Gambar Hiasan |
Kenapa manusia begitu takut pada kegelapan?Kegelapan biasanya dikaitkan dengan suasana seram, alam kubur, keseorangan, kesunyian dan sebagainya yang menakutkan. Dalam kegelapan juga mata manusia mudah tertipu apabila melihat sesuatu yang mirip kepada benda2 yang menakutkan seperti hantu. Seringkali objek-objek seperti pokok, kain putih atau kayu yang berada dalam kegelapan disangka hantu.
Mengapa manusia mudah menganggap benda-benda sedemikian sebagai hantu apabila melihatnya dalam kegelapan? Sebabnya mudah, di dalam pemikiran manusia telah ditanam sejak kecil bahawa hantu itu wujud dalam kegelapan ketika berseorangan. Jadi saraf ketakutan yang berada di dalam otak telah disetkan apabila berada seorang diri di dalam gelap dan sunyi maka hantu akan wujud, sedangkan ketika beramai-ramai berada di dalam gelap kenapa tidak wujud hantu?Mengapa hantu tidak wujud ketika suasana gelap tetapi penuh dengan manusia dan bingit dengan bunyi seperti di dalam disko?
Kadangkala aku tengok, ibubapa sendiri telah menanam suasana takut pada minda anak-anak apabila anak-anak bermain di tempat gelap.Ayat pertama yang sering didengar apabila anak-anak hendak bermain di tempat gelap ialah : "Pergi la main kat situ, ada hantu kat situ". Secara tidak sedar ibubapa sendiri telah menanam rasa takut kanak-kanak terhadap hantu apabila berada ditempat gelap. Lama-kelamaan suasana gelap akan ditakuti oleh kanak-kanak sehingga membawa ke dewasa. Apalah salahnya jika hendak melarang kanak-kanak bermain ditempat gelap digunakan ayat ini: "Pergi la main kat situ, ada pemimpin rasuah kat situ, nanti dirasuahnya engkau, mati nanti masuk neraka". Haa..secara tak langsung di samping mengelak anak-anak bermain di dalam gelap, ibubapa juga dapat menanam rasa benci kanak-kanak terhadap rasuah. Bila dah besar nati takde la dia asyik nak merasuah je kalau jadi pemimpin masyarakat (nasib le siapa yang terkena tempias). So, lama kelamaan walaupun berada dalam kegelapan manusia tidak lagi takut pada hantu tapi rasa benci pada perasuah.
(Kalau nak dikaitkan juga dengan hantu,ayat ini mungkin sesuai : "Jangan main kat situ, kat situ ada pengundi hantu.Jangan kawan dengan pengundi hantu".)
Satu lagi perkara yang ditanam di dalam minda kita ialah rupa hantu itu sendiri.Sejak dulu lagi wajah hantu digambarkan sebagai amat menakutkan. Kesian hantu, udahla dikatakan jahat,rupa pulak buruk.Nasib engkau la hantu. Kenapa wajah hantu buruk?Nanti aku akan kupas dalam artikel akan datang. Cuma di sini aku nak kaitkan ialah jika dikatakan wajah hantu itu sangat cantik dan comel loteh macam Diana Danielle ke, Lisa Surihani ke, ataupun sekurang-kurangnya macam Luna Maya pun kira ok le, adakah manusia akan takut apabila berada bersama-sama hantu ini di dalam kegelapan? Aku rasa hantu pulak yang takut pada manusia. Takut 'perbuatan' bersama manusia itu dirakam dan disebar sehingga memalukan kaum hantu.
Sebenarnya tidak salah mempunyai perasaan takut pada kegelapan kerana di dalam kegelapan berbagai perkara negatif boleh berlaku,cuma yang perlu kita takut secara total bukannya pada kegelapan semata-mata tetapi takutlah pada Allah SWT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan