AMARAN: Kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, orang yang lemah semangat, lemah syahwat mahupun yang lemah tenaga batin adalah DILARANG mengunjungi laman blog ini tanpa bimbingan mereka yang berpengalaman.

"Sesungguhnya makhluk-makhluk halus itu dapat melihat kamu sedangkan kamu tidak dapat melihat mereka." (Surah al-A'raaf, ayat 27)

Sabtu, 14 Ogos 2010

Pengalamanku Menjejak Puntianak

Ini adalah kisah benar.Kisah ini belum pernah aku ceritakan pada sesiapa.Cerita aku menjejak puntianak. Cerita ni berlaku tak berapa lama dahulu. Amaran : Jangan baca cerita ini sorang2, jadi apa2 bukan tanggungjawab aku!
Di bandar aku terletak sebuah gereja lama, di sebelah gereja tu terdapat beberapa jirat (kubur) kristian lama. Di kiri kanan jalan di hadapan gereja tu terdapat pokok-pokok besar. Kalau malam-malam lalu kat situ seram jugak walaupun jalan tu menuju ke pusat bandar. Bukan apa, sebab banyak bangunan-bangunan lama peninggalan kolonial British di sepanjang jalan tu seperti bangunan penjara dan muzium.
Ceritanya begini, adala seorang kawan aku yang sedang memandu kereta lalu kat situ pada suatu malam nak menuju ke pusat bandar. Katanya malam tu sunyi sungguh walaupun hujan turun renyai-renyai. Ketika dia melalui jalan tu, sebijik kereta pun takde berselisih. Waktu pada masa tu baru pukul 11.30 malam.
Gambar Hiasan (nak taruk gambar betul nanti puntianak saman aku)
Daripada jauh, lebih kurang 150 meter dia dah nampak bangunan gereja tu dalam kesamaran malam. Tiba-tiba matanya beralih pada sebatang pokok besar di hadapan gereja. Meremang bulu romanya bila dia nampak kelibat putih terawang-awangan di bawah pokok besar tu. Member aku ni pun apalagi,terus tekan minyak dan tak pandang ke arah pokok tu dah. Keesokan harinya kebetulan aku terserempak dengan dia lalu dia pun menceritakanlah pengalamannya itu pada aku.
Malam berikutnya aku pulak nak try nasib kut2 dapat jumpa benda tu dan ambik gambar untuk koleksi gambar hantu aku. Lebih kurang jam 9.30 malam aku dah keluar rumah seorang. Malam tu nampak macam nak hujan. Angin bertiup kuat. Rasa berdebar pun ada bila aku semakin hampir dengan jalan yang dikatakan oleh member aku semalam. Tapi rasa bersemangat mengatasi rasa takutku. Lagipun waktu masih awal. Masih banyak kereta yang lalu lalang. Daripada jauh aku dah nampak bangunan gereja tu, dan mataku beralih pada pokok yang dimaksudkan oleh kawanku. Memang benar, aku dah nampak kelibat putih seolah-olah sedang terbang mengelilingi pokok. Meremang jugak bulu tengkukku. Aku memperlahankan kereta, sebelah tanganku mencapai telefon bimbit dengan harapan dapat mengambil beberapa keping gambar sebagai bukti.
Semakin dekat dengan pokok tu, mata aku semakin fokus pada kelibat putih tu.
Tiba2 aku terperasan sesuatu pada baju lembaga putih tu. Ada satu bentuk tulisan yang macam pernah aku baca. Nak tahu apa yang tertulis pada kelibat putih tu? Haa..lebih kurang begini : Pikom PC FAIR, siap dengan tarikh dan tempat. Hampeh betul!!Rupa2nya kain rentang (banner) iklan pameran komputer yang tergantung bawah pokok tu dah tertanggal satu pengikat, so bila angin bertiup nampak terbuai-buai la benda tu. Memang dari jauh nampak macam puntianak. Tangan aku yang tengah pegang telefon bimbit kononnya nak merakam kewujudan puntianak, secara automatik terus mendail nombor handset kawan aku dan terus keluar perkataan : PUNTIANAK KEPALA HOTAK HANG!! KALAU DAH PENAKUT TU JUMPA MAK AJI BALIK TERAWIH PUN HANG KATA POCONG!!..buang masa aku aje..buang karan betul la.

3 ulasan:

  1. Pontianak
    Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.

    BalasPadam
  2. Ustadman..Ada satu lagi hantu hang lupa nak jejaki, nama dia hantu ict. Hantu ni ada dimana-mana.Hantu ni tak der kerja lain.Asyik dgn facebook dan blog jee..Bersembang pun tak berapa mau,kadang-kadang gelak sorang-sorang tu yang aku confius dgn spesies nii.. hantu ke orang..

    BalasPadam
  3. Hantu ICT tu tak kacau orang,cuma kutuk orang ja..

    BalasPadam