AMARAN: Kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, orang yang lemah semangat, lemah syahwat mahupun yang lemah tenaga batin adalah DILARANG mengunjungi laman blog ini tanpa bimbingan mereka yang berpengalaman.

"Sesungguhnya makhluk-makhluk halus itu dapat melihat kamu sedangkan kamu tidak dapat melihat mereka." (Surah al-A'raaf, ayat 27)

Ahad, 17 Oktober 2010

Nasib Hantu Rimba

Masa aku tulis artikel ni lebih kurang jam 1.40 pagi. Mata tak mau lena. Badan panas semacam. Esok nak kerja pulak tu. Rasa macam nak demam je. Teringat aku dua hari lepas (hari Sabtu), aku dengan Mursyidul Am SKK pi tengok tanah dusun yang kononnya nak dijual dengan harga yang sangat murah.
Memang la murah, sebab daripada naik Honda CRV Tuan Mursyidul, naik pulak motorsikal, lepas tu jalan kaki meredah belukar dan mendaki bukit dalam hutan rimba. Aku dah macam habis nafas dah. Tuan Mursyidul kata bunyi macam lembu kena sembelih jer. Esok ni mesti jadi bahan lawak Tuan Mursyidul kat tempat kerja ni. Tobat dah aku nak pi tempat tu. Memang kata orang tempat jin bertendang. Pada aku bukan tempat jin bertendang lagi dah, dah jadi tempat jin berkarnival Jom Heboh lagi. Aku rasa Tarzan pun fikir 10 kali nak duduk dalam hutan rimba macam tu. Oleh kerana nak ambik hati tuan tanah terpaksa la ikut meredah rimba.
Balik jer rumah terus rasa macam nak demam. Kalau tanya Tok Batin SKK dah tentu dia kata ada jin ikut aku balik tu. Memang aku rasa tempat tu berpenunggu.Buktinya darah aku, darah Tuan Mursyidul dan sorang lagi member aku dah dihisap tanpa kami sedari oleh makhluk halus yang bernama PACAT!! Sebab tu aku kata Tarzan pun tak mau duduk dalam hutan tu, tambahan pulak Tarzan cuma pakai cawat jer,lagi le sedap 'makhluk halus' tu hisap darah. Siap sampai ke #%$&* lagi..Sori..melalut pulak aku.
Berbalik kepada mula tadi,sambil tergolek menunggu mata mengantuk teringat pulak sejenis spesies hantu yang diberi nama Hantu Rimba. Cari dalam wikipedia internet memang takde tapi bila aku buka wikipedia omputeh dan taip Swamp Thing keluarlah artikel yang aku rasa hampir sama dengan Hantu Rimba.
Menurut ceritanya Hantu Rimba ini asalnya ialah dari manusia yang berburu di dalam hutan. Oleh kerana terkena sumpahan dengan haiwan di dalam hutan pemburu ini tidak dapat mencari jalan keluar. Lama-kelamaan rupa fizikal pemburu ini pun berubah sedikit demi sedikit menjadi separuh manusia dan separuh  tumbuhan, tapi tak pulak jadi Tarzan.( Tak silap aku, Tuan Mursyidul pernah tunjuk kat aku gambar satu makhluk hutan yang sedang merenung tajam yang diambil daripada bolg mana ntah. Kalau Tuan Mursyidul simpan lagi gambar tu, nanti aku upload bagi korang tengok. Aku rasa itu le Hantu Rimba kut)
Hantu Rimba ini tugasnya ialah membuat orang yang masuk ke hutan menjadi sesat dan tidak tahu mencari jalan pulang. Lebih kurang macam Orang Bunian la (tunggu artikel tentang Orang Bunian).
Mengikut orang Barat pulak spesies ini dikenali sebagai nama Swamp Thing, Boogeyman atau Makhluk Paya sebab habitatnya adalah di kawasan berpaya.
Sebenarnya kewujudan Swamp Thing ini direka untuk watak komik sekitar tahun 70-an oleh dua orang mat salleh bernama Len Wein (pencipta plot) dan Berni Wrightson (pelukis watak). Di negara kita Hantu Rimba ini tak tahu wujud sejak bila sebab takde orang mengaku pun sebagai pencipta kewujudannya. Oleh kerana kebanyakan hutan di negara kita telah diteroka secara halal atau haram kewujudan Hantu Rimba ini semakin lama semakin dilupai. Kesian..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan