AMARAN: Kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, orang yang lemah semangat, lemah syahwat mahupun yang lemah tenaga batin adalah DILARANG mengunjungi laman blog ini tanpa bimbingan mereka yang berpengalaman.

"Sesungguhnya makhluk-makhluk halus itu dapat melihat kamu sedangkan kamu tidak dapat melihat mereka." (Surah al-A'raaf, ayat 27)

Isnin, 16 Ogos 2010

Hantu Penanggal

Hantu Penanggalan atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah atau Balan-balan di Sabah, merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena.
(Siam ni merepek apa ntah aku pun tak faham)
Mereka yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali ke dalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.
Penangalan dipercayai suka darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Oleh itu, biasanya di sekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang berduri seperti daun mengkuang. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri daun tersebut.
Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu.
Hantu Penanggalan dikatakan dituntut oleh seseorang wanita bagi membantunya mengekalkan kecantikannya, membunuh musuhnya, menjaga tanaman / peliharaan daripada pencuri dan lain-lain. Kini, penanggalan bukan sahaja dituntut oleh wanita malahan lelaki juga tidak kurang hebatnya.Daerah Kota Belud amat terkenal dengan balan-balan.
Hantu penanggalan adalah seseorang yang menuntut ilmu hitam. Dengan itu ilmu tersebut perlu diwariskan kepada seseorang penganti sebelum tuannya mati sebagai saka. Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, hantu penanggalan akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan. Ia juga gemar menghisap darah manusia yang akan atau mahu bersalin.
Penanggalan juga biasanya diwarisi dari ibu kepada anak secara turun-temurun.
Suatu ketika dahulu hantu penanggalan hampir pupus kerana kekurangan makanan kerana wanita sekarang memilih untuk melahirkan anak di hospital, so tak boleh la hantu penanggalan ini menunggu di bawah rumah tempat tumpahnya darah sewaktu bersalin. Kalau bersalin di rumah flet atau di kondominium lagi la hantu penanggalan ini susah hati sebab nak tunggu bawah rumah orang bersalin di tingkat atas terpaksa masuk rumah orang lain pulak di tingkat bawah.
Walau bagaimanapun, dengan kekerapan kes buang bayi kebelakangan ini, hantu penanggalan mungkin aktif semula sebab kebanyakan wanita yang buang bayi ni melahirkan anak tak kira tempat. Selepas ini juga, mungkin hantu penanggalan ini akan popular di Melaka pulak kerana kerajaan negerinya berhasrat menyediakan sebuah asrama khas untuk wanita-wanita yang mengandung di luar nikah!



1 ulasan:

  1. Hantu ni takut dengan duri mengkuang,takut tercucuk perutnya.Sekarang ni payah nak cari duri mengkuang..hangpa punggai dengan berus sabut boleh kut.

    BalasPadam