AMARAN: Kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, orang yang lemah semangat, lemah syahwat mahupun yang lemah tenaga batin adalah DILARANG mengunjungi laman blog ini tanpa bimbingan mereka yang berpengalaman.

"Sesungguhnya makhluk-makhluk halus itu dapat melihat kamu sedangkan kamu tidak dapat melihat mereka." (Surah al-A'raaf, ayat 27)

Isnin, 27 September 2010

Membuang Hantu Raya

Cerita ini diceritakan kepada aku dah lama,cuma kesahihan cerita tak dapat aku sahkan sama ada betul atau tidak. Tetapi di sebalik cerita ini terdapat unsur-unsur moral yang tersirat.
Ceritanya macam ni. Ada seorang tua di sebuah kampung yang dikatakan memelihara sejenis hantu iaitu hantu raya. Orang tua ni dah pelihara hantu ni dah lama sejak masih muda. Tujuannya nak mengusahakan ladang yang berekar-ekar luasnya.
Pada suatu hari terdetik rasa nak bertaubat dalam hati orang tua ni maka dengan relanya dia pun nak melepaskanlah hantu peliharaannya (sebenarnya khidmat hantu ni dah tak diperlukan sebab kebanjiran pendatang asing dah mengambil alih tugas mengusahakan ladang).
Oleh kerana orang tua ni tak berumahtangga maka tiadalah waris yang akan diperturunkan hak menjaga hantu raya ni. Pening jugaklah orang tua ni memikirkan masalah beliau sehinggalah dia berjumpa dengan tok bomoh yang mula-mula suggest hantu raya ni kat dia. Tok bomoh pun pening jugak sebab bukan mudah nak menghalau hantu dari berkawan dengan manusia walaupun ada manusia yang boleh suruh hantu balik macam halau nyamuk je (orang berilmu tinggi kut).
Fikir punya fikir tok bomoh pun dapat satu idea. Disuruhnya orang tua ni rebus setongkol jagung dan bawa jagung tersebut bersama-sama hantu raya ke dalam hutan. Kemudian tinggalkan hantu raya bersama tongkol jagung rebus yang ditanam di dalam hutan dan pesan kepada hantu tersebut supaya jangan pulang selagi jagung tidak tumbuh dan berbuah. untuk pengetahuan, hantu raya ialah hantu yang taat kepada tuannya.
Maka dengan senang hati orang rua tadi pun baliklah ke rumah dan buat seperti yang disuruh oleh tok bomoh tersebut. Direbusnya setongkol jagung kemudian diajak hantu raya itu meredah hutan.
Sampai di dalam hutan, orang tua ni tanamlah tongkol jagung tersebut dan berpesan kepada hantu rayanya seperti yang dipesan oleh tok bomoh. Hantu raya menurut tanpa sebarang bantahan.
Setelah itu orang tua ini pun pulang dengan senang hati. Dalam hatinya berkata "Padan muka hang hantu raya. Hang tunggu sampai berjanggut pun jagung tu takkan tumbuh."
Dari sehari ke sehari memang hantu raya tak pulang-pulang. Orang tua tu pun bukan main seronok lagi sebab dah melepaskan tanggungjawab memelihara hantu raya.
Selang beberapa bulan kemudian, ketika orang tua tu sedang berehat di anjung rumah tiba-tiba terdengar seseorang memberi salam. Orang tua itu pun jenguk keluar. Kelihatan seorang tua berpakaian compang-camping berjanggut panjang memegang beberapa tongkol jagung mentah. Apabila melihat orang tua tu terpinga-pinga, orang tua berjanggut panjang itu pun bersuara. "Tuan, aku tunggu jagung tuan tak tumbuh-tumbuh. Lama-lama aku boring, aku merayau dalam hutan terjumpa kebun jagung orang. Ni aku curik 2-3 tongkol jagung kat tuan. Kita makan sama-sama ye"
Orang tua itu pun menepuk dahi, rupa-rupanya hantu raya nya dah balik!
Moral cerita 1 : Jangan kawan dengan hantu. Sepandai-pandai manusia, ada juga hantu yang lagi pandai
Moral cerita 2 : Jangan curik jagung yang bukan kita tanam

Timakasih kerana sudi membaca..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan