AMARAN: Kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, orang yang lemah semangat, lemah syahwat mahupun yang lemah tenaga batin adalah DILARANG mengunjungi laman blog ini tanpa bimbingan mereka yang berpengalaman.

"Sesungguhnya makhluk-makhluk halus itu dapat melihat kamu sedangkan kamu tidak dapat melihat mereka." (Surah al-A'raaf, ayat 27)

Selasa, 10 Ogos 2010

Puntianak@Pontianak


Puntianak atau lebih popular dieja sebagai pontianak, dipercayai oleh masyarakat Melayu bahawa ia berasal daripada perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya.Terdapat juga pendapat menyatakan bahawa ia merupakan jin (hantu) liar yang bertindak mengganggu manusia.
Pontianak (puntianak) juga merupakan nama ibukota Provinsi Kalimantan Barat di Indonesia iaitu Kota Pontianak (Ibukota Kalimantan Barat) ada kaitannya dengan hantu puntianak tersebut.
Tersebutlah kisah, ketika Syarif Abdurrahman Al-Qadri pertama kali mendirikan Kota Pontianak, ia dan rombongannya sering diganggu oleh hantu pontianak ketika menyusuri Sungai Kapuas yang merupakan pintu gerbang Kota Pontianak dari arah Laut China Selatan. Maka untuk mengusir hantu pontianak tersebut, ditembakkannyalah meriam. Sekaligus dimana peluru meriam itu jatuh, maka di situlah akan didirikan kesultanan. Maka peluru meriam itu jatuh melepasi di simpang tiga Sungai Kapuas dan Sungai Landak yang kini lebih dikenal sebagai kawasan Beting-Kampung Dalam Bugis-Pontianak Timur. Itulah cikal bakla Kota Pontianak. Nama Pontianak sendiri diambil dari nama hantu pontianak yang sering mengganggu Syarif Abdurrahman Al-Qadri. Syarif Abdurrahman Al-Qadri sendiri akhirnya menjadi Sultan Kesultanan Pontianak yang pertama (sekitar abad 17).
Kini Keraton Qadriah dan Masjid Jami' Sultan Syarif Abdurrahman masih berdiri dengan kukuh di kawasan Beting dan Kampung Dalam Bugis-Pontianak Timur, sebagai saksi bisu kejayaan Kesultanan Melayu Pontianak-Kalimantan Barat-Indonesia.

Dalam kebanyakan cerita seram yang ditunjukkan di televisyen, ia menayangkan bahawa hantu puntianak membunuh mangsanya dengan menghisap darah di bahagian tengkuk mangsa. Namun begitu di dunia yang nyata, tiada kes dilaporkan mengenai adanya manusia yang mati dibunuh oleh puntianak.
Filem-filem tersebut mendorong kepada ketaksuban rakyat masa itu kepada perkara-perkara kurafat, yang akhirnya menyebabkan filem-filem sedemikian diharamkan penghasilan dan disekat daripada saluran kerajaan. Ini bagi menyekat kepercayaan karut yang timbul kesan daripada cerita-cerita sedemikian.
Pada masa kini, dengan cahaya yang terang sepanjang masa, kebanyakan kita menganggap ketakutan yang ditunjukkan dalam filem tersebut sebagai mengarut. Tatapi apabila kita berhadapan dengan suasana yang serupa, keadaan gelap ditengah hutan dengan haiwan buas berkeliaran, ketakutan terhadap sesuatu yang tidak dapat dilihat merupakan sesuatu yang benar bagi mereka yang hidup ketika itu.
Puntianak ini dikatakan mempunyai lubang dibelakang tengkuknya. Sesiapa yang berjaya hidup ketika berjumpa puntianak dalam jelmaan wanita dan memasukkan paku ke dalam lubang ini dikatakan menjadikan puntianak tersebut kekal menjadi wanita cantik. Sekiranya paku itu dikeluarkan, ia akan kembali sebagai puntianak. Bagaimanapun, anda dinasihatkan agar tidak cuba memaku mana-mana wanita yang dijumpai kerana akhirnya anda mungkin akan dituduh membunuh.
Hantu puntianak dikatakan sering menjelma sebagai wanita cantik yang berjalan seorang diri dijalan yang sunyi. Oleh itu, cerita ini kemungkinan bertujuan menghindari golongan wanita daripada diganggu oleh pemuda-pemuda yang takutkan puntianak ketika berjalan seorang diri di jalan yang sunyi.Walau bagaimanapun, puntianak nampaknya lebih mulia dari kebanyakan manusia yang buang anak dan berpakaian seksi.Puntianak sanggup mempertaruhkan nyawa semata-mata nak melahirkan anak dan dari segi pakaian pulak,belum pernah aku dengar orang jumpa puntianak rambut mengerbang tanpa jubah putih,ataupun sekurang-kurangnya berpakaian mendedahkan aurat.


Tiada ulasan:

Catat Komen