Petang semalam aku balik dari kerja hampir pukul lapan malam sebab hujan turun lebat selebat-lebatnya.Tiada yang tidak lebat melainkan lebat belaka. Hujan mula turun sejak jam 6.15 petang lagi. Suasana masa tu dah gelap macam malam. Oleh kerana hujan terlalu lebat aku mengambil keputusan untuk menunggu.Masa tu ada pengusaha kantin (Mie) dan seorang pengawal keselamatan (Pak Abu). Duduk bersembanglah kami bertiga. Member lain semua dah cabut balik. Speaker SKK (Fauzi) pun dah cabut balik. Pendek je aku tengok tengkuk dia meredah hujan dengan motorsikal.
Dalam duk sembang kami bertiga tu keluarlah cerita2 mistik dari mulut Pak Abu tentang misteri di tempat kerja aku tatkala dia bertugas malam. Antaranya ialah tentang gangguan di surau tempat kerja. Pak Abu kata masa dia tengah tidur dia dengar ada orang berdengkur di sebelah, pada hal malam tu dia seorang saja yang berada dalam surau. Kemudian Pak Abu cerita lagi, ada suatu malam tu ketika dia baru nak melelapkan mata terdengar bunyi lantai diketuk dengan kayu bertalu-talu. Ada pulak sekali tu,dah nak hampir subuh Pak Abu terdengar orang menjerit memanggil namanya ketika dia meronda dan bersiap sedia nak menutup lampu koridor di bangunan 3 tingkat yang terdapat di tempat kerja aku. Menurut Pak Abu bangunan 3 tingkat tu paling kerap menerima gangguan.
Aku pun teringat koleksi rakaman aku yang pernah aku buat di bangunan tersebut. Ketika tu hujan turun dengan lebat. Aku pulak baru beli kamera digital yang boleh ambil gambar video masa tu. Hari tu aku bawa tripod dan pasang kamera kat tangga tingkat atas. Mengikut memori dalam kamera digital tu boleh muat rakaman untuk satu jam. Lepas aku letak kamera di tempat strategik aku pun blah. Sejam lepas tu aku ambik dan tengok semula rakaman. Setelah 45 minit, di bawah ni aku tayangkan apa yang aku rakam. Tengoklah sendiri baik2 kelibat yang terakam. Sebenarnya sejak kes tu, banyak lagi video dan gambar2 yang aku ambik yang merakam benda-benda mistik, sampai aku dah tubuh kelab Seekers kat tempat kerja aku kononnya nak mencari hantu.Walau bagaimanapun, ahli2 kelab aku ni silih berganti,tak taule takut ke apa.Sekarang ni tinggal aku sorang je yang masih aktif. Nanti aku tunjuk satu persatu rakaman dan gambar2 yang telah aku dapat. Sekarang ni try tengok video di bawah ni dulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan