AMARAN: Kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, orang yang lemah semangat, lemah syahwat mahupun yang lemah tenaga batin adalah DILARANG mengunjungi laman blog ini tanpa bimbingan mereka yang berpengalaman.

"Sesungguhnya makhluk-makhluk halus itu dapat melihat kamu sedangkan kamu tidak dapat melihat mereka." (Surah al-A'raaf, ayat 27)

Jumaat, 17 Jun 2011

Misteri Tandas Lama

Dah lama aku tak menulis blog. Bukan takde idea tapi takde masa. Baru-baru ni cuti dua minggu pun tak berkesempatan nak bawa anak bini makan angin. Tu nasib baik bini sorang, kalau lebih sorang lagi tak sempat. Dua minggu cuti berlalu macam tu je.
Hari Isnin 13 hb Jun lalu bekerjalah balik aku, tapi kali ni tempat kerja aku dah jadi 'Kerajaan Perpaduan'. Takde dah lagi kerja pagi dan petang. Semua kerja pagi. Hari pertama kerja setelah cuti dua minggu tu terjadilah satu insiden ngeri di tempat kerja aku. Kali ni berlaku pada sahabat aku Tuan Mursyidul Am SKK.
Pendedahan kisah benar ni bukan nak memburuk-burukkan imej atau menjatuhkan maruah sahabat aku ni tapi sebagai pengajaran untuk pembaca. Tapi Tuan Mursyidul ni dah biasa melawak kasar2 dengan aku sebelum wujud 'Kerajaan Perpaduan', sebab tu antara syarat nak join perbahasan 'Dewan Rakyat SKK' mesti kena tebal telinga dan tahan kena 'fire' sebab dalam dewan tu kalau bapak segala Ultraman 'fire' pun boleh sengih macam biasa. Tak macam 'sebelah sana', melawak lebih sikit dah masuk facebook, konon kita ni tabur pasir dalam periuk nasik la, jatuh maruah orang la dan macam2 lagi la sampai kita kena block la. Sebab tu bila dah jadi 'Kerajaan Perpaduan' kena hati2 sikit.
Berbalik pada kisah Tuan Mursyidul tadi, kisahnya bermula begini. Di tempat kerja aku terdapat beberapa tandas yang tak digunakan dan dijadikan stor. Aku pun taktau sebab apa tandas2 tu tak digunakan sedangkan aku rasa takde apa2 masalah teknikal pun pada tandas2 tu. Salah satu tandas tu terletak di tingkat atas sekali bersebelahan tandas yang pernah aku letak kamera video untuk merakam gambar kewujudan entiti aneh satu waktu dulu. (Rujuk artikel Misteri Di Tempat Kerja Bhg 2).
Menurut cerita Tuan Mursyidul, beliau sengaja tinjau tandas ni tanpa tujuan apa2. Oleh kerana tandas ni dah dijadikan stor maka terdapatlah buku-buku lama dan beberapa alatan yang dah tak berguna ditempatkan di dalam tandas tu. Yang Tuan Mursyidul ni bila dah tengok ada banyak buku-buku lama dalam tandas tu terdetiklah hasrat nak menyelak dan membaca buku-buku tu. Sedang leka Tuan Mursyidul membelek buku-buku tu tiba-tiba pintu tandas tertutup. Tuan Mursyidul pun buat tak kisah la sebab mungkin angin yang tiup. Akan tetapi Tuan Mursyidul jadi terkejut bila pintu yang tertutup tadi seakan-akan terkunci. Menurut Tuan Mursyidul, beliau pun intai di celah-celah pintu tu kalau-kalau ada sahabat yang nak bergurau, tapi alangkah terkejutnya beliau apabila didapati pintu tu benar-benar terkunci. Apalagi, berpeluh jugaklah Tuan Mursyidul. Keluarlah segala macam jampi. Menurut Tuan Mursyidul, agak lama jugak dia terkurung dalam tandas tu sampai dah pecah peluh. Akhirnya apabila Tuan Mursyidul nampak dari celah pintu tadi selaknya dah terbuka sedikit barulah pintu tersebut boleh dibuka. Pelik memang pelik, secara logiknya selak kunci tu hanya boleh bergerak kalau dimasukkan anak kunci sahaja. Bagaimana pulak boleh bergerak sendiri selak kunci tu?
Setelah keluar dari tandas tu Tuan Mursyidul pun ceritakanlah pada rakan-rakan termasuk aku. Tak taulah aku, sama ada rakan-rakan rasa seram ke lawak ke sebab bila Tuan Mursyidul ceritakan pada kami yang kuat sekali gelak Speaker SKK la sebab dia nampak dari bawah bangunan Tuan Mursyidul keluar dari tandas tu berpeluh-peluh. Mungkin beberapa perkara yang nampak lawak tu antaranya ialah kejadian tu berlaku dalam tandas, kalau Tuan Mursyidul terkurung dalam bilik lain tu standard la jugak kalau masuk paper pun. Yang keduanya, menurut Tuan Mursyidul, kalau pintu tu memang tak boleh terbuka, Tuan Mursyidul nak pekik mintak tolong dah. Yang ketiganya, tokok tambah dari Speaker yang suka menyakat. Katanya, kalau ada makhluk ghaib yang mengusik Tuan Mursyidul mungkin makhluk tu tengah gelak sama dengan rakan0rakan makhluk lain sebab berjaya mengenakan Tuan Mursyidul pada hari pertama 'Kerajaan Perpaduan. Entahla..
Namun demikian,misteri tetap misteri. Sebaik sahaja aku dengar cerita Tuan Mursyidul aku pun bergegas naik ke bangunan tu untuk merakam beberapa keping gambar. Bila aku buka saja pintu tandas tu, bau bangkai menusuk lubang hidung. Aku tak masuk dalam tandas tu, cuma berdiri kat luar je. Bukan takut tapi segan. Dari luar aku hulur tangan ,'snap' 3 keping gambar. Di bawah ni aku upload gambar-gambar tersebut. Gambar kedua tu nampak agak pelik sikit. Kalau pembaca nampak, cuba tafsirkan apakah ia? Adakah ia sawang atau sarang lelabah, atau bentuk anggota badan sesuatu?

Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

Tiada ulasan:

Catat Komen