AMARAN: Kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, orang yang lemah semangat, lemah syahwat mahupun yang lemah tenaga batin adalah DILARANG mengunjungi laman blog ini tanpa bimbingan mereka yang berpengalaman.

"Sesungguhnya makhluk-makhluk halus itu dapat melihat kamu sedangkan kamu tidak dapat melihat mereka." (Surah al-A'raaf, ayat 27)

Sabtu, 14 Ogos 2010

Kelibat Puntianak Dalam Video Karaoke Achik & Nana?

Kali ni aku nak korang tengok sendiri apa yang aku dapat. Baru-baru ni aku dapat kiriman video karaoke Allahyarham Achik dan Siti Noordiana. Lagunya bertajuk 'Adat Berkasih'. Si pengirim siap pesan kat aku, tolong tengok dengan teliti pada saat ke 40 hingga 42. So aku pun tunggu la. Lagu dia takde le best sangat pun.Tunggu punya tunggu, memang betulla ada nampak kelibat lembaga hidup berpakaian putih berambut panjang, di sebelah Allahyarham Achik tu. Tak tau le amendanya, tapi takkan si penerbit atau editor video karaoke tu tak perasan masa nak masuk senikata lagu tu? Kalau sengaja dibuat, apa motifnya?Daripada pengamatan aku pulak, bermula pada saat ke 37 hingga 39 nampak macam gambar latar dia sangkut dan kelam kabut sikit dan tak pasal2 keluar gambar banglo yang nampak agak menyeramkan. Di bawah ini aku dah captured gambar saat makhluk tu muncul. Tak tau le kalau video karaoke tu bertindan dengan gambar cerita hantu mana ntah yang ada gambar banglo tu. Macam aku kata tadi, takkan la penerbit dan editor tak perasan. Kalau nak tengok video penuh, klik kat video di bawah gambar tu, kemudian tunggu sampai saat ke 40. Korang nilailah sendiri.

2 ulasan:

  1. ini mungkin langsuir kut..sebab dia suka pandang muka orang.

    Langsuir kata orang tua-tua....
    dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.

    BalasPadam
  2. Kalau nak bagi dia lagi malu ikut petua ustad Man, telanjang sepanjang hari..

    BalasPadam