AMARAN: Kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, orang yang lemah semangat, lemah syahwat mahupun yang lemah tenaga batin adalah DILARANG mengunjungi laman blog ini tanpa bimbingan mereka yang berpengalaman.

"Sesungguhnya makhluk-makhluk halus itu dapat melihat kamu sedangkan kamu tidak dapat melihat mereka." (Surah al-A'raaf, ayat 27)

Isnin, 18 Oktober 2010

Kisah Mistik Siti Balqis Mohd Nor

Siapa Siti Balqis Mohd Nor? Dia bukanlah artis, atlet yang berjaya di Sukan Komanwel ataupun pemilik pertama Proton Inspira tu. Dia hanyalah seorang gadis biasa dari Kampung Gong Nangka, Apal, Besut, Terengganu  tetapi diberikan anugerah {ke dugaan?} oleh Allah dalam mengharungi kehidupan seharian yang penuh dengan misteri dan mistik. 

Ghaib Secara Misteri
Kisah hidupnya bermula kira-kira dua bulan lalu, apabila Siti Balqis Mohd Nor ini dikatakan ghaib secara misteri hampir setiap kali tiba waktu senja atau pada tengah malam sebelum dia ditemui semula di lokasi yang sukar dijelaskan kehadirannya. Antara lokasi itu di tanah perkuburan, di atas pokok, di atas siling dalam rumahnya dan dalam kejadian terbaru kelmarin, Siti Balqis ditemui dalam mesin pembancuh simen berhampiran rumahnya. Siti Balqis juga mendakwa dia luka pada tangan dan kaki ketika berada di sebuah mesin pembancuh simen tidak jauh dari rumah dan ketika di atas pokok manggis, di belakang rumahnya.
Biarpun dikawal rapi keluarganya, gadis itu tetap ghaib apabila individu yang mengawalnya leka atau terlepas pandang beberapa detik saja. Dia juga mendakwa ternampak saudara mara dan orang kampung mencarinya, malah ketika berada di sebuah rumah tinggal, dia menyentuh bapa saudaranya tetapi tidak perasan kehadirannya.
Kejadiannya memang aneh dan mungkin ada menganggapnya tidak logik, namun hakikatnya ia benar-benar berlaku sehingga menggemparkan penduduk setempat dan turut menarik perhatian pemimpin masyarakat. Kejadian misteri itu mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi, Ramlan Ali yang meminta penduduk mengawal sekitar rumah keluarga Siti Balqis setiap malam, namun usaha itu tetap gagal.

SMS dari Kubur
Tiga hari sebelum Aidilfitri lalu, Siti Balqis didakwa telah ghaib secara misteri dari rumah keluarganya dan hanya menyedari berada di perkuburan Kampung Bukit Kenak, kira-kira lima kilometer dari rumahnya.
"Ibu cepatlah datang segera ke kubur, Siti takut tiada orang lain di sini."
khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar Siti Balqis Mohd Nor selepas tiba-tiba menyedari berada di perkuburan Kampung Bukit Kenak. Selepas tersedar berada di kubur Kampung Bukit Kenak, dia tiba-tiba berada pula di kubur Kampung Gong Rengas, kira-kira 10 kilometer dari rumahnya. Siti Balqis mendakwa hanya mengetahui kisah kubur berkenaan apabila dibawa semula ke kawasan berkenaan, tetapi hingga kini tidak tahu siapa yang membawanya, apa yang dilihat dan dilakukannya sepanjang lima hingga enam jam berada ‘di alam ghaib’.

Suara Dari Dalam Kubur..

Sepanjang di tanah perkuburan itu, dia mendengar orang menangis, meminta tolong dan mengaji al-Quran. Sementara itu, ibunya, Norizan Said, 47, berkata, pada malam mendapat SMS Siti Balqis, beliau bersama suami serta seorang lagi anaknya bergegas ke kubur berkenaan, tetapi selepas puas mencari, mereka tidak menemuinya.

“Kami bergegas pula ke kubur di Kampung Gong Rengas dan di satu kubur baru, ada bekas seperti diduduki seseorang, tetapi Siti tiada di situ,” katanya dan menambah mereka kemudian ke Balai Polis Jertih pada jam 5 pagi untuk membuat laporan. Bagaimanapun, sejurus masuk ke rumah kira-kira jam 6 pagi, Siti muncul di depan rumah dengan tubuhnya dibasahi air dan baju berlumuran tanah merah.

Khidmat Tujuh Bomoh

Ibunya, Norizan menggunakan khidmat tujuh bomoh untuk mengubati anaknya secara tradisional. Sementara itu, kalangan ahli agama di negeri ini berpendapat kejadian itu mungkin disebabkan gangguan jin yang cuba merosak keimanan manusia dan cara terbaik mengatasinya ialah amalan zikir dan membaca al-Quran serta solat hajat dan tahajud selain ahli keluarga Siti Balqis sentiasa berdoa kepada Allah meminta dilindungi daripada perbuatan sihir dan diganggu syaitan.


Ahad, 17 Oktober 2010

Nasib Hantu Rimba

Masa aku tulis artikel ni lebih kurang jam 1.40 pagi. Mata tak mau lena. Badan panas semacam. Esok nak kerja pulak tu. Rasa macam nak demam je. Teringat aku dua hari lepas (hari Sabtu), aku dengan Mursyidul Am SKK pi tengok tanah dusun yang kononnya nak dijual dengan harga yang sangat murah.
Memang la murah, sebab daripada naik Honda CRV Tuan Mursyidul, naik pulak motorsikal, lepas tu jalan kaki meredah belukar dan mendaki bukit dalam hutan rimba. Aku dah macam habis nafas dah. Tuan Mursyidul kata bunyi macam lembu kena sembelih jer. Esok ni mesti jadi bahan lawak Tuan Mursyidul kat tempat kerja ni. Tobat dah aku nak pi tempat tu. Memang kata orang tempat jin bertendang. Pada aku bukan tempat jin bertendang lagi dah, dah jadi tempat jin berkarnival Jom Heboh lagi. Aku rasa Tarzan pun fikir 10 kali nak duduk dalam hutan rimba macam tu. Oleh kerana nak ambik hati tuan tanah terpaksa la ikut meredah rimba.
Balik jer rumah terus rasa macam nak demam. Kalau tanya Tok Batin SKK dah tentu dia kata ada jin ikut aku balik tu. Memang aku rasa tempat tu berpenunggu.Buktinya darah aku, darah Tuan Mursyidul dan sorang lagi member aku dah dihisap tanpa kami sedari oleh makhluk halus yang bernama PACAT!! Sebab tu aku kata Tarzan pun tak mau duduk dalam hutan tu, tambahan pulak Tarzan cuma pakai cawat jer,lagi le sedap 'makhluk halus' tu hisap darah. Siap sampai ke #%$&* lagi..Sori..melalut pulak aku.
Berbalik kepada mula tadi,sambil tergolek menunggu mata mengantuk teringat pulak sejenis spesies hantu yang diberi nama Hantu Rimba. Cari dalam wikipedia internet memang takde tapi bila aku buka wikipedia omputeh dan taip Swamp Thing keluarlah artikel yang aku rasa hampir sama dengan Hantu Rimba.
Menurut ceritanya Hantu Rimba ini asalnya ialah dari manusia yang berburu di dalam hutan. Oleh kerana terkena sumpahan dengan haiwan di dalam hutan pemburu ini tidak dapat mencari jalan keluar. Lama-kelamaan rupa fizikal pemburu ini pun berubah sedikit demi sedikit menjadi separuh manusia dan separuh  tumbuhan, tapi tak pulak jadi Tarzan.( Tak silap aku, Tuan Mursyidul pernah tunjuk kat aku gambar satu makhluk hutan yang sedang merenung tajam yang diambil daripada bolg mana ntah. Kalau Tuan Mursyidul simpan lagi gambar tu, nanti aku upload bagi korang tengok. Aku rasa itu le Hantu Rimba kut)
Hantu Rimba ini tugasnya ialah membuat orang yang masuk ke hutan menjadi sesat dan tidak tahu mencari jalan pulang. Lebih kurang macam Orang Bunian la (tunggu artikel tentang Orang Bunian).
Mengikut orang Barat pulak spesies ini dikenali sebagai nama Swamp Thing, Boogeyman atau Makhluk Paya sebab habitatnya adalah di kawasan berpaya.
Sebenarnya kewujudan Swamp Thing ini direka untuk watak komik sekitar tahun 70-an oleh dua orang mat salleh bernama Len Wein (pencipta plot) dan Berni Wrightson (pelukis watak). Di negara kita Hantu Rimba ini tak tahu wujud sejak bila sebab takde orang mengaku pun sebagai pencipta kewujudannya. Oleh kerana kebanyakan hutan di negara kita telah diteroka secara halal atau haram kewujudan Hantu Rimba ini semakin lama semakin dilupai. Kesian..

Isnin, 11 Oktober 2010

Misteri Di Tempat Kerja (Bhg 3)

Baru-baru ini tempat kerjaku menganjurkan perkhemahan tahunan di kawasan persekitaran tempat kerja. Kalau mengikut senarai Ahli Jawatankuasa Kerja, nama aku tersenarai sebagai salah seorang yang perlu bermalam di tempat perkhemahan. Malangnya aku tak dapat turut serta sebab mempunyai komitmen lain. Walau bagaimanapun aku hadir jugak malam pertama tu dengan peralatan kamera kononnya nak merakam perkara2 mistik yang mungkin berlaku pada malam tu.
Sambil duduk bersembang kira2 jam 1.30 pagi dan merasakan tidak ada apa2 yang bakal berlaku aku pun 'chow' jam 2 pagi.
Petang hari kedua perkhemahan, peserta perkhemahan gempar apabila kebanyakan mereka melihat kelibat perempuan cantik di bangunan tingkat 3. Malangnya tak ada sesiapa yang berjaya merakam kelibat makhluk tersebut.
Malam berikutnya aku tak hadir sebab hujan lebat. Menurut AJK yang bertugas malam tu, lebih kurang jam 3 pagi semua peserta perkhemahan diarahkan berpindah tempat tidur ke tempat yang lebih kering kerana air mula bertakung di kawasan tapak perkhemahan kerana hujan lebat tanpa henti. Menurut AJK yang juga bekas ahli Kelab Seekers aku tu, ketika peserta sedang sibuk berpindah tempat kedengaran bunyi orang bermain dram di bilik yang sebelum ini menjadi tempat aku 'jamming'. Mula2 AJK ni memberanikan diri nak pergi lihat dengan lebih dekat bersama seorang lagi sahabatnya, tapi ternyata kedua-duanya tak cukup berani nak menghampiri bilik yang dimaksudkan. Kalau aku ada malam tu dah tentu aku dah rakam bunyi2 tu. Kalau setakat cerita mulut saja susah aku nak percaya.
Terbaru, Jumaat 8 Oktober 2010 yang lepas, tempat kerjaku menganjurkan jamuan hari raya. Petang tu berbagai acara dijalankan, dan yang paling best tentulah acara makan. Oleh kerana aku sibuk nak merakam video majlis petang tu, tugas merakam gambar foto aku serahkan pada member aku, Mizi (ahli Seekers).Banyaklah juga foto2 yang diambil oleh Mizi menggunakan kamera digitalku.
Balik ke rumah aku pun uploadlah gambar2 tu ke dalam blog yang aku wujudkan khas untuk melaporkan sebarang kegiatan di tempat kerjaku. Dalam banyak2 gambar, ada satu gambar yang aku tak boleh upload. Dah dua hari aku cuba sehinggalah sampai hari Isnin di tempat kerjaku sendiri. Mizi sendiri menjadi saksi betapa gambar ini sukar untuk nak diupload berbanding gambar2 lain.
Oleh kerana bengang dengan gambar yang satu ini aku pun cuba cari apa puncanya gambar ini tak boleh diupload.Puas aku zoom di merata sudut gambar dan akhirmya aku rasa aku tahu apa puncanya. Setelah aku edit gambar ini barulah aku boleh upload ke dalam blog Ustad Man ini. Cuba tegok betul2..
Kalau nak tengok lebih jelas, 'save as..' dulu gambar ini dalam mana2 fail, kemudian zoom pada arah anak panah. Tapi aku tak mau bertanggungjawab sekiranya komputer korang mengalami masalah selepas save gambar ini sebab komputer aku pernah mengalami masalah bila simpan gambar2 mcm ni.
Walau bagaimanapun, kalau masih kurang jelas bolehlah hubungi Ustad Man terus melalui alamat e-mail : sharimanzaili@yahoo.com.my
* kepada rakan2 yg upload gambar ini dalam facebook,terima kasih sebab secara tak langsung dapat promote blog Ustad Man walaupun ada yang bagi komen macam terror sangat.Kepada yang baru melawat blog ini, sila rujuk artikel2 lama di dalam arkib untuk cerita2 mistik.

Ahad, 10 Oktober 2010

Hantu Lilin

Masa aku kecik-kecik dulu aku biasa dengar tentang hantu lilin.Hantu lilin ini ialah hantu yang suka bergambar, maksudnya hantu yang suka menempel dalam gambar orang lain. Rupa fizikal hantu lilin ini ialah bersaiz budak, berkepala botak dan memegang sebatang lilin yang sedang menyala. Apa motif hantu lilin ini suka menempel dalam gambar orang aku tau. Aku cuba jugak cari dalam wikipedia internet tapi tak jumpa artikel tentang hantu lilin. Gambarnya pulak lagi le tak jumpa. Aku rasa kewujudan hantu lilin ini sengaja direka ketika zaman kamera mula-mula popular di kalangan masyarakat. Mungkin orang yang mula-mula mencipta kewujudan hantu lilin ni adalah orang yang tak mampu memiliki kamera pada masa itu sebab di zaman ini bila orang dah mampu beli kamera tidak kedengaran lagi cerita tentang hantu lilin yang menempek di dalam gambar.
Walau bagaimanapun di zaman ini, bukan saja hantu lilin yang menempel di dalam gambar malah hantu-hantu lain turut berkeinginan untuk dirakam gambarnya bersama-sama manusia. Di bawah ini aku siarkan foto2 yang aku ambil dari internet yang memperlihatkan segolongan hantu yang sengaja atau tidak menempel di dalam gambar orang lain. Setakat ni takde la lagi gambar hantu yang pegang lilin..






 



Khamis, 30 September 2010

Misteri Di Tempat Kerja (Bhg 2)

Seperti yang dijanjikan,aku akan tunjukkan satu persatu rakaman2 misteri yang pernah aku buat di tempat kerja aku.Rakaman ni dibuat 2 tahun lepas. Masa tu heboh di tempat kerja aku bila ramai yang kena histeria. Ramai yang nampak bayangan kelibat menyeramkan terutama kat dalam tandas tngkat 3 kat tempat kerja aku.
Aku pun apa lagi,try la letak kamera kat dalam tandas tu untuk rakaman satu jam. Tapi masa tu aku rakam pakai handphone murah cap ayam je. Memang sengaja aku beli handphone murah tu semata-mata nak ambil gambar2 misteri. Cuma resolusinya tak berapa sharp la walaupun tokey kedai tempat aku beli handphone kata "dia punya kamela aa..manyak cantik punya gambar maa.." Lagipun sengaja aku beli yang murah sebab kalau hilang atau rosak takdela ralat sangat. Kalau hantu yang rosakkan pun takde hal punya.
Sound effect dalam video tu saja aku buat tapi yang bunyi riuh tu bunyi hujan lebat dan bunyi dari bilik sebelah tandas. Try la tengok..

Adakah Ini Orb?


Video di atas ni ada orang kirim kat aku. Katanya gambar ni diambil di Pelabuhan Klang. Aku takde apa2 penjelasan tentang gambar ni. Memang betul2 misteri..

Rabu, 29 September 2010

Misteri Orb

Pernahkah anda merakam gambar orb?Apakah ia orb?Orb ialah bulatan putih seperti buih (bubble atau dust) yang terakam dengan kamera digital tanpa flash.Orb sebenarnya berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud bulatan.Menurut beberapa orang pengkaji kewujudan paranormal, orb juga tergolong dalam kategori makhluk paranormal atau bahasa mudahnya makhluk halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar (bukan kuman atau virus)
Menurut koordinator Paranormal Research Investigations (PRI), Mark Kimura,mk@cornell.edu, orb terbentuk apabila terdapat titisan air ketika gambar diambil. Walau bagaimanapun, terdapat juga orb yang terbentuk secara misteri. Misteri inilah yang perlu dikaji. Adakah benar ia adalah tanda kewujudan makhluk ghaib?
Sebenarnya sebelum ni aku buat tak tau je tentang kewujudan orb dalam gambar-gambar yang aku pernah ambil menggunakan kamera digital sehinggalah aku terjumpa artikel tentang orb. Ada juga aku terjumpa gambar-gambar orb yang dirakam dengan seribu persoalan seperti dalam gambar di bawah.

Gambar yang diambil oleh seorang petugas Tabung Haji ini diambil di musdhalifah ketika musim haji 2008. Menurut beliau,ketika gambar diambil tiada berlaku sebarang perubahan cuaca. Ketika melihat semula rakamannya beliau terperasan tentang kewujudan 'bubble' ini dan jika diamati betul2 di dalam 'bubble' itu seolah2 terdapat tulisan kalimah 'Allah'. Perkara ini dirujuk kepada seorang ustaz di sana dan ustaz itu menyatakan kebarangkalian pada waktu tersebut malaikat turun dari langit tetapi tidak menunjukkan wajah yang sebenar.(Artikel lanjut rujuk http://saidinhasnam.blogspot.com/)

Kewujudan orb ini terus menjadi misteri pada aku apabila aku dapat beberapa gambar orb yang berjaya dirakam yang menunjukkan beberapa penampakan misteri setelah diperbesarkan 'bubble' tersebut. Lihat gambar di bawah.

 Namun begitu terdapat juga beberapa kewujudan orb yang hadir bersama kelibat2 misteri yang pernah diambil termasuklah salah satunya gambar yang kelab Seekers aku ambil di atas siling tempat kerja aku. Lihat foto di bawah.
Dalam bulatan besar yang ada tanda soal tu kalau zoom betul2 nampak kelibat putih berambut panjang (Gambar ni ahli Kelab Seekers aku snap guna flash tapi boleh pulak nampak orb tu)


Gambar di bawah ni pulak aku ambik kat dalam bilik tidur rumah aku.Tapi takde la nampak kewujudan benda-benda lain. Kewujudan orb dalam gambar ini aku tak cerita kat bini aku, kalau dia tau mampuih dia tak mau tidur dengan aku malam ni..