kat dalam tandas tngkat 3 kat tempat kerja aku.
Aku pun apa lagi,try la letak kamera kat dalam tandas tu untuk rakaman satu jam. Tapi masa tu aku rakam pakai handphone murah cap ayam je. Memang sengaja aku beli handphone murah tu semata-mata nak ambil gambar2 misteri. Cuma resolusinya tak berapa sharp la walaupun tokey kedai tempat aku beli handphone kata "dia punya kamela aa..manyak cantik punya gambar maa.." Lagipun sengaja aku beli yang murah sebab kalau hilang atau rosak takdela ralat sangat. Kalau hantu yang rosakkan pun takde hal punya.
Sound effect dalam video tu saja aku buat tapi yang bunyi riuh tu bunyi hujan lebat dan bunyi dari bilik sebelah tandas. Try la tengok..
video

Adakah Ini Orb?

video

Video di atas ni ada orang kirim kat aku. Katanya gambar ni diambil di Pelabuhan Klang. Aku takde apa2 penjelasan tentang gambar ni. Memang betul2 misteri..

Rabu, 29 September 2010

Misteri Orb

Pernahkah anda merakam gambar orb?Apakah ia orb?Orb ialah bulatan putih seperti buih (bubble atau dust) yang terakam dengan kamera digital tanpa flash.Orb sebenarnya berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud bulatan.Menurut beberapa orang pengkaji kewujudan paranormal, orb juga tergolong dalam kategori makhluk paranormal atau bahasa mudahnya makhluk halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar (bukan kuman atau virus)
Menurut koordinator Paranormal Research Investigations (PRI), Mark Kimura,mk@cornell.edu, orb terbentuk apabila terdapat titisan air ketika gambar diambil. Walau bagaimanapun, terdapat juga orb yang terbentuk secara misteri. Misteri inilah yang perlu dikaji. Adakah benar ia adalah tanda kewujudan makhluk ghaib?
Sebenarnya sebelum ni aku buat tak tau je tentang kewujudan orb dalam gambar-gambar yang aku pernah ambil menggunakan kamera digital sehinggalah aku terjumpa artikel tentang orb. Ada juga aku terjumpa gambar-gambar orb yang dirakam dengan seribu persoalan seperti dalam gambar di bawah.

Gambar yang diambil oleh seorang petugas Tabung Haji ini diambil di musdhalifah ketika musim haji 2008. Menurut beliau,ketika gambar diambil tiada berlaku sebarang perubahan cuaca. Ketika melihat semula rakamannya beliau terperasan tentang kewujudan 'bubble' ini dan jika diamati betul2 di dalam 'bubble' itu seolah2 terdapat tulisan kalimah 'Allah'. Perkara ini dirujuk kepada seorang ustaz di sana dan ustaz itu menyatakan kebarangkalian pada waktu tersebut malaikat turun dari langit tetapi tidak menunjukkan wajah yang sebenar.(Artikel lanjut rujuk http://saidinhasnam.blogspot.com/)

Kewujudan orb ini terus menjadi misteri pada aku apabila aku dapat beberapa gambar orb yang berjaya dirakam yang menunjukkan beberapa penampakan misteri setelah diperbesarkan 'bubble' tersebut. Lihat gambar di bawah.

 Namun begitu terdapat juga beberapa kewujudan orb yang hadir bersama kelibat2 misteri yang pernah diambil termasuklah salah satunya gambar yang kelab Seekers aku ambil di atas siling tempat kerja aku. Lihat foto di bawah.
Dalam bulatan besar yang ada tanda soal tu kalau zoom betul2 nampak kelibat putih berambut panjang (Gambar ni ahli Kelab Seekers aku snap guna flash tapi boleh pulak nampak orb tu)


Gambar di bawah ni pulak aku ambik kat dalam bilik tidur rumah aku.Tapi takde la nampak kewujudan benda-benda lain. Kewujudan orb dalam gambar ini aku tak cerita kat bini aku, kalau dia tau mampuih dia tak mau tidur dengan aku malam ni..




Selasa, 28 September 2010

Misteri Di Tempat Kerja (Bhg 1)

Petang semalam aku balik dari kerja hampir pukul lapan malam sebab hujan turun lebat selebat-lebatnya.Tiada yang tidak lebat melainkan lebat belaka. Hujan mula turun sejak jam 6.15 petang lagi. Suasana masa tu dah gelap macam malam. Oleh kerana hujan terlalu lebat aku mengambil keputusan untuk menunggu.Masa tu ada pengusaha kantin (Mie) dan seorang pengawal keselamatan (Pak Abu). Duduk bersembanglah kami bertiga. Member lain semua dah cabut balik. Speaker SKK (Fauzi) pun dah cabut balik. Pendek je aku tengok tengkuk dia meredah hujan dengan motorsikal.
Dalam duk sembang kami bertiga tu keluarlah cerita2 mistik dari mulut Pak Abu tentang misteri di tempat kerja aku tatkala dia bertugas malam.  Antaranya ialah tentang gangguan di surau tempat kerja. Pak Abu kata masa dia tengah tidur dia dengar ada orang berdengkur di sebelah, pada hal malam tu dia seorang saja yang berada dalam surau. Kemudian Pak Abu cerita lagi, ada suatu malam tu ketika dia baru nak melelapkan mata terdengar bunyi lantai diketuk dengan kayu bertalu-talu. Ada pulak sekali tu,dah nak hampir subuh Pak Abu terdengar orang menjerit memanggil namanya ketika dia meronda dan bersiap sedia nak menutup lampu koridor di bangunan 3 tingkat yang terdapat di tempat kerja aku. Menurut Pak Abu bangunan 3 tingkat tu paling kerap menerima gangguan.
Aku pun teringat koleksi rakaman aku yang pernah aku buat di bangunan tersebut. Ketika tu hujan turun dengan lebat. Aku pulak baru beli kamera digital yang boleh ambil gambar video masa tu. Hari tu aku bawa tripod dan pasang kamera kat tangga tingkat atas. Mengikut memori dalam kamera digital tu boleh muat rakaman untuk satu jam. Lepas aku letak kamera di tempat strategik aku pun blah. Sejam lepas tu aku ambik dan tengok semula rakaman. Setelah 45 minit, di bawah ni aku tayangkan apa yang aku rakam. Tengoklah sendiri baik2 kelibat yang terakam. Sebenarnya sejak kes tu, banyak lagi video dan gambar2 yang aku ambik yang merakam benda-benda mistik, sampai aku dah tubuh kelab Seekers kat tempat kerja aku kononnya nak mencari hantu.Walau bagaimanapun, ahli2 kelab aku ni silih berganti,tak taule takut ke apa.Sekarang ni tinggal aku sorang je yang masih aktif. Nanti aku tunjuk satu persatu rakaman dan gambar2 yang telah aku dapat. Sekarang ni try tengok video di bawah ni dulu.
video

Isnin, 27 September 2010

Membuang Hantu Raya

Cerita ini diceritakan kepada aku dah lama,cuma kesahihan cerita tak dapat aku sahkan sama ada betul atau tidak. Tetapi di sebalik cerita ini terdapat unsur-unsur moral yang tersirat.
Ceritanya macam ni. Ada seorang tua di sebuah kampung yang dikatakan memelihara sejenis hantu iaitu hantu raya. Orang tua ni dah pelihara hantu ni dah lama sejak masih muda. Tujuannya nak mengusahakan ladang yang berekar-ekar luasnya.
Pada suatu hari terdetik rasa nak bertaubat dalam hati orang tua ni maka dengan relanya dia pun nak melepaskanlah hantu peliharaannya (sebenarnya khidmat hantu ni dah tak diperlukan sebab kebanjiran pendatang asing dah mengambil alih tugas mengusahakan ladang).
Oleh kerana orang tua ni tak berumahtangga maka tiadalah waris yang akan diperturunkan hak menjaga hantu raya ni. Pening jugaklah orang tua ni memikirkan masalah beliau sehinggalah dia berjumpa dengan tok bomoh yang mula-mula suggest hantu raya ni kat dia. Tok bomoh pun pening jugak sebab bukan mudah nak menghalau hantu dari berkawan dengan manusia walaupun ada manusia yang boleh suruh hantu balik macam halau nyamuk je (orang berilmu tinggi kut).
Fikir punya fikir tok bomoh pun dapat satu idea. Disuruhnya orang tua ni rebus setongkol jagung dan bawa jagung tersebut bersama-sama hantu raya ke dalam hutan. Kemudian tinggalkan hantu raya bersama tongkol jagung rebus yang ditanam di dalam hutan dan pesan kepada hantu tersebut supaya jangan pulang selagi jagung tidak tumbuh dan berbuah. untuk pengetahuan, hantu raya ialah hantu yang taat kepada tuannya.
Maka dengan senang hati orang rua tadi pun baliklah ke rumah dan buat seperti yang disuruh oleh tok bomoh tersebut. Direbusnya setongkol jagung kemudian diajak hantu raya itu meredah hutan.
Sampai di dalam hutan, orang tua ni tanamlah tongkol jagung tersebut dan berpesan kepada hantu rayanya seperti yang dipesan oleh tok bomoh. Hantu raya menurut tanpa sebarang bantahan.
Setelah itu orang tua ini pun pulang dengan senang hati. Dalam hatinya berkata "Padan muka hang hantu raya. Hang tunggu sampai berjanggut pun jagung tu takkan tumbuh."
Dari sehari ke sehari memang hantu raya tak pulang-pulang. Orang tua tu pun bukan main seronok lagi sebab dah melepaskan tanggungjawab memelihara hantu raya.
Selang beberapa bulan kemudian, ketika orang tua tu sedang berehat di anjung rumah tiba-tiba terdengar seseorang memberi salam. Orang tua itu pun jenguk keluar. Kelihatan seorang tua berpakaian compang-camping berjanggut panjang memegang beberapa tongkol jagung mentah. Apabila melihat orang tua tu terpinga-pinga, orang tua berjanggut panjang itu pun bersuara. "Tuan, aku tunggu jagung tuan tak tumbuh-tumbuh. Lama-lama aku boring, aku merayau dalam hutan terjumpa kebun jagung orang. Ni aku curik 2-3 tongkol jagung kat tuan. Kita makan sama-sama ye"
Orang tua itu pun menepuk dahi, rupa-rupanya hantu raya nya dah balik!
Moral cerita 1 : Jangan kawan dengan hantu. Sepandai-pandai manusia, ada juga hantu yang lagi pandai
Moral cerita 2 : Jangan curik jagung yang bukan kita tanam

Timakasih kerana sudi membaca..

Hantu Kopek


Hantu Kopek merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang suka menganggu manusia. Kononnya hantu kopek berbentuk seorang wanita yang tua yang suka menyorokkan kanak-kanak kecil yang suka bermain-main di luar rumah semasa waktu maghrib, dengan cara menyembunyikan mereka dengan kopek (buah dada) mereka.
Hantu kopek boleh dikelaskan dalam kumpulan makhluk halus yang tidak dipelihara / liar.
Hantu kopek dikatakan berkeliaran dikawasan perkampungan dan akan menyorok kanak-kanak yang merayau-rayau pada waktu senja. Mereka yang disorok oleh hantu kopek, biasanya mampu melihat mereka yang mencari tetapi tidak mampu berkomunikasi dengan pencari.
Hantu kopek ini dipercayai digunakan bagi menakut-nakutkan kanak-kanak agar tidak berkeliaran di waktu senja. Ini disebabkan pada masa dahulu, keadaan gelap senja amat merbahaya kerana haiwan buas mungkin memasuki kawasan perkampungan atau kanak-kanak yang berkaki ayam mungkin akan terpijak onak, duri, paku atau kaca dalam kegelapan malam. Selain itu terdapat juga ancaman binatang buas seperti harimau yang mungkin memasuki kampung dipinggir hutan. Dengan itu hantu kopek dicipta bagi menyelamatkan mereka daripada ancaman tersebut. 
Gambar Hiasan : Pamela Anderson
Pada aku, hantu ini adalah hantu yang paling tak menakutkan sebab daripada namanya sahaja dah buat orang tak takut. Apatah lagi kanak-kanak zaman ini yang terdedah dengan internet. Aku rasa jangan kata kanak-kanak, orang tua pun rela kena sorok dengan hantu kopek ni kalau hantu kopek ni ada *%&$#  iras-iras saiz pelakon Hollywood Pamela Anderson. Ustad Man pun terpelanting kopiah!!

Selasa, 14 September 2010

Hantu Hari Halloween?

Alhamdulillah selesai sudah sebulan kita berpuasa. Aku pun dah lama tak update blog ni. Sibuk sikit la beraya rumah sedara-mara. Nak duduk di rumah tengok TV dah takde rancangan sarkas macam masa aku kecik-kecik dulu.
Cerita tentang tamatnya bulan Ramadhan ni aku rasa puak-puak hantu dan syaitan la yang paling happy sebab dah boleh aktif balik. Jumpa balik la dengan member-member di kalangan manusia. Maka kembali bermaharajalelalah hantu-hantu.
Kalau korang perasan sejak hari raya pertama lagi, aku tengok stesen TV berlumba-lumba dok tayang cerita-cerita hantu.Dari TV kerajaan, TV swasta sampai lah TV berbayar (Astro la tu).  Bermacam-macam jenis hantu yang keluar. Tak cukup dengan hantu melayu, hantu Indon pun tumpang sekaki. Hantu sundel bolong la, kuntilanak la, semua pakat berpesta. Bila buka TV je cerita hantu.Asyik-asyik muka pelakon Mak Mah jadi hantu.Tajuk filem pulak bermacam-macam, hinggakan filem bertajuk Beranak Dalam Kubur pun ada, macam takde tajuk lain. Tapi kalau ikut perkembangan semasa kira ok le tajuk tu sebab orang sekarang beranak merata-rata.
Kalau tak silap aku masa awal berpuasa dulu masyarakat Cina ada sambut Perayaan Hantu Lapar tapi takde pun cerita hantu kat TV.
Kepada puak-puak hantu, jangan marah kat aku pulak.Cuma aku rasa Hari Raya tahun ni dah jadi macam Hari Halloween la pulak!!